Wednesday, 28 May 2014

Aikk?? dah 30?

Bulan ni genaplah umur saya 30! hoyeahh! Masuk 3 series... :P

Orang kata umur gini dah wajib tekan butang panik sebab tak kahwin lagi..uhukhuk..
Yelah, secara biologinya memang dah lewat. Tapi malas nak komenlah...korang doa jelah yek..? Maleh den nak pikir pasal nih.

Ha, sebenarnya nak cerita tentang pencapaian.

Memang kagum dan tersedak bila tengok pencapaian orang lain pada usia belum mencecah 30 tahun pun. Tak perlulah cerita pasal senarai jutawan muda/ usahawan muda/ genius muda. Ranking dunia tu tak perlulah sebut kan?

Ni haa..cukuplah tengok yang dekat-dekat je.

Jurulatih Badminton Remaja Jepun pun sebaya saya..hukhuk.. bekas guru pula tu..? hukhuk

Kawan-kawan yang dah habis Master's Degree dah makin berderet. Malah ada yang dah  buat phD.

Tengok profil Ikon Guru sempena Hari Guru pun asyik tersedak jugak. Umur lebih kurang bayo den yo! (i am not rapping. it is Negeri Sembilanese dialect.hhehe..)

Lepas tu tengok pula facebook kawan-kawan haisyy..masing-masing dah beranak-pinak..haisyyy.. (btw i am sooo happy for them! tak tipu. kalau jumpa sure anak diorang saya dok cium-cium)

Kalau dalam d&t (baca: dakwah & tarbiyah), orang muda daripada saya dah jfasih dan hafal segala kitab dan ayat alquran..

Memanglah kita pun rasa beria-ia nak buat yang terbaik meningkatkan diri. Benar, itulah antara dalam pemikiran saya sejak dulu lagi. Sentiasa mencari What to do next? Memang suka cabar diri dan suka meningkatkan diri dengan ilmu. Cuma silapnya saya di sini, saya kurang bersungguh-sungguh, kurang berdisiplin, dan kurang percaya pada diri sendiri.

OKlah, saya nak berubah!

Apapun, bila sebut soal pencapaian, saya teringat kata-kata kawan saya minggu lepas.

Katanya dulu semasa dia bersekolah di kawasan tanah rancangan FELDA, dia pernah ada seorang cikgu yang sangat komited (Ini cerita hujung 80an dan awal 90an) Beliau selalu bagi yang terbaik untuk anak-anak muridnya dan tidak pernah jadikan kekurangan sumber kewangan sebagai halangan. Beliau buat juga pementasan drama, dan pelbagai aktiviti yang tak terbayang dek anak-anak tanah rancangan ini. Kawan saya kata, kalau ikutkan cikgu ni patut jadi Tokoh Guru.

Ya benar, sebenarnya ramai unsung heroes di sekeliling kita ni. Tak kisahlah kerja apapun. Mereka tetap hero.

Baiklah, saya sudah dapat formulanya!
Buat sehabis baik! Malah sebaiknya buat Lillahitaala. Kerana Allah.

Kalau nak tengok pencapaian bukan setakat pada SKT, Resume, Facebook Profile, Biodata Tokoh, atau usrah tree tetapi sebenarnya di mata Allah.
Biarlah orang tak nampak usaha kita, yang pentingnya kita buat yang terbaik!

Tuesday, 6 May 2014

Jangan mudah buat generalisasi

Jangan mudah nak generalisasikan orang lain. Tak semua orang sama. Kadang-kadang kita selalu memperlekehkan orang lain. Kita sangka, jika kita boleh buat, kenapa tidak orang lain?

Jawapannya mudah. Tak semua orang sama. 
Jangan memangsakan orang lain kerana sikapa kita itu.

Kawan saya seorang yang sangat bersabar dengan kesakitannya. Dia seorang guru. Orang kata kerja guru itu mudah. Pada saya, semua kerja ada cabaran yang tersendiri. Tidak perlulah memperlekehkan orang lain kerana kerjanya. Begini, dia komited dengan tugasnya. Satu hari dia jatuh sakit. Tetapi dia tetap juga ke sekolah kerana memikirkan banyak tugas yang perlu disiapkan di sekolah. Dia merasakan ketidakhadirannya ke sekolah akan menyusahkan rakan-rakannya yang perlu membuat kerjanya. Jadi dia abaikan sakitnya itu, telan ubat, dan terus ke sekolah.

Dahulu pun dia begitu. Dah lama tak boleh tidur malam barulah dia berjumpa doktor.
Berhari-hari dia sakit. Saya katakan padanya tak perlulah ke sekolah kalau dah tak dapat berfungsi dengan baik. Takut-takut kerjanya jadi tak tentu arah dan sakitnya makin teruk. Memang benar, sudah makin teruk barulah dia nak pergi jumpa doktor. Doktor bagi dia “time slip” atau MC hari itu sahaja. Saya pun tak ingat. Kata doktor sakitnya tak teruk sangat.

Saya rasa kadang-kadang doktor ni pun ada sesetengahnya mengeneralisasikan pesakitnya. 
Dek kerana sesetengah pesakit yang memang buat-buat sakit. 

Kadang-kadang orang ingat kerja kawan saya itu sebagai cikgu mudah agaknya. Setengah hari sahaja. (setengah hari saja bagi yang mengelat kerja. Atau sebenarnya kerja tu selalunya sambung di rumah. orang tak nampak.)

Orang yang komited begini, sebenarnya bukan suka-suka nak minta cuti sakit. Dia dah cuba dah sehabis baik. Bila dah teruk sangat baru dia jumpa doktor. Tiba masanya dia bagi time slip saja? 
Pada saya, kalau dah tak boleh berfungsi dengan baik, baiklah dia berehat betul-betul di rumah.

Kawan saya tu dah takde suara dah. Nak turun naik tangga sekolah apatah lagi. Belum lagi beraktiviti di padang. Ataupun melayan kerenah dan kebajikan anak-anak murid. 
Kerja dia memang sangat memerlukan fizikal. Dia deal dengan kanak-kanak kecil. 

Kalau dah tak ada suara, sakit kepala, ditambah dengan hiruk-pikuk 20-30 orang anak murid, memang bahaya. Bayangkan jika berlaku apa-apa ke atas anak murid itu semasa kawan saya dalam keadaan tidak bermaya itu? Pastinya kawan saya itu dipersalahkan.

Nak taknak, tak larat, ambil sahajalah cuti rehat (yang sebenarnya susah nak dapat kerana katanya guru dah ada banyak cuti sekolah).

Jadi saya harap bagi yang doktor janganlah mudah nak generalisasikan pesakit.

Lagi satu kadang-kadang pesakit yang minta cuti tu kurang ilmu. Dia jadi takut sebab tak tahu penyakitnya itu. Jadi risau macam kes kawan saya yang seorang lagi.

Kawan saya pernah sakit belakang secara tiba-tiba. 2hari juga lah dia menahan sakit. Tak dapat nak duduk lama, baring pun tak boleh berpusing, apatah lagi bangun dari tempat duduk atau perbaringan. Memang sukar. Cuba juga letak minyak, search internet apa komplikasi sebenar ini. Bila dia baca, jadi risau pula. 

Lalu dia berjumpa doktor kerana mengenangkan esok dia kena kerja perlu drive 40 minit ke tempat kerja. Sedangkan drive 5 minit ke tempat doktor pun dia boleh nak menangis kesakitan. Sampai jumpa doktor, doktor kata tak apa-apa yang serius. Boleh pulih cepat. Makan ubat dan sapu.

Bila kawan saya minta cuti sakit, muka doktor berubah. Dia kata sikit saja ni. Kawan saya tentulah tak percaya sebab dah 2 hari begitu sakit. Lalu dia kata, tolonglah, esok saya kena kerja jauh drive. Tadi drive pun tak tahan sakit. Akhirnya beliau beri MC. Baliknya, makan ubat, sapu ubat. Pagi esoknya bangun tidur memang dia terperanjat. Hilang 80 peratus kesakitannya. Dalam hatinya, kalaulah dia tahu, dah lama cari ubat tu.

Haha. See. Kawan saya tu bukanlah mengada-ngada sengaja nak cuti, tetapi pada dia kesakitan begitu yang dia tak pernah alami, dia merasakan sangat serius. Jadi janganlah kita berprasangka buruk terhadap pesakit gitu. Memang dia naive.

Satu lagi kes generalisasi. 

Ada orang mungkin dah selalu kena suruh buat kerja (kena buli), sehinggakan bila ada yang minta tolong, dia sangat rasa nak elak dan menyangkakan orang itu pun nak menyusahkan dia lagi. Menyangkakan orang itu nak dia tolong from scratch atau dengan kerja susah. Jadi banyaklah persoalan ditimbulkan dengan harapan dia tak perlu tolong.

Sedangkan orang yang minta tolong itu bukanlah seperti orang lain. Dia seboleh-bolehnya tak nak menyusahkan orang lain dengan membuat sendiri kerjanya sehinggakan orang lain dok ajar padanya bahawa, kerja itu jangan dibuat bersendirian dan boleh minta pertolongan orang lain.

Jadi apabila dia minta tolong tu tentulah sebab dia dah tak mampu sangat, atau jika dia mampu pun sebenarnya dia mungkin terpaksa mengorbankan sesuatu dalam pada nak buat tugasan itu. Dah tak boleh sangat barulah minta tolong. Tapi malangnya disalah erti dek kerana rakannya itu membuat generalisasi awal. Sedangkan tugas yang dia minta tolong tu sangat mudah.

Jadi kesimpulannya, semoga kita treat setiap manusia as a special human being. Tak semua orang sama. everyone is special. Jangan sehingga sikap kita mengeneralisasikan orang itu, orang itu atau orang lain jadi mangsa.


Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails