Friday, 20 April 2012

Anda parent yang sangat kool kerana anak-anak dibenarkan bercouple!

Anak-anak rasa andalah ibubapa yang paling kool sebab anda membenarkan anak-anak bercouple. Tak kisahlah walaupun anak tu baru form1, tak pe je kalau keluar dating minum-minum. Lagipun anak anda memang boleh dipercayai. Best betul kalau dapat ibubapa begini kan??

Mari kita tengok sekeliling kita jap. Sekarang ni, banyak dengar cerita tentang gelagat orang dewasa yang bergelar ibubapa, yang kantoi dengan jerat cinta terlarang.Malah, umur 40an hingga 50an lagi! Dalam erti kata yang lain, main kayu tiga,curang. Kalau hukum hudud maunyer teruk kena nih.

Kes lain, mereka ni ada yang jadi hamba kepada pornografi, berkata lucah kepada kawan-kawan,dll. Kemudian terjerat dengan hubungan seks. Tak pun bercinta di facebook dan telefon sehingga bercerai-berai. Itu belum masuk lagi kes hubungan di luar tabii. Memang terlalu kerap didengari! Golongan ibubapa? Biar betul?

Ya,inilah sikap ibubapa zaman sekarang yang kita katakan sepatutnya sudah sangat dewasa dan matang, serta boleh membezakan yang baik dan buruk.

Jadi, tak apalah kot kalau ibubapa membenarkan anak-anak muda ini dibiarkan berdua-duaan keluar minum, belajar bersama kan? Mereka ni pun dah matang, boleh fikir baik dan buruk. Walaupun sekeliling mereka semua menunjukkan betapa cool dan comelnya berpegangan tangan, berdua-duaan.

Manakala Tv dan kawan-kawan di facebook pun kata ok je buat aksi ringan-ringan.. dan seterusnya...tuuut.. zina yang dilaknat Allah swt. Setuju tak kalau saya katakan kebanyakan drama, filem, majalah, games, dan iklan komersial semuanya dah dijangkiti virus seks-menggalakkan nafsu itu.

So, anda masih kata anak anda boleh dipercayai? Anak anda kuat ye mengharungi, menongkah arus semasa bercinta. Wow,Bagusnya!

Well, mungkin ada anak yang boleh dipercayai.

Tapi siapa yang sepatutnya kita lebih percayai?

Tentunya yang menciptakan kita. Percaya tak Dia lebih tahu segala-galanya tentang manusia dan hukum alam? Iyalah, Dia yang ciptakan segalanya kan? Maha bijaksana pula tu.

Jadi, bila sesuatu perintah dan larangan dibuatNya, pastilah kita harus percayai itu yang terbaik harus kita ikuti. Terang-terangan dalam alQuran dan hadis dah ajar bagaimana seharusnya hubungan lelaki dan perempuan dijaga batasnya. Siapa kita untuk mengubahsuai perkara tersebut?

Perempuan dan lelaki yang beriman diperintahkan untuk menundukkan pandangan kepada jantina berlawanan. So, anda masih rasa kool dengan anak anda yang bercouple? Fikirkanlah!

Sunday, 15 April 2012

jenama kita ATAU jemaah kita?

sudah lama tidak menulis blog. sibuk ke? taklah, memang byk membuang masa sejak akhir-akhir ni. apapun, nak share sikit drp Muktamar Khamis / ke-5 ikhwanul muslimin

"Mereka juga tidak akan bersikap fanatik dengan nama kerana Islam yang bersifat menyeluruh ini telah menggabungkan mereka semua di bawah satu nama iaitu "Saudara-daudara Seislam" atau Ikhwan al-Muslimin."

tak kisahlah nak guna platform atau nama apa, yang penting kita sedar kita berada dalam satu jemaah Islam yang bersaudara.
terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails