Monday, 18 June 2012

the other side of me - on the road


Tadi aku catat nombor platnya MBB 54_. Kereta itu dipandu oleh orang yang kurang sabar, hinggakan aku pun jadi kurang sabar dengan sikapnya. Kereta wira merah. Dalam pada waktu aku mencelah masuk lane nya dengan signal, (memang sempat je aku masuk dan berada beberapa meter depan dia dengan jarak yang sesuai), dia masih tak sabar-sabar berada di belakang aku, nak juga dia memotong. Nak kata dia laju sgt blkg saya hingga perlu tekan brek, tak jugak, semput jugak dia di blkg aku beberapa ketika, tapi lepas tu sibuk dia nak memotong, sedangkan jalan tu double line dan ada kereta di hadapan.  Aku jadi kurang sabar. Hon juga akhirnya sebaik dia memotong, walaupun aku ni jarang gunakan hon dan hon kereta aku tu taklah berapa kuat. Geram dengan sikapnya yang membahayakan pengguna jalan raya. 

Terus aku berimaginasi membawa kereta besar, landrover ke, kereta kebal ke, dok menyondol kereta wira merah tu sampai ranap. Huh! Padan muka. 

diambil daripada webpage: http://www.omninfo.com/celebrity/celebs-their-cars/
Kemudian kami berhenti di lampu isyarat, aku berada di lane kanan sebelahnya kerana aku memang nak masuk simpang ke kanan. Aku pandang dia, tapi taklah pandang lama-lama macam nak makan orang, sebab orangnya pun lelaki. Gila pula kalau aku cari gaduh dengan orang gila macamnya. Sekadar nak tengok je siapa orangnya. Lepas tu, lampu untuk lane dia hijau. Tanpa sabar, dia terus membunyikan hon kepada kereta di hadapannya. Sekali lagi aku geram dan berimaginasi...

Kalaulah aku jadi driver kereta di hadapannya yang dihon tu,pasti aku akan buat bodoh. Pastinya juga aku seorang lelaki berbadan besar seperti Terminator jika nak buat bodoh macam tu kan. Aku akan biar je kereta aku tak gerak, biar dia sakit hati. Kemudian jeling dia di belakang, mencebik ke? Hoho.. Kalau nak lagi best, aku keluar kereta, baling telur kat kereta dia.. tapi dengan syarat kereta aku besar lah kan. 

Hmm..dahsyat kan imaginasi aku? Mungkin sebab itulah aku tak dilahirkan sebagai seorang lelaki dan berbadan gagah seperti Terminator a.k.a Arnold Susah-nak-eja tu.. kalau tak, pasti aku akan berangan jadi big bully atau konon-konon superhero yang membantu orang yang tertindas.

(Waktu tadika dulu aku pernah je buat macam tu. Konon-konon melindungi kawan-kawan yang lemah, yang dibuli di tadika tu. Tapi last-last aku yang menangis. Hihi..)

Ok, kembali ke kisah di jalan raya. Hmm..katanya kalau nak kenal orang betul-betul, kena travel dengan orang tu beberapa hari. Pada saya, cukup saja kalau kita duduk dalam kereta yang dipandunya seharian di tempat sesak atau bermasalah. Saya memang boleh sabar waktu memandu, tetapi jadi kurang sabar bila ada yang melanggar undang-undang hingga membahayakan pemandu lain.

Bagi yang tidak sengaja tak apalah, kadang-kadang kita bersangka baik, contohnya lampu signal nya rosak ke apa. Tapi, kalau memang nampak disengajakan kurang ajar, memang saya jadi marah. Paling dahsyat tadi lah kot, sehinggakan saya hon dan dalam hati rasa seperti nak mendoakan orang itu cepat mati! Whoah. Ekstrim tu. Walaupun saya tak mencarut seperti sesetengah orang tu. Tapi ini tetap sesuatu yang tak disukai Allah. Selalunya saya doa saja semoga dia cepat sedar kesalahannya. Tapi hari ini memang berbeza, siap doa cepat mati lagi. Mesti iman dah turun nih.

Tu lah, baru diuji sikit dah melatah. Macam mana agaknya nak ikut akhlak Rasulullah? Kata nak jadi pembawa Risalah Allah. .hmm...cubalah bawak bersabar..

P/S: tadi ada kereta parking tengah dunia JDF 884_. Tak ada inisiatif nak ke tepi sikit atau bagi signal kiri. Memang saya marah orang tu tadi sendirian. Lepas tu waktu saya berjalan kaki ke arah kereta itu, saya sengaja jalan tepi keretanya dengan pandangan mata yang psycho. Niat saya, nak beritahu driver, tolonglah ke tepi sikit dan beri signal. Nasib baiklah dia menunduk ke arah tempat duduk sebelahnya untuk membetulkan sesuatu. Kalau tak, mesti saya dah buat scene di situ..eh, iyeke? Taklah, saya nak tegur je..hehe..

Sunday, 3 June 2012

Membuat sesuatu yang betul, dengan betul, di saat genting!

Ramai di antara kita cuba melakukan sesuatu dengan betul, tetapi kadangkala dalam usaha kita itu tanpa kita sedari sehingga menghilangkan mood orang lain. Perkara ini berlaku kerana setiap orang mungkin mempunyai target, objektif, dan pemikiran yang berbeza antara satu sama lain. Selain itu juga mereka ada cara yang tersendiri. Contohnya seseorang itu mungkin sudah terbiasa dengan bahasa atau cara yang kasar sehingga menyakiti orang lain.

Situasi 1 : Majlis perkahwinan
Ada yang merasakan ia adalah hari bahagia pengantin, maka seharusnya apa-apapun yang berlaku, kita harus dahulukan pengantin. Tidak mengapalah jika kita terpaksa menunggu dalam panas atau berlaku kesilapan kecil, yang penting pengantin ok dan bahagia. Jadi semua orang cool sahaja sepanjang perkahwinan dan tiada pahat berbunyi di akhirnya. Tak perlu rasa kecewa, marah, malu, mengungkit, dan sebagainya. Sikap ini pastinya yang terbaik!

Ada juga yang merasakan ia adalah hari bahagia pengantin sahaja, maka terlupa bahawa perkahwinan ini bukan sahaja menyatukan di antara dua orang sahaja, tetapi juga menyatukan keluarga kedua-dua belah pihak. Maka seharusnya mengambil peluang pada hari perkahwinan tersebut untuk melayani dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Bukannya sibuk tentang baju dan hiasan yang cantik,hantaran yang tinggi, atau makanan yang sedap saja.

Selain itu, di dalam sesuatu majlis perkahwinan, protokol atau adat istiadat dibuat bagi memastikan sesuatu berjalan lancar dan tidak menganggu hak orang lain. Tetapi kadangkala ia terlalu ditekankan sehingga menyebabkan majlis itu menyusahkan keluarga pengantin sendiri.

Pada hemat saya, apa yang penting dalam sesebuah majlis perkahwinan ialah objektif kita untuk memperkenalkan pasangan mempelai ini supaya tetamu hadir sama untuk mendoakan pasangan ini, jadi seharusnya kita kekalkan ia menjadi sebuah ibadah dan tidak mencampur-adukkan dengan perkara yang merosakkannya. InsyaAllah kita boleh saja bergembira mengikut syariat.

Selain itu, kita harus melayani tetamu sebaiknya, khususnya rombongan pengantin sebelah pihak lagi kerana merekalah saudara kita yang baru.Oleh itu,bukanlah kita hanya sibuk dengan pasangan pengantin sehingga terlupa tentang saudara-mara yang baru sampai. Oleh sebab itulah sesetengah adat menekankan dalam keluarga, ada ahli yang ditugaskan menyambut tetamu yang hadir, ada juga ahli yang ditugaskan melayani pihak rombongan, supaya tidaklah ibubapa pengantin letih memikirkan semua perkara dan letih membuat semua perkara. Ha, adat yang begini oklah!

Tapi, jika semua itu tidak berlaku, apa harus kita buat? Jika sesuatu berlangsung dengan tidak molek, contohnya ada masalah komunikasi, masalah masa, seharusnya kita tangani dengan baik. Khususnya cuba fahami keadaan semua pihak dan cuba selesaikan dengan bahasa yang lembut dan terbaik. Tak perlu tension dan stress. Come onlah!

Situasi 2 : Pagi sebelum pertandingan

"La, kenapa dia bebel lagi kepada budak-budak tu? Cukuplah tu, hilang mood budak-budak itu.."

Seorang rakan mengadu kepada saya kerana kasihankan budak-budak yang dibebelkan di saat akhir sebelum pertandingan. Saya tersenyum sahaja. Pada saya, ada benarnya sikap kasihan rakan tersebut. Sekurang-kurangnya saya mula sedar tentang perasaan murid-murid. Rakan saya itu memang seorang yang memahami psikologi kanak-kanak.

Tapi tidak mengapalah. Saya faham, murid tersebut dibebelkan kerana mereka tidak menurut arahan. Bebelan itu sebagai peringatan dan pengajaran kepada murid-murid. Lagi pula, guru tersebut, sambil membebel, sambil itu dia mencari solusi. Cuma iyalah, caranya agak merimaskan sesetengah orang. Pada saya pula, kadangkala ia boleh membuatkan saya panik. Tapi pada hari itu saya okay saja.

Saya bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang walaupun berbeza, tetapi sangat membantu.
Cuma pada saya, sebaiknya kita sama-sama cuba untuk tidak meluahkan perasaan tidak puas hati di belakang rakan kita, sebab itu akan jadi mengumpat. Bukankah lebih baik kita menenangkan orang itu dan menyuruhnya bersabar dengan nada rileks, supaya orang itu lebih cool dan tidak merosakkan mood orang lain.

Kadangkala bagus juga bila emosi murid diuji sebegitu. Supaya mereka lebih kuat dan belajar dari kesilapan. Murid yang mampu menangani tekanan itu lebih baik. Sebab itulah kadangkala jurulatih sukan memberi tekanan tinggi terhadap anak didiknya. Supaya apabila ketahanan mentalnya tinggi, maka daya juangnya lebih tinggi lagi.

Cuma saya apabila menjadi jurulatih, saya tidak setuju untuk mengambil sikap memarahi tanpa sebab dan menggunakan kata-kata kesat. Untuk mendidik seorang juara sebenarnya tak perlu pun untuk kita gunakan kata-kata kesat. Kita seharusnya tahu keseimbangan, di mana dan pada saat bila kita harus menggunakan emosi kita. Tidak perlu berlebihan. Kita perlu tunjukkan cara, atau pandu anak didik dan bukannya marah tak tentu pasal tanpa memberitahu di mana silap mereka.

Semua ini saya pelajari daripada orang sekeliling saya. Alhamdulillah diberi peluang ini. Ambil yang baik, buang yang tidak baik.

SItuasi 3 : Jurulatih marah di padang

Baru-baru ini seorang rakan menyatakan betapa tidak puas hatinya beliau kepada seorang jurulatih yang memarahi seorang murid sehingga merajuk murid tersebut untuk bermain mewakili sekolah. Memang benar, pertandingan sukan memang boleh membuat adrenalin kita makin keluar deras dan menyebabkan kita lebih cepat melatah dan marah. Tapi sebagai pendidik,khususnya orang Islam, kita seharusnya berjaga-jaga dengan lidah kita.

"Bagaimana awak rasa? Okay? Best kan?"

Itu kata-kata jurulatih yang sama semasa perlawanan futsal tahun lepas. Beliau memberi peluang kepada murid itu untuk bermain seketika bagi merasai sendiri pengalaman tersebut. Beliau pun agak tenang berbanding saya pada hari itu dan tidaklah pula memarahi murid tersebut walaupun kalah.
Mungkin dia telah mind-setting dengan baik pemikirannya pagi itu berbanding semasa dia memarahi murid di padang bulan lepas. Tapi mungkin juga kerana waktu di padang itu, dia memarahi kerana ia adalah latihan saja, maka pada perlawanan sebenar dia lebih cool? wallahualam.

Cara setiap orang mungkin berbeza. Apa yang penting, kita teruskan mengikut cara yang diredhai Allah. Kemudian kuatkan pendirian dan mengikut niat sebenar. Kita juga tak perlu membiarkan diri kita dipengaruhi oleh orang lain. Biarlah seseorang itu bersikap negatif, yang penting, sikap kita terhadapnya tidak terjebak sama negatif.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails