Thursday, 29 November 2012

Bila 40% masih belum buat keputusan..

Dah lama benar saya tidak menulis blog ni. Bila saya melihat bilangan pos saya pada tahun 2011 berbanding tahun ini, wah, rasanya memang tak terkejar dibuatnya. Mungkin lepas ni saya harus lebih bermatlamat apabila menulis. Bukan sekadar menulis bila merasai sesuatu yang ingin dikongsikan bersama orang lain, tetapi menulis dengan matlamat yang lebih jelas dan mengikut rutin agar dapat diikuti pembaca lain. chewah! hehe..

Teringat pula zaman dulu masa di maktab perguruan saya masuk kumpulan penulis buletin masjid. Mereka agak profesional juga. Siap dengan tema bagi tiap bulan, ada proofreader, dan yang penting sekali, ada deadline. hoho..Memang dead lah saya nak mengejar berita. yang sukarnya apabila menjadi wartawan. Jadi pengarang dengan kolum sendiri adalah lebih mudah. Eh, cukup-cukup. Sebenarnya saya nak bercerita kisah lain.. (btw, terima kasih kepada Bro Syakirin, hatta, suhaimi, kak akmal, dan geng Gema atas ilmu dan pengalaman yang dicurahkan.)

Tadi apabila saya pasang televisyen, fuhhh.... 6 saluran menayangkan ucapan Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung mereka. hmmmm... saya rasa baik saya baca saja esok ucapannya di suratkhabar. Kalau dengar, mungkin saya menambah dosa saja mengutuk ucapan yang retorik. Maaflah, memang saya lebih suka ucapan orang akademik daripada orang politik. Kadang-kadang mereka bermain kata-kata, tapi isinya kosong. Ok, baru-baru ini saya ada terbaca bahawa 40% pengundi muda masih belum buat keputusan untuk memilih siapa pada PRU 13 yang akan datang (adakah saya termasuk dalam golongan itu? jeng jeng jeng..).

Saya tak pakar dalam bidang politik. Tapi saya nak buka mata melihat dan mendengar saja apa yang patut dan fikirkan kembali. Buat masa sekarang, saya sedang cuba memahami apa yang IDEAS (Insititue for Democracy and Economic Affairs) bawa. Mendidik rakyat Malaysia berpolitik cara yang matang adalah satu cabaran yang besar. Manusia adalah tetap seorang manusia. Jadi, mungkin yang terbaik adalah belajar daripada sejarah. Lebih tepat lagi, belajar daripada sirah, terutamanya Rasulullah S.A.W. Jika Nabi Muhammad ada di Malaysia, agak-agak apa yang akan Baginda lakukan? hmmm....

Saya rasa 40% golongan muda itu sebenarnya melihat ada kekurangan yang agak kronik di pihak kerajaan sekarang, tapi apabila mereka berpaling dan melihat kepada alternatif yang ada, mereka tak yakin. Mungkin itu sebabnya hingga sekarang mereka belum buat keputusan.

Kita sedia maklum, media massa yang utama memang menyokong parti kerajaan sekarang, dan banyak menghentam kerajaan yang dipegang parti lawan sehinggakan nampak yang buruk daripada yang baik. Namun begitu, di pihak parti lawan sendiri,mereka tidak menggunakan sepenuhnya medan sosial dan internet untuk menjual diri mereka. Balik-balik yang diutarakan adalah menunjukkan keburukan parti lawan. Apabila anda sudah jadi pemerintah, anda berlagaklah sebagai pemerintah. Tunjukkan kepada rakyat apa yang anda sudah buat. Bukannya apa yang anda mahu buat atau boleh buat. Apabila kita ada lawan, pastilah mereka mencari ruang kesilapan kita. Jadi di sini, kedua-dua parti haruslah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan.

Dari satu segi, parti pemerintah pusat sekarang dilihat berjaya menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka sedia untuk memperbaiki diri dan mendengar idea rakyat. Bagaimana pula dengan parti lawan? Mereka harus berusaha lebih kali ini untuk "walk the talk". Buat masa sekarang, mereka kalah di situ. Kuatkanlah jentera anda untuk sebarkan apa-apa yang telah anda lakukan dengan berjaya. Bukan meninggi diri, tetapi sekurang-kurangnya berilah rakyat pandangan yang jelas tentang ke mana anda mahu bawa negeri/negara yang mereka cintai ini.

Pilihanraya zaman kini bukan lagi seperti dulu. Jika anda tabur wang, anda hanya akan dapat pengundi mata duitan atau pengundi terdesak, pengundi materialistik. Ya, tapi jika anda tabur wang juga, pengundi yang bijak akan selidik dari mana datangnya duit yang banyak ini? Tak dapat dinafikan, rakyat Malaysia sekarang memang sangat materialistik. Tetapi percayalah, itu tidak akan berkekalan.

Saya seru para ahli politik, tolonglah ubah strategi anda. Anda fikir 40% pengundi tu suka dengar ceramah-ceramah politik? Anda fikir mereka senang percaya dengan apa yang ditulis di media arus perdana mahupun blog picisan? Anda fikir mereka tidak ambil peduli langsung tentang politik negara? Anda fikir mereka senang dipengaruhi dengan lagu, tayangan iklan yang berulangkali di media massa untuk brainwash mereka? Anda memang silap besar jika anda rasa jawapan untuk semua soalan itu adalah Ya. Well, I'd say you will win if you could tackle this group well.

Tapi, yang paling utama, jangan kita nafikan faktor Rabbani dalam mana-mana landskap politik di dunia ini. Sudah pastilah Allah swt yang paling berkuasa. Menang atau tidak, semuanya di bawah kuasaNya. Jadi para ahli politik, silalah kembali kepada Allah swt untuk kemenangan. Pastikan niatmu sesuci dan seikhlasnya kerana Allah swt. wallahualam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails