Thursday, 6 November 2014

MASALAH vs. CABARAN

u got problem with me? hehe..abang long Iman jadi gambar hiasan
Dalam kursus tadi, sang syabab berceloteh panjang waktu pembentangan kumpulan. Benarlah, sang syabab ni pantang dapat mikrofon & tajuk yang boleh dia goreng. haha..nasiblah kan. Syok sendiri jadinya. (cuba kalau tajuk lain, macam tajuk semalam, sang syabab tak setuju dengannya dan blur..jadi dia memang buat-buat tak nampak mikrofon tu..haha)

Sang syabab berkata: bila lihat tajuk ini, saya nampak MASALAH

Sang syuyukh berkata : bukan masalah, tapi CABARAN.

Sang syabab memintas katanya: Ya, walaupun saya nampak masalah tapi saya berfikir bagaimana nak selesaikan masalah ini.

Ha? begitulah. 
Memang benar sang syuyukh, dia ingin membetulkan tanggapan dan mindset negatif supaya melihat suatu MASALAH itu dengan pandangan positif, iaitu sebagai CABARAN.

Tetapi, bezanya, mindset sang syabab, MASALAH itu memang beliau sukai. MASALAH bukanlah sesuatu yang negatif secara total kepadanya. Kerana sang syabab suka sangat PROBLEM SOLVING.

Kerana sang syabab melihat kepada kebanyakan ciptaan dan kisah kejayaan di dunia ini bermula dengan sang pencipta/ sang genius menemui MASALAH terlebih dahulu dan cuba selesaikan masalah tersebut.


Ye, Pak Syuyukh, jangan nampak MASALAH tu negatif, je..haha...gotcha!

SO, it is really how we set our mind towards everything. Sometimes, there are more than one answer to A question. We just need to open up our minds. 

So my dear syuyukh, i do agree with you ON the usage of the term CABARAN. But i will just stick to my views too. hehe

Wednesday, 5 November 2014

GAH & meGAH

Sang syuyukh berkata, suatu masa dahulu nama kita gah di mata semua. Kita bermegah dengan nama kita. Tapi kini? Tidak lagi. 
Katanya sesetengah daripada kita malu dengan keturunannya. Malu nak mengaku dengan nama kita. (Well, not me definitely..hehe)

Persoalan yang timbul di benak fikiran saya: 
Kenapa harus gah? 
Kenapa harus megah?

Rasa saya tak perlu bermegah dengan sesuatu yang bukan milik kita.
Kerana semuanya adalah milik Allah swt.

Adakah kita belajar daripada sejarah untuk bermegah dengan sejarah kita yang gah dahulu?
Pada saya TIDAK. Kalau setakat nak letak dalam mimpi dan berbangga-bangga dengannya, tak perlulah.

Cukuplah ia menimbulkan 'IZZAH dalam diri kita, sebagai MOTIVASI untuk melakukan yang lebih baik daripada yang berlaku pada masa dahulu. Bukanlah bermegah.

Tak guna berbangga-bangga dengan keturunan kita. Cukuplah kita bersyukur datang daripada susur galur yang baik dan mendoakan ahli keluarga kita tersebut.

Tak perlu malu mengaku keturunan kita. DAN Tak perlu nak bermegah dengan keturunan kita.

Cukuplah kita mengakui siapa kita dan membina sejarah baru yang lebih cantik dengan mempelajari melalui pengalaman orang yang lebih dahulu daripada kita, yang lebih alim (berilmu) daripada kita.


Ya, saya manusia biasa, yang menjadi hamba Allah, yang juga diamanahkan menjadi khalifah di muka bumi. 
Biarlah BANGSA & KETURUNAN MENJADI NOMBOR 2. Nombor 2 yang kita jaga dan pegang kerana yang Nombor 1. Bukanlah kerana dek bangga mahupun rasa diri SUPERIOR. 
No one particular bangsa is superior than others. Noktah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails