Friday, 19 December 2014

Just wondering..ke mana perginya lulusan agama?

Saya melihat, ramai orang yang buat kerja kebajikan (charity work) ni orang-orang biasa yang bukan bidang lulusan agama. Lebih-lebih lagi dimonopoli dan dipelopori oleh orang bukan Islam. Betapa cantiknya Islam itu, semua akhlak yang baik, perbuatan seperti membela anak yatim dan orang miskin semuanya ada disebutkan pahalanya. Berbanding dengan agama lain yang mungkin tak cerita spesifik pun tentangnya.

ok benar, ada orang yang buat kerja kebajikan ni tak nampak pun. Dia buat senyap-senyap je. Berapa banyak maahad tahfiz anak yatim yang beroperasi atas sedekah orang. Memang hebat. Para ustaz dan ustazah yang buat kerja seikhlasnya. dan banyak lagi kerja kebajikan yang kita tak tau ceritanya...

Cuma saya jadi terfikir begini hanya bila sedih melihat lulusan agama yang hidupnya sama dengan orang biasa, malah lebih teruk lagi mengejar material keduniaan. Sayang sekali. Jarang juga dengar fakulti pengajian agama ni buat kerja-kerja charity work. Mungkin kita perlu lakukan sesuatu tentang ini.

Supaya ajaran agama itu tidak hanya menjadi teori dan ilmu yang kering kepada pelajar lulusan agama ini.
Sekadar pandangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails