Sunday, 3 June 2012

Membuat sesuatu yang betul, dengan betul, di saat genting!

Ramai di antara kita cuba melakukan sesuatu dengan betul, tetapi kadangkala dalam usaha kita itu tanpa kita sedari sehingga menghilangkan mood orang lain. Perkara ini berlaku kerana setiap orang mungkin mempunyai target, objektif, dan pemikiran yang berbeza antara satu sama lain. Selain itu juga mereka ada cara yang tersendiri. Contohnya seseorang itu mungkin sudah terbiasa dengan bahasa atau cara yang kasar sehingga menyakiti orang lain.

Situasi 1 : Majlis perkahwinan
Ada yang merasakan ia adalah hari bahagia pengantin, maka seharusnya apa-apapun yang berlaku, kita harus dahulukan pengantin. Tidak mengapalah jika kita terpaksa menunggu dalam panas atau berlaku kesilapan kecil, yang penting pengantin ok dan bahagia. Jadi semua orang cool sahaja sepanjang perkahwinan dan tiada pahat berbunyi di akhirnya. Tak perlu rasa kecewa, marah, malu, mengungkit, dan sebagainya. Sikap ini pastinya yang terbaik!

Ada juga yang merasakan ia adalah hari bahagia pengantin sahaja, maka terlupa bahawa perkahwinan ini bukan sahaja menyatukan di antara dua orang sahaja, tetapi juga menyatukan keluarga kedua-dua belah pihak. Maka seharusnya mengambil peluang pada hari perkahwinan tersebut untuk melayani dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Bukannya sibuk tentang baju dan hiasan yang cantik,hantaran yang tinggi, atau makanan yang sedap saja.

Selain itu, di dalam sesuatu majlis perkahwinan, protokol atau adat istiadat dibuat bagi memastikan sesuatu berjalan lancar dan tidak menganggu hak orang lain. Tetapi kadangkala ia terlalu ditekankan sehingga menyebabkan majlis itu menyusahkan keluarga pengantin sendiri.

Pada hemat saya, apa yang penting dalam sesebuah majlis perkahwinan ialah objektif kita untuk memperkenalkan pasangan mempelai ini supaya tetamu hadir sama untuk mendoakan pasangan ini, jadi seharusnya kita kekalkan ia menjadi sebuah ibadah dan tidak mencampur-adukkan dengan perkara yang merosakkannya. InsyaAllah kita boleh saja bergembira mengikut syariat.

Selain itu, kita harus melayani tetamu sebaiknya, khususnya rombongan pengantin sebelah pihak lagi kerana merekalah saudara kita yang baru.Oleh itu,bukanlah kita hanya sibuk dengan pasangan pengantin sehingga terlupa tentang saudara-mara yang baru sampai. Oleh sebab itulah sesetengah adat menekankan dalam keluarga, ada ahli yang ditugaskan menyambut tetamu yang hadir, ada juga ahli yang ditugaskan melayani pihak rombongan, supaya tidaklah ibubapa pengantin letih memikirkan semua perkara dan letih membuat semua perkara. Ha, adat yang begini oklah!

Tapi, jika semua itu tidak berlaku, apa harus kita buat? Jika sesuatu berlangsung dengan tidak molek, contohnya ada masalah komunikasi, masalah masa, seharusnya kita tangani dengan baik. Khususnya cuba fahami keadaan semua pihak dan cuba selesaikan dengan bahasa yang lembut dan terbaik. Tak perlu tension dan stress. Come onlah!

Situasi 2 : Pagi sebelum pertandingan

"La, kenapa dia bebel lagi kepada budak-budak tu? Cukuplah tu, hilang mood budak-budak itu.."

Seorang rakan mengadu kepada saya kerana kasihankan budak-budak yang dibebelkan di saat akhir sebelum pertandingan. Saya tersenyum sahaja. Pada saya, ada benarnya sikap kasihan rakan tersebut. Sekurang-kurangnya saya mula sedar tentang perasaan murid-murid. Rakan saya itu memang seorang yang memahami psikologi kanak-kanak.

Tapi tidak mengapalah. Saya faham, murid tersebut dibebelkan kerana mereka tidak menurut arahan. Bebelan itu sebagai peringatan dan pengajaran kepada murid-murid. Lagi pula, guru tersebut, sambil membebel, sambil itu dia mencari solusi. Cuma iyalah, caranya agak merimaskan sesetengah orang. Pada saya pula, kadangkala ia boleh membuatkan saya panik. Tapi pada hari itu saya okay saja.

Saya bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang walaupun berbeza, tetapi sangat membantu.
Cuma pada saya, sebaiknya kita sama-sama cuba untuk tidak meluahkan perasaan tidak puas hati di belakang rakan kita, sebab itu akan jadi mengumpat. Bukankah lebih baik kita menenangkan orang itu dan menyuruhnya bersabar dengan nada rileks, supaya orang itu lebih cool dan tidak merosakkan mood orang lain.

Kadangkala bagus juga bila emosi murid diuji sebegitu. Supaya mereka lebih kuat dan belajar dari kesilapan. Murid yang mampu menangani tekanan itu lebih baik. Sebab itulah kadangkala jurulatih sukan memberi tekanan tinggi terhadap anak didiknya. Supaya apabila ketahanan mentalnya tinggi, maka daya juangnya lebih tinggi lagi.

Cuma saya apabila menjadi jurulatih, saya tidak setuju untuk mengambil sikap memarahi tanpa sebab dan menggunakan kata-kata kesat. Untuk mendidik seorang juara sebenarnya tak perlu pun untuk kita gunakan kata-kata kesat. Kita seharusnya tahu keseimbangan, di mana dan pada saat bila kita harus menggunakan emosi kita. Tidak perlu berlebihan. Kita perlu tunjukkan cara, atau pandu anak didik dan bukannya marah tak tentu pasal tanpa memberitahu di mana silap mereka.

Semua ini saya pelajari daripada orang sekeliling saya. Alhamdulillah diberi peluang ini. Ambil yang baik, buang yang tidak baik.

SItuasi 3 : Jurulatih marah di padang

Baru-baru ini seorang rakan menyatakan betapa tidak puas hatinya beliau kepada seorang jurulatih yang memarahi seorang murid sehingga merajuk murid tersebut untuk bermain mewakili sekolah. Memang benar, pertandingan sukan memang boleh membuat adrenalin kita makin keluar deras dan menyebabkan kita lebih cepat melatah dan marah. Tapi sebagai pendidik,khususnya orang Islam, kita seharusnya berjaga-jaga dengan lidah kita.

"Bagaimana awak rasa? Okay? Best kan?"

Itu kata-kata jurulatih yang sama semasa perlawanan futsal tahun lepas. Beliau memberi peluang kepada murid itu untuk bermain seketika bagi merasai sendiri pengalaman tersebut. Beliau pun agak tenang berbanding saya pada hari itu dan tidaklah pula memarahi murid tersebut walaupun kalah.
Mungkin dia telah mind-setting dengan baik pemikirannya pagi itu berbanding semasa dia memarahi murid di padang bulan lepas. Tapi mungkin juga kerana waktu di padang itu, dia memarahi kerana ia adalah latihan saja, maka pada perlawanan sebenar dia lebih cool? wallahualam.

Cara setiap orang mungkin berbeza. Apa yang penting, kita teruskan mengikut cara yang diredhai Allah. Kemudian kuatkan pendirian dan mengikut niat sebenar. Kita juga tak perlu membiarkan diri kita dipengaruhi oleh orang lain. Biarlah seseorang itu bersikap negatif, yang penting, sikap kita terhadapnya tidak terjebak sama negatif.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails