Sunday, 28 December 2014

Things were different back then : The Weather

Right now it is raining heavily in my hometown. I can’t help to worry about flood as my house is quite near to a river and there is a small man-made lake right in front of our house. We are right now in the middle of major flood crisis in Malaysia. It was really bad. As for myself, everytime it rained heavily, I would be very worried. No smiles definitely.

A few months ago, we were striken by draught. It is not as bad as in some countries, where it brought famine, but here in Malaysia, it has come to the extent where the dam is very dry and many places has no running water for quite some time. We did mass prayers and they made clouds (i do not know the real term for that “scientific” process) so that it would rain. At that time, rain was a blessing. Heavy rains made me smile, thinking that the dam would be filled with water.

Gambar hiasan : macro water drop by Tanya Puntti

Wow. See how the same thing could make us feel differently at times!

Anyways, Kuantan is one of the cities which are always being hit by flood these days. I used to live in Kuantan as a child. The year was 1992 until 1995. Every year we would face the raining season. We are quite used to it. It will be on the school holidays at the end of the year. Mom would be hanging our clothes indoors and I remember seeing our balcony and drains filled with lots of water. non-stop. We would also set our paper boats or “sampan” there. hehe.. But at that time, never in my mind that our place will be flooded. Yes. No flood at all. Even having flood in the Kuantan town was never heard of at that time.

But nowadays, things have changed.

I remembered myself going out, be it during my childhood in the 90’s or in my teenage years, we never really care to bring our drinking water for ourselves to quench our thirst. Even during outings with my family too. Even though we rarely gets the chance to have some “cool” drinks at that time whenever we go out with our parents, we still do not bring our own drinking water. And we are not thirsty at all.

Compared to these days, I would always have a bottle of drink by my side. Or else, I would stop by to buy some drinks. I guess the weather is too hot compared to those days in the 90s. That is why we always feel the need to stay hydrated.


So, yup. Things are so different back then.

Friday, 19 December 2014

Just wondering..ke mana perginya lulusan agama?

Saya melihat, ramai orang yang buat kerja kebajikan (charity work) ni orang-orang biasa yang bukan bidang lulusan agama. Lebih-lebih lagi dimonopoli dan dipelopori oleh orang bukan Islam. Betapa cantiknya Islam itu, semua akhlak yang baik, perbuatan seperti membela anak yatim dan orang miskin semuanya ada disebutkan pahalanya. Berbanding dengan agama lain yang mungkin tak cerita spesifik pun tentangnya.

ok benar, ada orang yang buat kerja kebajikan ni tak nampak pun. Dia buat senyap-senyap je. Berapa banyak maahad tahfiz anak yatim yang beroperasi atas sedekah orang. Memang hebat. Para ustaz dan ustazah yang buat kerja seikhlasnya. dan banyak lagi kerja kebajikan yang kita tak tau ceritanya...

Cuma saya jadi terfikir begini hanya bila sedih melihat lulusan agama yang hidupnya sama dengan orang biasa, malah lebih teruk lagi mengejar material keduniaan. Sayang sekali. Jarang juga dengar fakulti pengajian agama ni buat kerja-kerja charity work. Mungkin kita perlu lakukan sesuatu tentang ini.

Supaya ajaran agama itu tidak hanya menjadi teori dan ilmu yang kering kepada pelajar lulusan agama ini.
Sekadar pandangan.

Thursday, 6 November 2014

MASALAH vs. CABARAN

u got problem with me? hehe..abang long Iman jadi gambar hiasan
Dalam kursus tadi, sang syabab berceloteh panjang waktu pembentangan kumpulan. Benarlah, sang syabab ni pantang dapat mikrofon & tajuk yang boleh dia goreng. haha..nasiblah kan. Syok sendiri jadinya. (cuba kalau tajuk lain, macam tajuk semalam, sang syabab tak setuju dengannya dan blur..jadi dia memang buat-buat tak nampak mikrofon tu..haha)

Sang syabab berkata: bila lihat tajuk ini, saya nampak MASALAH

Sang syuyukh berkata : bukan masalah, tapi CABARAN.

Sang syabab memintas katanya: Ya, walaupun saya nampak masalah tapi saya berfikir bagaimana nak selesaikan masalah ini.

Ha? begitulah. 
Memang benar sang syuyukh, dia ingin membetulkan tanggapan dan mindset negatif supaya melihat suatu MASALAH itu dengan pandangan positif, iaitu sebagai CABARAN.

Tetapi, bezanya, mindset sang syabab, MASALAH itu memang beliau sukai. MASALAH bukanlah sesuatu yang negatif secara total kepadanya. Kerana sang syabab suka sangat PROBLEM SOLVING.

Kerana sang syabab melihat kepada kebanyakan ciptaan dan kisah kejayaan di dunia ini bermula dengan sang pencipta/ sang genius menemui MASALAH terlebih dahulu dan cuba selesaikan masalah tersebut.


Ye, Pak Syuyukh, jangan nampak MASALAH tu negatif, je..haha...gotcha!

SO, it is really how we set our mind towards everything. Sometimes, there are more than one answer to A question. We just need to open up our minds. 

So my dear syuyukh, i do agree with you ON the usage of the term CABARAN. But i will just stick to my views too. hehe

Wednesday, 5 November 2014

GAH & meGAH

Sang syuyukh berkata, suatu masa dahulu nama kita gah di mata semua. Kita bermegah dengan nama kita. Tapi kini? Tidak lagi. 
Katanya sesetengah daripada kita malu dengan keturunannya. Malu nak mengaku dengan nama kita. (Well, not me definitely..hehe)

Persoalan yang timbul di benak fikiran saya: 
Kenapa harus gah? 
Kenapa harus megah?

Rasa saya tak perlu bermegah dengan sesuatu yang bukan milik kita.
Kerana semuanya adalah milik Allah swt.

Adakah kita belajar daripada sejarah untuk bermegah dengan sejarah kita yang gah dahulu?
Pada saya TIDAK. Kalau setakat nak letak dalam mimpi dan berbangga-bangga dengannya, tak perlulah.

Cukuplah ia menimbulkan 'IZZAH dalam diri kita, sebagai MOTIVASI untuk melakukan yang lebih baik daripada yang berlaku pada masa dahulu. Bukanlah bermegah.

Tak guna berbangga-bangga dengan keturunan kita. Cukuplah kita bersyukur datang daripada susur galur yang baik dan mendoakan ahli keluarga kita tersebut.

Tak perlu malu mengaku keturunan kita. DAN Tak perlu nak bermegah dengan keturunan kita.

Cukuplah kita mengakui siapa kita dan membina sejarah baru yang lebih cantik dengan mempelajari melalui pengalaman orang yang lebih dahulu daripada kita, yang lebih alim (berilmu) daripada kita.


Ya, saya manusia biasa, yang menjadi hamba Allah, yang juga diamanahkan menjadi khalifah di muka bumi. 
Biarlah BANGSA & KETURUNAN MENJADI NOMBOR 2. Nombor 2 yang kita jaga dan pegang kerana yang Nombor 1. Bukanlah kerana dek bangga mahupun rasa diri SUPERIOR. 
No one particular bangsa is superior than others. Noktah.

Wednesday, 28 May 2014

Aikk?? dah 30?

Bulan ni genaplah umur saya 30! hoyeahh! Masuk 3 series... :P

Orang kata umur gini dah wajib tekan butang panik sebab tak kahwin lagi..uhukhuk..
Yelah, secara biologinya memang dah lewat. Tapi malas nak komenlah...korang doa jelah yek..? Maleh den nak pikir pasal nih.

Ha, sebenarnya nak cerita tentang pencapaian.

Memang kagum dan tersedak bila tengok pencapaian orang lain pada usia belum mencecah 30 tahun pun. Tak perlulah cerita pasal senarai jutawan muda/ usahawan muda/ genius muda. Ranking dunia tu tak perlulah sebut kan?

Ni haa..cukuplah tengok yang dekat-dekat je.

Jurulatih Badminton Remaja Jepun pun sebaya saya..hukhuk.. bekas guru pula tu..? hukhuk

Kawan-kawan yang dah habis Master's Degree dah makin berderet. Malah ada yang dah  buat phD.

Tengok profil Ikon Guru sempena Hari Guru pun asyik tersedak jugak. Umur lebih kurang bayo den yo! (i am not rapping. it is Negeri Sembilanese dialect.hhehe..)

Lepas tu tengok pula facebook kawan-kawan haisyy..masing-masing dah beranak-pinak..haisyyy.. (btw i am sooo happy for them! tak tipu. kalau jumpa sure anak diorang saya dok cium-cium)

Kalau dalam d&t (baca: dakwah & tarbiyah), orang muda daripada saya dah jfasih dan hafal segala kitab dan ayat alquran..

Memanglah kita pun rasa beria-ia nak buat yang terbaik meningkatkan diri. Benar, itulah antara dalam pemikiran saya sejak dulu lagi. Sentiasa mencari What to do next? Memang suka cabar diri dan suka meningkatkan diri dengan ilmu. Cuma silapnya saya di sini, saya kurang bersungguh-sungguh, kurang berdisiplin, dan kurang percaya pada diri sendiri.

OKlah, saya nak berubah!

Apapun, bila sebut soal pencapaian, saya teringat kata-kata kawan saya minggu lepas.

Katanya dulu semasa dia bersekolah di kawasan tanah rancangan FELDA, dia pernah ada seorang cikgu yang sangat komited (Ini cerita hujung 80an dan awal 90an) Beliau selalu bagi yang terbaik untuk anak-anak muridnya dan tidak pernah jadikan kekurangan sumber kewangan sebagai halangan. Beliau buat juga pementasan drama, dan pelbagai aktiviti yang tak terbayang dek anak-anak tanah rancangan ini. Kawan saya kata, kalau ikutkan cikgu ni patut jadi Tokoh Guru.

Ya benar, sebenarnya ramai unsung heroes di sekeliling kita ni. Tak kisahlah kerja apapun. Mereka tetap hero.

Baiklah, saya sudah dapat formulanya!
Buat sehabis baik! Malah sebaiknya buat Lillahitaala. Kerana Allah.

Kalau nak tengok pencapaian bukan setakat pada SKT, Resume, Facebook Profile, Biodata Tokoh, atau usrah tree tetapi sebenarnya di mata Allah.
Biarlah orang tak nampak usaha kita, yang pentingnya kita buat yang terbaik!

Tuesday, 6 May 2014

Jangan mudah buat generalisasi

Jangan mudah nak generalisasikan orang lain. Tak semua orang sama. Kadang-kadang kita selalu memperlekehkan orang lain. Kita sangka, jika kita boleh buat, kenapa tidak orang lain?

Jawapannya mudah. Tak semua orang sama. 
Jangan memangsakan orang lain kerana sikapa kita itu.

Kawan saya seorang yang sangat bersabar dengan kesakitannya. Dia seorang guru. Orang kata kerja guru itu mudah. Pada saya, semua kerja ada cabaran yang tersendiri. Tidak perlulah memperlekehkan orang lain kerana kerjanya. Begini, dia komited dengan tugasnya. Satu hari dia jatuh sakit. Tetapi dia tetap juga ke sekolah kerana memikirkan banyak tugas yang perlu disiapkan di sekolah. Dia merasakan ketidakhadirannya ke sekolah akan menyusahkan rakan-rakannya yang perlu membuat kerjanya. Jadi dia abaikan sakitnya itu, telan ubat, dan terus ke sekolah.

Dahulu pun dia begitu. Dah lama tak boleh tidur malam barulah dia berjumpa doktor.
Berhari-hari dia sakit. Saya katakan padanya tak perlulah ke sekolah kalau dah tak dapat berfungsi dengan baik. Takut-takut kerjanya jadi tak tentu arah dan sakitnya makin teruk. Memang benar, sudah makin teruk barulah dia nak pergi jumpa doktor. Doktor bagi dia “time slip” atau MC hari itu sahaja. Saya pun tak ingat. Kata doktor sakitnya tak teruk sangat.

Saya rasa kadang-kadang doktor ni pun ada sesetengahnya mengeneralisasikan pesakitnya. 
Dek kerana sesetengah pesakit yang memang buat-buat sakit. 

Kadang-kadang orang ingat kerja kawan saya itu sebagai cikgu mudah agaknya. Setengah hari sahaja. (setengah hari saja bagi yang mengelat kerja. Atau sebenarnya kerja tu selalunya sambung di rumah. orang tak nampak.)

Orang yang komited begini, sebenarnya bukan suka-suka nak minta cuti sakit. Dia dah cuba dah sehabis baik. Bila dah teruk sangat baru dia jumpa doktor. Tiba masanya dia bagi time slip saja? 
Pada saya, kalau dah tak boleh berfungsi dengan baik, baiklah dia berehat betul-betul di rumah.

Kawan saya tu dah takde suara dah. Nak turun naik tangga sekolah apatah lagi. Belum lagi beraktiviti di padang. Ataupun melayan kerenah dan kebajikan anak-anak murid. 
Kerja dia memang sangat memerlukan fizikal. Dia deal dengan kanak-kanak kecil. 

Kalau dah tak ada suara, sakit kepala, ditambah dengan hiruk-pikuk 20-30 orang anak murid, memang bahaya. Bayangkan jika berlaku apa-apa ke atas anak murid itu semasa kawan saya dalam keadaan tidak bermaya itu? Pastinya kawan saya itu dipersalahkan.

Nak taknak, tak larat, ambil sahajalah cuti rehat (yang sebenarnya susah nak dapat kerana katanya guru dah ada banyak cuti sekolah).

Jadi saya harap bagi yang doktor janganlah mudah nak generalisasikan pesakit.

Lagi satu kadang-kadang pesakit yang minta cuti tu kurang ilmu. Dia jadi takut sebab tak tahu penyakitnya itu. Jadi risau macam kes kawan saya yang seorang lagi.

Kawan saya pernah sakit belakang secara tiba-tiba. 2hari juga lah dia menahan sakit. Tak dapat nak duduk lama, baring pun tak boleh berpusing, apatah lagi bangun dari tempat duduk atau perbaringan. Memang sukar. Cuba juga letak minyak, search internet apa komplikasi sebenar ini. Bila dia baca, jadi risau pula. 

Lalu dia berjumpa doktor kerana mengenangkan esok dia kena kerja perlu drive 40 minit ke tempat kerja. Sedangkan drive 5 minit ke tempat doktor pun dia boleh nak menangis kesakitan. Sampai jumpa doktor, doktor kata tak apa-apa yang serius. Boleh pulih cepat. Makan ubat dan sapu.

Bila kawan saya minta cuti sakit, muka doktor berubah. Dia kata sikit saja ni. Kawan saya tentulah tak percaya sebab dah 2 hari begitu sakit. Lalu dia kata, tolonglah, esok saya kena kerja jauh drive. Tadi drive pun tak tahan sakit. Akhirnya beliau beri MC. Baliknya, makan ubat, sapu ubat. Pagi esoknya bangun tidur memang dia terperanjat. Hilang 80 peratus kesakitannya. Dalam hatinya, kalaulah dia tahu, dah lama cari ubat tu.

Haha. See. Kawan saya tu bukanlah mengada-ngada sengaja nak cuti, tetapi pada dia kesakitan begitu yang dia tak pernah alami, dia merasakan sangat serius. Jadi janganlah kita berprasangka buruk terhadap pesakit gitu. Memang dia naive.

Satu lagi kes generalisasi. 

Ada orang mungkin dah selalu kena suruh buat kerja (kena buli), sehinggakan bila ada yang minta tolong, dia sangat rasa nak elak dan menyangkakan orang itu pun nak menyusahkan dia lagi. Menyangkakan orang itu nak dia tolong from scratch atau dengan kerja susah. Jadi banyaklah persoalan ditimbulkan dengan harapan dia tak perlu tolong.

Sedangkan orang yang minta tolong itu bukanlah seperti orang lain. Dia seboleh-bolehnya tak nak menyusahkan orang lain dengan membuat sendiri kerjanya sehinggakan orang lain dok ajar padanya bahawa, kerja itu jangan dibuat bersendirian dan boleh minta pertolongan orang lain.

Jadi apabila dia minta tolong tu tentulah sebab dia dah tak mampu sangat, atau jika dia mampu pun sebenarnya dia mungkin terpaksa mengorbankan sesuatu dalam pada nak buat tugasan itu. Dah tak boleh sangat barulah minta tolong. Tapi malangnya disalah erti dek kerana rakannya itu membuat generalisasi awal. Sedangkan tugas yang dia minta tolong tu sangat mudah.

Jadi kesimpulannya, semoga kita treat setiap manusia as a special human being. Tak semua orang sama. everyone is special. Jangan sehingga sikap kita mengeneralisasikan orang itu, orang itu atau orang lain jadi mangsa.


Sekian.

Saturday, 5 April 2014

Friendship to me

friends. acquaintances. BFF. colleague.

Dear friend. No matter how you labelled our friendship, I still consider a friend is a friend.
A friend will always have special place in my heart. 
Yes, i might not always agree with you. And we might disgust at each other most of the times. 
Yes, you might not invite me to your parties or on shopping trip. I do not mind that. 

We might not always contacted each other. Or smile at each other. 
But I DO know that when i pray for my friends, you will always be in my list somewhere in my head. hehe..

So my dear friend,
No matter how much we are not so close with each other, or maybe you treated me differently, I don’t care much (okay, i lied. maybe sometimes it hurts).
But what I do know is that whenever you ask for me, or when you need my help, I will try my best to help you and be by your side. 
Because that’s what friends are for. 

A friend is not just for the good times. But also when you are at the lowest end of your life. 

A real friend does not need a reason to be friends.
We do not need the chemistry to ‘click’ or the same hobby to be real good friends. 

Rasanya cukuplah Allah sahaja menjadi sebab kita berkawan. I do not need any other reason.

Thank you kawan!


~no enemies. just friends~

Saturday, 8 February 2014

Kenangan hidup : Emak yang sangat sabar.

Kenapa post ini? hmm..tiada sebab tertentu, hanya teringat kenangan bersama emak pagi tadi.
Saya terfikir, sudah lama saya tidak dokumenkan kenangan-kenangan ini, semenjak saya tidak menulis diari lagi. Lagipun mungkin pandangan kita terhadap kenangan tersebut sudah berubah berbanding dahulu. Bila terkenang balik kenangan dengan emak. Saya memang rasa sangat bersyukur ada emak yang sangat sabar. Memang sesuai dengan namanya: Sabariah a.k.a Zobariah..(my zorro) hehe..

Saya bukanlah anak yang baik. Dulu banyak juga memberontak. Degil yang amat. Saya masih ingat waktu kecil saya pernah berimaginasi ada ulat dan cacing yang banyak di tempat kaki lantai kereta Datsun ayah saya. Waktu tu sudah malam. Tetapi mungkin kerana saya tidak sihat atau masih lagi mamai, maka saya terfikir benda yang bukan-bukan. Apalagi, menjerit bukan kepalang saya waktu itu. Pasti ibubapa saya terkejut. Nasib baiklah tak kemalangan ayah saya bawa kereta masa tu.

Saya juga pernah saja tolak emak saya dan marah-marah (cranky) masa sekolah rendah dulu. Waktu itu sedang tidur ke mamai ntah. Emak nak lap saya ke bagi ubat ntah. Tapi punyalah marahnya saya tolak emak. Isyyy...memang teruk betul saya ni kalau mengamuk masa kecil dulu. Memang banyak mengamuk. Tapi emak masih tetap bersabar.

Masa kami tinggal di Bukit Indah, saya bersekolah di Taman Kosas. Saya ke sekolah berjalan kaki saja. Memang rasa jauh, terutamanya bila pulang tengahari sebab panas dan mendaki bukit. Tapi kami ke sekolah bertiga, dengan kakak dan abang. Ada sekali tu saya nak sertai kumpulan Nasyid sekolah. Dah pergi tryouts rasanya.. ke tak. entahlah. Tapi yang pastinya kena pergi sekolah hari sabtu pagi. Mungkin tryouts, mungkin juga latihan. Tapi entah kenapa kami terlambat pagi tu. Emak menemani saya berjalan kaki ke sekolah..huhuuu..terharu sangat. Masa tu kalau Sabtu abah kerja separuh hari. Jadi tak dapat nak hantar pun. Tapi bila sampai entah kenapa saya segan sangat nak masuk dalam kelas tempat latihan tu. Macam dah terlewat. Emak tunggu saya di kantin. Saya pun tak ingat sangat apa yang saya katakan kepada emak saya masa tu. Samada saya kata dah lewat ke dah habis. Saya pun tak ingat. Tapi saya rasa saya tak bersungguh pun nak masuk ke tempat latihan tu. Yelah, saya pemalu. Emak pun tak paksa saya. Memang emak sangat baik. Tapi yang saya ingat, emak tak marah pun saya. Iyelah, penat kot jalan jauh-jauh. Last-last tak pergi? hmmm.. 

Sebenarnya waktu tu saya ada terfikir, jika saya sertai pasti saya kena pergi latihan banyak kali lagi. Saya tak nak susahkan mak saya lagi.. Jadi tu antara sebab saya berhenti melangkah ke tempat latihan tu..huhu..

Ada sekali tu, saya dapat tawaran interviu ke SMAKL. Lepas saya tahun 6 lah. Ibubapa saya macam tak setuju sangat saya masuk sekolah berasrama. Ayah saya ambil borang MRSM pun tersalah. Dia ambil yang tingkatan 4. Saya sedih juga, tapi saya tak pastilah saya memberontak terang-terangan ke tak. Tapi saya cuba juga mendengar kata ibubapa saya.

Walaubagaimanapun, tawaran SMAKL tu tak tahulah macam mana saya boleh dapat. Mungkin melalui sekolah. Tapi waktu tu abah saya ada kursus ke apa ntah di Genting Highlands. Jadi kami di sanalah. Walaupun emak dan abah tak delah nak sangat saya ke asrama, tapi emak dan abah tetap percayakan kami adik beradik. Mereka dengar juga pandangan kami anak-anak. Jadi entah kenapa emak kata, "tidak mengapalah emak bawa naik bas ke SMAKL dari Genting." saya masih ingat kami naik bas dari Genting ke KL kemudian ke Bandar Manjalara. Sesampai di sana, mereka kata dah lambat. Tapi emak kata sekolah tu kata boleh je cuba. Tapi hati saya dah kecil waktu tu. Bertambah takut sebab mendengar ada ujian-ujian nak masuk tu. Ada kena baca alquran dan lain-lain. Makin takut. 

Kenapa? Sebab saya satu-satunya di kelas saya yang tidak pergi sekolah agama. Saya tidak ambil peperiksan UPSA masa tahun 6. Yelah, tahun 4 di Pahang, tahun 5 di Selangor, tahun 6 di KL. Memanglah tak ke sekolah agama. Cuma belajar mengaji sampai darjah 5 awal tahun di Pahang. 
Darjah 5 di Ampang tak belajar mengaji alquran. Masa darjah 6 pun tak belajar mengaji sebab takut dengan guru alquran berdekatan kawasan rumah saya tu. Ada sekali tu saya keluar rumah menuju ke rumah ustaz, tapi lepas tu patah balik tak jadi mengaji..hehe..sebab takut dengar suaranya yang garang...last-last saya cakap dengan mak, tak jadilah, saya baca di rumah, mak dengar ye? Tapi agak jaranglah saya mengaji tu. Cuma alhamdulillah abah selalu buat solat jemaah maghrib tiap malam dan baca Yasin setiap malam jumaat. Tapi seperti biasa, emak memang tidak memaksa. Dan kami adik-beradik tidak pernah terfikir nak menipu atau manipulasi kepercayaan emak.

Last-last emak kata ok je. Betul ni taknak masuk buat interviu dan ujian? Susahnya nak buat keputusan masa tu..huhu..Tapi saya kata tak nak. Emak tak bising pun sepanjang perjalanan pulang tu. Saya tak ingat kami balik macamana. Tapi memang emak tak marah pun saya menyusahkan dia.
Emak memang terlalu baik dan terlalu bersabar dengan kerenah saya. Terima Kasih emak!

Kenangan-kenangan ini semua menunjukkan bagaimana saya dari kecil memang seorang yang sangat berhati kecil..hehe..memang pasif. tapi rebellious dalam diam. Saya memang hargai perjalanan hidup saya yang berwarna-warni ini kerana saya dapat rasakan bagaimana kehidupan ini telah mengajar saya menjadi sepertimana saya sekarang. :)

(p/s: btw saya akhirnya dapat tawaran ke sekolah kawalan Convent Bukit Nanas. Tu cerita 1997. Tapi saya tak ke sana. Sebelum masuk tingkatan 1, saya dapat satu lagi ujian iaitu kena membuat keputusan besar dalam hidup- Abah dapat tawaran berkursus 6 bulan di US. Samada saya nak ikut mereka atau tinggal di kampung dengan nenek dan kakak? lain kali saya cerita ok?)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails