Wednesday, 7 March 2012

hati-hati kaum wanita


semenjak bekerja ni, dan banyak percampuran antara lelaki dan perempuan berlaku, baru terasa betul perlunya menjaga perlakuan diri dan menjaga pemakaian.

kalau zaman belajar dulu tak rasa sangat sebab berada dalam keadaan terjaga dan mampu mengelaknya pertembungan dan percampuran. Ditambah pula dengan faktor usia yang lebih tua, dan tak ramai orang lelaki, lagilah tak perasan sangat..

wahai wanita, hati-hatilah kerana lirikan matamu, lembut suaramu, lenggok jalanmu, titisan airmatamu, ayat-ayatmu, boleh mencairkan hati lelaki. Itu belum tambah lagi kalau berpakaian yang menarik perhatian, bermake-up, atau memang dah cantik semulajadi.. huhu..lagilah kena berhati-hati..

Takut-takut nanti kita yang menarik kaum lelaki ke jalan yang neraka. Juga memberi mesej yang salah kepada mereka. Kasihan mereka. Takut juga kita nanti yang jadi perasan dan 'ter'layan godaan syaitan untuk mendekati orang tersebut.huhu..

Hati-hati.

Tolong lebih alert dengan diri sendiri. Perlakuan harus dijaga.

p/s: "ni keluar cantik-cantik ni untuk apa ye?"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails