Wednesday, 5 November 2014

GAH & meGAH

Sang syuyukh berkata, suatu masa dahulu nama kita gah di mata semua. Kita bermegah dengan nama kita. Tapi kini? Tidak lagi. 
Katanya sesetengah daripada kita malu dengan keturunannya. Malu nak mengaku dengan nama kita. (Well, not me definitely..hehe)

Persoalan yang timbul di benak fikiran saya: 
Kenapa harus gah? 
Kenapa harus megah?

Rasa saya tak perlu bermegah dengan sesuatu yang bukan milik kita.
Kerana semuanya adalah milik Allah swt.

Adakah kita belajar daripada sejarah untuk bermegah dengan sejarah kita yang gah dahulu?
Pada saya TIDAK. Kalau setakat nak letak dalam mimpi dan berbangga-bangga dengannya, tak perlulah.

Cukuplah ia menimbulkan 'IZZAH dalam diri kita, sebagai MOTIVASI untuk melakukan yang lebih baik daripada yang berlaku pada masa dahulu. Bukanlah bermegah.

Tak guna berbangga-bangga dengan keturunan kita. Cukuplah kita bersyukur datang daripada susur galur yang baik dan mendoakan ahli keluarga kita tersebut.

Tak perlu malu mengaku keturunan kita. DAN Tak perlu nak bermegah dengan keturunan kita.

Cukuplah kita mengakui siapa kita dan membina sejarah baru yang lebih cantik dengan mempelajari melalui pengalaman orang yang lebih dahulu daripada kita, yang lebih alim (berilmu) daripada kita.


Ya, saya manusia biasa, yang menjadi hamba Allah, yang juga diamanahkan menjadi khalifah di muka bumi. 
Biarlah BANGSA & KETURUNAN MENJADI NOMBOR 2. Nombor 2 yang kita jaga dan pegang kerana yang Nombor 1. Bukanlah kerana dek bangga mahupun rasa diri SUPERIOR. 
No one particular bangsa is superior than others. Noktah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails