Wednesday, 7 March 2012

hati-hati kaum wanita


semenjak bekerja ni, dan banyak percampuran antara lelaki dan perempuan berlaku, baru terasa betul perlunya menjaga perlakuan diri dan menjaga pemakaian.

kalau zaman belajar dulu tak rasa sangat sebab berada dalam keadaan terjaga dan mampu mengelaknya pertembungan dan percampuran. Ditambah pula dengan faktor usia yang lebih tua, dan tak ramai orang lelaki, lagilah tak perasan sangat..

wahai wanita, hati-hatilah kerana lirikan matamu, lembut suaramu, lenggok jalanmu, titisan airmatamu, ayat-ayatmu, boleh mencairkan hati lelaki. Itu belum tambah lagi kalau berpakaian yang menarik perhatian, bermake-up, atau memang dah cantik semulajadi.. huhu..lagilah kena berhati-hati..

Takut-takut nanti kita yang menarik kaum lelaki ke jalan yang neraka. Juga memberi mesej yang salah kepada mereka. Kasihan mereka. Takut juga kita nanti yang jadi perasan dan 'ter'layan godaan syaitan untuk mendekati orang tersebut.huhu..

Hati-hati.

Tolong lebih alert dengan diri sendiri. Perlakuan harus dijaga.

p/s: "ni keluar cantik-cantik ni untuk apa ye?"

Sunday, 4 March 2012

daie weekend, workaholics full time??

apabila kerja-kerja harian di tempat kerja menuntut masa, tenaga kita hingga ke akhirnya.. sampaikan diri sendiri dah penat untuk memberi komitmen dengan kerja menuju syurga?

dahlah kerja harian tu buat sehabis baik entah dah betul ke belum niatnya kerana Allah? kalau tak, sia-sia je kerja penat-penat..

sehingga jadi daie weekend? yang hanya di saat nak usrah barulah terkedek2 baca buku. bila nak terjumpa murabbi dan mutarabbi barulah rasa segan apabila mengenangkan dosa lalu, kekurangan diri...barulah ingat nak bermuhasabah, nak beristighfar...

oh, aku kena kuat!!!

~what you give, you get back~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails