Tuesday, 18 December 2012

Cerita bab kahwin

When somebody dont feel like getting married, what would u say to that person?

orang tu rase hidupnya lebih senang bujang & rasa tak layak nak bina baitulmuslim.

Dia tau dia xsepatutnya rasa begitu dan x sepatutnya membiarkan dirinya rasa dia tahu apa yang terbaik untuk dirinya berbanding ketentuan Allah.

Tapi yelah kan, hati x mampu berbohong.

Ha, amekaw!! Camano nak nasihatkan orang ni? Saya rase semua ni berpunca drp iman juga. Bila takut dengan masa depan dsb... Hmmm..

Monday, 17 December 2012

Right to get angry

"I have right to get angry!"

Do we really have that right to get angry? Or even worse, to hate people who does wrong to us? I don't think so.

We always love to find reasons for our acts. We tend to justify things that we like, even though deep in our hearts we know that all those things are not right.

Prophet Muhammad (p.b.u.h) MAY have the right to get angry with the kafir musyrikin or the idolators, but he did not. So this really shows that anger & hatred should not ever be in our dictionary of life. Especially muslims that claimed themselves as daie (preacher).

Thursday, 13 December 2012

lesson learnt- twice

Well, I used to hurt somebody through my blog post. Unintentionally.
My words are being misunderstood.
Today somebody is hurt again. By my words. from my email.

and yet, he ends up hurting mine. his hurtful replying comments.
and i feel that not only my words are being misunderstood, i myself was being misunderstood as a person.
He said I did not go through what others had gone through.
Yup, I might be new, naive, and so on.
But you didn't know me either. I was one of the victim during that time it happened. and I have people around me becoming the victims too.
So you have no right saying I have no right to say anything about it.
My comments are just trying to cool things up.
I just do not want people to end up being like the people that they hated.
cukuplah mereka saja yg buat jahat, kenapa pula kita nak marah lagi macam orang jahat?
I can always feel the hatred every time we brought up the issue.
and it is really bad. I have heard what those hatred does to my friends in other states - more misunderstood situations that slows the pace of something that should go faster.
But, well, looks like my good intentions end up heated some things up.

i guess i will stop writing comments to them. even on facebook. it is time for me to shut up. and just listen. or be a silent reader.
this blog? well, i don't know yet.
I guess i will just try my best not to say anything when not asked or when it is not needed.
tata facebook and Yahoogroups/googlegroups.

Thursday, 29 November 2012

Bila 40% masih belum buat keputusan..

Dah lama benar saya tidak menulis blog ni. Bila saya melihat bilangan pos saya pada tahun 2011 berbanding tahun ini, wah, rasanya memang tak terkejar dibuatnya. Mungkin lepas ni saya harus lebih bermatlamat apabila menulis. Bukan sekadar menulis bila merasai sesuatu yang ingin dikongsikan bersama orang lain, tetapi menulis dengan matlamat yang lebih jelas dan mengikut rutin agar dapat diikuti pembaca lain. chewah! hehe..

Teringat pula zaman dulu masa di maktab perguruan saya masuk kumpulan penulis buletin masjid. Mereka agak profesional juga. Siap dengan tema bagi tiap bulan, ada proofreader, dan yang penting sekali, ada deadline. hoho..Memang dead lah saya nak mengejar berita. yang sukarnya apabila menjadi wartawan. Jadi pengarang dengan kolum sendiri adalah lebih mudah. Eh, cukup-cukup. Sebenarnya saya nak bercerita kisah lain.. (btw, terima kasih kepada Bro Syakirin, hatta, suhaimi, kak akmal, dan geng Gema atas ilmu dan pengalaman yang dicurahkan.)

Tadi apabila saya pasang televisyen, fuhhh.... 6 saluran menayangkan ucapan Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung mereka. hmmmm... saya rasa baik saya baca saja esok ucapannya di suratkhabar. Kalau dengar, mungkin saya menambah dosa saja mengutuk ucapan yang retorik. Maaflah, memang saya lebih suka ucapan orang akademik daripada orang politik. Kadang-kadang mereka bermain kata-kata, tapi isinya kosong. Ok, baru-baru ini saya ada terbaca bahawa 40% pengundi muda masih belum buat keputusan untuk memilih siapa pada PRU 13 yang akan datang (adakah saya termasuk dalam golongan itu? jeng jeng jeng..).

Saya tak pakar dalam bidang politik. Tapi saya nak buka mata melihat dan mendengar saja apa yang patut dan fikirkan kembali. Buat masa sekarang, saya sedang cuba memahami apa yang IDEAS (Insititue for Democracy and Economic Affairs) bawa. Mendidik rakyat Malaysia berpolitik cara yang matang adalah satu cabaran yang besar. Manusia adalah tetap seorang manusia. Jadi, mungkin yang terbaik adalah belajar daripada sejarah. Lebih tepat lagi, belajar daripada sirah, terutamanya Rasulullah S.A.W. Jika Nabi Muhammad ada di Malaysia, agak-agak apa yang akan Baginda lakukan? hmmm....

Saya rasa 40% golongan muda itu sebenarnya melihat ada kekurangan yang agak kronik di pihak kerajaan sekarang, tapi apabila mereka berpaling dan melihat kepada alternatif yang ada, mereka tak yakin. Mungkin itu sebabnya hingga sekarang mereka belum buat keputusan.

Kita sedia maklum, media massa yang utama memang menyokong parti kerajaan sekarang, dan banyak menghentam kerajaan yang dipegang parti lawan sehinggakan nampak yang buruk daripada yang baik. Namun begitu, di pihak parti lawan sendiri,mereka tidak menggunakan sepenuhnya medan sosial dan internet untuk menjual diri mereka. Balik-balik yang diutarakan adalah menunjukkan keburukan parti lawan. Apabila anda sudah jadi pemerintah, anda berlagaklah sebagai pemerintah. Tunjukkan kepada rakyat apa yang anda sudah buat. Bukannya apa yang anda mahu buat atau boleh buat. Apabila kita ada lawan, pastilah mereka mencari ruang kesilapan kita. Jadi di sini, kedua-dua parti haruslah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan.

Dari satu segi, parti pemerintah pusat sekarang dilihat berjaya menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka sedia untuk memperbaiki diri dan mendengar idea rakyat. Bagaimana pula dengan parti lawan? Mereka harus berusaha lebih kali ini untuk "walk the talk". Buat masa sekarang, mereka kalah di situ. Kuatkanlah jentera anda untuk sebarkan apa-apa yang telah anda lakukan dengan berjaya. Bukan meninggi diri, tetapi sekurang-kurangnya berilah rakyat pandangan yang jelas tentang ke mana anda mahu bawa negeri/negara yang mereka cintai ini.

Pilihanraya zaman kini bukan lagi seperti dulu. Jika anda tabur wang, anda hanya akan dapat pengundi mata duitan atau pengundi terdesak, pengundi materialistik. Ya, tapi jika anda tabur wang juga, pengundi yang bijak akan selidik dari mana datangnya duit yang banyak ini? Tak dapat dinafikan, rakyat Malaysia sekarang memang sangat materialistik. Tetapi percayalah, itu tidak akan berkekalan.

Saya seru para ahli politik, tolonglah ubah strategi anda. Anda fikir 40% pengundi tu suka dengar ceramah-ceramah politik? Anda fikir mereka senang percaya dengan apa yang ditulis di media arus perdana mahupun blog picisan? Anda fikir mereka tidak ambil peduli langsung tentang politik negara? Anda fikir mereka senang dipengaruhi dengan lagu, tayangan iklan yang berulangkali di media massa untuk brainwash mereka? Anda memang silap besar jika anda rasa jawapan untuk semua soalan itu adalah Ya. Well, I'd say you will win if you could tackle this group well.

Tapi, yang paling utama, jangan kita nafikan faktor Rabbani dalam mana-mana landskap politik di dunia ini. Sudah pastilah Allah swt yang paling berkuasa. Menang atau tidak, semuanya di bawah kuasaNya. Jadi para ahli politik, silalah kembali kepada Allah swt untuk kemenangan. Pastikan niatmu sesuci dan seikhlasnya kerana Allah swt. wallahualam.

Saturday, 28 July 2012

Nice People are not Perfect


Semalam ada sesi taaruf. Kawan saya, seperti biasa, tersenyum saja sewaktu memperkenalkan dirinya. dulu-dulu, saya pernah terfikir tentang orang sepertinya: Orang baik.

Mungkinkah ada orang seperti saya dahulu? Yang mungkin terfikir “What a feat. Is she real? all-smiles like that..baik je..”

 http://bardboo.com/wp-content/uploads/2012/01/budak-baik1.jpg

Teringat  saya tentang kali pertama saya attend program yang baik-baik ni. Waktu tu malam persembahan. Penutup untuk orientasi maktab saya. It is an all-girls event lah. Semua nasyid belaka kalau tak silap saya. Tapi satu group tu, nyanyi lagu nasyid yang “sayang-menyayang-feel good” song lah...then like sisterhood bonding moment pulak bila dia menyanyi sambil letak tangan kat bahu masing-masing, berganding bahu bergerak ke kiri dan ke kanan(i guess u can imagine it right?)...

then dia ajak audiens nyanyi sama2. ada lah audiens yg turun join in the group. ada juga yang secara spontan, berdiri merapatkan diri dengan rakan-rakan di tempat duduk, berganding bahu dan bergerak sambil menyanyi bersama-sama dari tempat duduk tu. 


Kemudian terlintas di fikiran saya; “oh man, I think I am in a wrong place”. Tambahan pula,nasyid yang leweh-leweh ni memang kepantangan saya..waktu itu saya terima nasyid macam Raihan je. Kalau dah lovey-dovey sangat, minta maaf la. Lagipun memang saya tak terdedah sangat dengan industri nasyid waktu itu. Konon saya brutal lah sangat time tu. Tapi time tu pun saya memang memilih sikit dengan lagu2 ni. Saya tak boleh terima artis atau lagu yang tak bermakna baik. Contohnya saya suka Linkin Park, tapi saya tak terima Limp Bizkit atau Eminem. Sebab terlalu banyak vulgar words. Destiny’s Child sehebat mana pun suara dia, saya tak boleh terima pemakaian dan tarian dia yang berinspirasikan pelacur.. So, same thing goes with nasyid. Kalau boleh lagu nasihat je lah, napelah melemahkan semangat atau menyanyikan lagu melalaikan (lagu kapel suh kawen la contohnye).

Oh, dah menerawang jauh dari topik!

Jadi, budak baik begini macamana eh? Memang wujud ke? Yup. Mereka memang wujud. Tapi ada satu perkara anda harus ingat: ORANG BAIK BUKANLAH PERFECT. MEREKA BUKAN MALAIKAT.

 Jadi, janganlah anda anggap mereka tak akan buat salah. Kasihan mereka, tak diberi peluang pun untuk buat salah. Malah kebaikan mereka dianggap dibuat-buat. Tak baik tau! itu namanya buruk sangka. 
Saya yakin, sesetengah daripada mereka pun berusaha untuk jadi baik. Macam saya lah. Oleh itu, mereka bukanlah sekadar dibuat-buat, tapi sedang berusaha memperbaiki diri. Apa salahnya? Kalau saya, saya selalu berusaha untuk tersenyum sewaktu bercakap dalam telefon. Supaya dapatla orang di sebelah sana rasa aliran positif di situ..

Ha, kawan saya yang baik tu, yang tersenyum waktu taaruf tu memang natural. Memang itulah sikapnya. Cuma takdelah dia senyum je sepanjang masa. Kalau perlu kerut, dia kerut juga.

Tapi jangan tersalah anggap, kawan saya yang dianggap budak baik ni pun nakal juga. Kami ada seorang naqibah ni. Naqibah kitorang ni lemah-lembut, cantik, berbudi bahasa, dan baik sangat. Sehinggakan kami tak pernah lihat dia marah atau terlepas cakap. Ayat-ayatnya begitu tersusun. Memang solehah dan qudwah hasanah. Sehinggakan kawan saya ni pernah kata; “tak pernah tengok kakak kita marah kan? Saya teringin juga nak tengok dia membantah atau marah saya. Kadang-kadang saja je nak trigger dia, nak harapkan dia menegur dan marah saya..hihi..”

“Oh, nakal juga kawan saya nih!”fikir saya.

Jadi kesimpulannya? Berkawanlah dengan orang-orang baik ni. Jangan takut dengan mereka. Jangan bersangka buruk dengan mereka. Moga kita dapat aliran cas yang positif daripada mereka.
 http://beliacergas.files.wordpress.com/2008/06/arroworange.jpg

Friday, 27 July 2012

futur..ape benda tu??


Futur is not an option.
it is a disease. please get away from it!

Monday, 18 June 2012

the other side of me - on the road


Tadi aku catat nombor platnya MBB 54_. Kereta itu dipandu oleh orang yang kurang sabar, hinggakan aku pun jadi kurang sabar dengan sikapnya. Kereta wira merah. Dalam pada waktu aku mencelah masuk lane nya dengan signal, (memang sempat je aku masuk dan berada beberapa meter depan dia dengan jarak yang sesuai), dia masih tak sabar-sabar berada di belakang aku, nak juga dia memotong. Nak kata dia laju sgt blkg saya hingga perlu tekan brek, tak jugak, semput jugak dia di blkg aku beberapa ketika, tapi lepas tu sibuk dia nak memotong, sedangkan jalan tu double line dan ada kereta di hadapan.  Aku jadi kurang sabar. Hon juga akhirnya sebaik dia memotong, walaupun aku ni jarang gunakan hon dan hon kereta aku tu taklah berapa kuat. Geram dengan sikapnya yang membahayakan pengguna jalan raya. 

Terus aku berimaginasi membawa kereta besar, landrover ke, kereta kebal ke, dok menyondol kereta wira merah tu sampai ranap. Huh! Padan muka. 

diambil daripada webpage: http://www.omninfo.com/celebrity/celebs-their-cars/
Kemudian kami berhenti di lampu isyarat, aku berada di lane kanan sebelahnya kerana aku memang nak masuk simpang ke kanan. Aku pandang dia, tapi taklah pandang lama-lama macam nak makan orang, sebab orangnya pun lelaki. Gila pula kalau aku cari gaduh dengan orang gila macamnya. Sekadar nak tengok je siapa orangnya. Lepas tu, lampu untuk lane dia hijau. Tanpa sabar, dia terus membunyikan hon kepada kereta di hadapannya. Sekali lagi aku geram dan berimaginasi...

Kalaulah aku jadi driver kereta di hadapannya yang dihon tu,pasti aku akan buat bodoh. Pastinya juga aku seorang lelaki berbadan besar seperti Terminator jika nak buat bodoh macam tu kan. Aku akan biar je kereta aku tak gerak, biar dia sakit hati. Kemudian jeling dia di belakang, mencebik ke? Hoho.. Kalau nak lagi best, aku keluar kereta, baling telur kat kereta dia.. tapi dengan syarat kereta aku besar lah kan. 

Hmm..dahsyat kan imaginasi aku? Mungkin sebab itulah aku tak dilahirkan sebagai seorang lelaki dan berbadan gagah seperti Terminator a.k.a Arnold Susah-nak-eja tu.. kalau tak, pasti aku akan berangan jadi big bully atau konon-konon superhero yang membantu orang yang tertindas.

(Waktu tadika dulu aku pernah je buat macam tu. Konon-konon melindungi kawan-kawan yang lemah, yang dibuli di tadika tu. Tapi last-last aku yang menangis. Hihi..)

Ok, kembali ke kisah di jalan raya. Hmm..katanya kalau nak kenal orang betul-betul, kena travel dengan orang tu beberapa hari. Pada saya, cukup saja kalau kita duduk dalam kereta yang dipandunya seharian di tempat sesak atau bermasalah. Saya memang boleh sabar waktu memandu, tetapi jadi kurang sabar bila ada yang melanggar undang-undang hingga membahayakan pemandu lain.

Bagi yang tidak sengaja tak apalah, kadang-kadang kita bersangka baik, contohnya lampu signal nya rosak ke apa. Tapi, kalau memang nampak disengajakan kurang ajar, memang saya jadi marah. Paling dahsyat tadi lah kot, sehinggakan saya hon dan dalam hati rasa seperti nak mendoakan orang itu cepat mati! Whoah. Ekstrim tu. Walaupun saya tak mencarut seperti sesetengah orang tu. Tapi ini tetap sesuatu yang tak disukai Allah. Selalunya saya doa saja semoga dia cepat sedar kesalahannya. Tapi hari ini memang berbeza, siap doa cepat mati lagi. Mesti iman dah turun nih.

Tu lah, baru diuji sikit dah melatah. Macam mana agaknya nak ikut akhlak Rasulullah? Kata nak jadi pembawa Risalah Allah. .hmm...cubalah bawak bersabar..

P/S: tadi ada kereta parking tengah dunia JDF 884_. Tak ada inisiatif nak ke tepi sikit atau bagi signal kiri. Memang saya marah orang tu tadi sendirian. Lepas tu waktu saya berjalan kaki ke arah kereta itu, saya sengaja jalan tepi keretanya dengan pandangan mata yang psycho. Niat saya, nak beritahu driver, tolonglah ke tepi sikit dan beri signal. Nasib baiklah dia menunduk ke arah tempat duduk sebelahnya untuk membetulkan sesuatu. Kalau tak, mesti saya dah buat scene di situ..eh, iyeke? Taklah, saya nak tegur je..hehe..

Sunday, 3 June 2012

Membuat sesuatu yang betul, dengan betul, di saat genting!

Ramai di antara kita cuba melakukan sesuatu dengan betul, tetapi kadangkala dalam usaha kita itu tanpa kita sedari sehingga menghilangkan mood orang lain. Perkara ini berlaku kerana setiap orang mungkin mempunyai target, objektif, dan pemikiran yang berbeza antara satu sama lain. Selain itu juga mereka ada cara yang tersendiri. Contohnya seseorang itu mungkin sudah terbiasa dengan bahasa atau cara yang kasar sehingga menyakiti orang lain.

Situasi 1 : Majlis perkahwinan
Ada yang merasakan ia adalah hari bahagia pengantin, maka seharusnya apa-apapun yang berlaku, kita harus dahulukan pengantin. Tidak mengapalah jika kita terpaksa menunggu dalam panas atau berlaku kesilapan kecil, yang penting pengantin ok dan bahagia. Jadi semua orang cool sahaja sepanjang perkahwinan dan tiada pahat berbunyi di akhirnya. Tak perlu rasa kecewa, marah, malu, mengungkit, dan sebagainya. Sikap ini pastinya yang terbaik!

Ada juga yang merasakan ia adalah hari bahagia pengantin sahaja, maka terlupa bahawa perkahwinan ini bukan sahaja menyatukan di antara dua orang sahaja, tetapi juga menyatukan keluarga kedua-dua belah pihak. Maka seharusnya mengambil peluang pada hari perkahwinan tersebut untuk melayani dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Bukannya sibuk tentang baju dan hiasan yang cantik,hantaran yang tinggi, atau makanan yang sedap saja.

Selain itu, di dalam sesuatu majlis perkahwinan, protokol atau adat istiadat dibuat bagi memastikan sesuatu berjalan lancar dan tidak menganggu hak orang lain. Tetapi kadangkala ia terlalu ditekankan sehingga menyebabkan majlis itu menyusahkan keluarga pengantin sendiri.

Pada hemat saya, apa yang penting dalam sesebuah majlis perkahwinan ialah objektif kita untuk memperkenalkan pasangan mempelai ini supaya tetamu hadir sama untuk mendoakan pasangan ini, jadi seharusnya kita kekalkan ia menjadi sebuah ibadah dan tidak mencampur-adukkan dengan perkara yang merosakkannya. InsyaAllah kita boleh saja bergembira mengikut syariat.

Selain itu, kita harus melayani tetamu sebaiknya, khususnya rombongan pengantin sebelah pihak lagi kerana merekalah saudara kita yang baru.Oleh itu,bukanlah kita hanya sibuk dengan pasangan pengantin sehingga terlupa tentang saudara-mara yang baru sampai. Oleh sebab itulah sesetengah adat menekankan dalam keluarga, ada ahli yang ditugaskan menyambut tetamu yang hadir, ada juga ahli yang ditugaskan melayani pihak rombongan, supaya tidaklah ibubapa pengantin letih memikirkan semua perkara dan letih membuat semua perkara. Ha, adat yang begini oklah!

Tapi, jika semua itu tidak berlaku, apa harus kita buat? Jika sesuatu berlangsung dengan tidak molek, contohnya ada masalah komunikasi, masalah masa, seharusnya kita tangani dengan baik. Khususnya cuba fahami keadaan semua pihak dan cuba selesaikan dengan bahasa yang lembut dan terbaik. Tak perlu tension dan stress. Come onlah!

Situasi 2 : Pagi sebelum pertandingan

"La, kenapa dia bebel lagi kepada budak-budak tu? Cukuplah tu, hilang mood budak-budak itu.."

Seorang rakan mengadu kepada saya kerana kasihankan budak-budak yang dibebelkan di saat akhir sebelum pertandingan. Saya tersenyum sahaja. Pada saya, ada benarnya sikap kasihan rakan tersebut. Sekurang-kurangnya saya mula sedar tentang perasaan murid-murid. Rakan saya itu memang seorang yang memahami psikologi kanak-kanak.

Tapi tidak mengapalah. Saya faham, murid tersebut dibebelkan kerana mereka tidak menurut arahan. Bebelan itu sebagai peringatan dan pengajaran kepada murid-murid. Lagi pula, guru tersebut, sambil membebel, sambil itu dia mencari solusi. Cuma iyalah, caranya agak merimaskan sesetengah orang. Pada saya pula, kadangkala ia boleh membuatkan saya panik. Tapi pada hari itu saya okay saja.

Saya bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang walaupun berbeza, tetapi sangat membantu.
Cuma pada saya, sebaiknya kita sama-sama cuba untuk tidak meluahkan perasaan tidak puas hati di belakang rakan kita, sebab itu akan jadi mengumpat. Bukankah lebih baik kita menenangkan orang itu dan menyuruhnya bersabar dengan nada rileks, supaya orang itu lebih cool dan tidak merosakkan mood orang lain.

Kadangkala bagus juga bila emosi murid diuji sebegitu. Supaya mereka lebih kuat dan belajar dari kesilapan. Murid yang mampu menangani tekanan itu lebih baik. Sebab itulah kadangkala jurulatih sukan memberi tekanan tinggi terhadap anak didiknya. Supaya apabila ketahanan mentalnya tinggi, maka daya juangnya lebih tinggi lagi.

Cuma saya apabila menjadi jurulatih, saya tidak setuju untuk mengambil sikap memarahi tanpa sebab dan menggunakan kata-kata kesat. Untuk mendidik seorang juara sebenarnya tak perlu pun untuk kita gunakan kata-kata kesat. Kita seharusnya tahu keseimbangan, di mana dan pada saat bila kita harus menggunakan emosi kita. Tidak perlu berlebihan. Kita perlu tunjukkan cara, atau pandu anak didik dan bukannya marah tak tentu pasal tanpa memberitahu di mana silap mereka.

Semua ini saya pelajari daripada orang sekeliling saya. Alhamdulillah diberi peluang ini. Ambil yang baik, buang yang tidak baik.

SItuasi 3 : Jurulatih marah di padang

Baru-baru ini seorang rakan menyatakan betapa tidak puas hatinya beliau kepada seorang jurulatih yang memarahi seorang murid sehingga merajuk murid tersebut untuk bermain mewakili sekolah. Memang benar, pertandingan sukan memang boleh membuat adrenalin kita makin keluar deras dan menyebabkan kita lebih cepat melatah dan marah. Tapi sebagai pendidik,khususnya orang Islam, kita seharusnya berjaga-jaga dengan lidah kita.

"Bagaimana awak rasa? Okay? Best kan?"

Itu kata-kata jurulatih yang sama semasa perlawanan futsal tahun lepas. Beliau memberi peluang kepada murid itu untuk bermain seketika bagi merasai sendiri pengalaman tersebut. Beliau pun agak tenang berbanding saya pada hari itu dan tidaklah pula memarahi murid tersebut walaupun kalah.
Mungkin dia telah mind-setting dengan baik pemikirannya pagi itu berbanding semasa dia memarahi murid di padang bulan lepas. Tapi mungkin juga kerana waktu di padang itu, dia memarahi kerana ia adalah latihan saja, maka pada perlawanan sebenar dia lebih cool? wallahualam.

Cara setiap orang mungkin berbeza. Apa yang penting, kita teruskan mengikut cara yang diredhai Allah. Kemudian kuatkan pendirian dan mengikut niat sebenar. Kita juga tak perlu membiarkan diri kita dipengaruhi oleh orang lain. Biarlah seseorang itu bersikap negatif, yang penting, sikap kita terhadapnya tidak terjebak sama negatif.

Friday, 20 April 2012

Anda parent yang sangat kool kerana anak-anak dibenarkan bercouple!

Anak-anak rasa andalah ibubapa yang paling kool sebab anda membenarkan anak-anak bercouple. Tak kisahlah walaupun anak tu baru form1, tak pe je kalau keluar dating minum-minum. Lagipun anak anda memang boleh dipercayai. Best betul kalau dapat ibubapa begini kan??

Mari kita tengok sekeliling kita jap. Sekarang ni, banyak dengar cerita tentang gelagat orang dewasa yang bergelar ibubapa, yang kantoi dengan jerat cinta terlarang.Malah, umur 40an hingga 50an lagi! Dalam erti kata yang lain, main kayu tiga,curang. Kalau hukum hudud maunyer teruk kena nih.

Kes lain, mereka ni ada yang jadi hamba kepada pornografi, berkata lucah kepada kawan-kawan,dll. Kemudian terjerat dengan hubungan seks. Tak pun bercinta di facebook dan telefon sehingga bercerai-berai. Itu belum masuk lagi kes hubungan di luar tabii. Memang terlalu kerap didengari! Golongan ibubapa? Biar betul?

Ya,inilah sikap ibubapa zaman sekarang yang kita katakan sepatutnya sudah sangat dewasa dan matang, serta boleh membezakan yang baik dan buruk.

Jadi, tak apalah kot kalau ibubapa membenarkan anak-anak muda ini dibiarkan berdua-duaan keluar minum, belajar bersama kan? Mereka ni pun dah matang, boleh fikir baik dan buruk. Walaupun sekeliling mereka semua menunjukkan betapa cool dan comelnya berpegangan tangan, berdua-duaan.

Manakala Tv dan kawan-kawan di facebook pun kata ok je buat aksi ringan-ringan.. dan seterusnya...tuuut.. zina yang dilaknat Allah swt. Setuju tak kalau saya katakan kebanyakan drama, filem, majalah, games, dan iklan komersial semuanya dah dijangkiti virus seks-menggalakkan nafsu itu.

So, anda masih kata anak anda boleh dipercayai? Anak anda kuat ye mengharungi, menongkah arus semasa bercinta. Wow,Bagusnya!

Well, mungkin ada anak yang boleh dipercayai.

Tapi siapa yang sepatutnya kita lebih percayai?

Tentunya yang menciptakan kita. Percaya tak Dia lebih tahu segala-galanya tentang manusia dan hukum alam? Iyalah, Dia yang ciptakan segalanya kan? Maha bijaksana pula tu.

Jadi, bila sesuatu perintah dan larangan dibuatNya, pastilah kita harus percayai itu yang terbaik harus kita ikuti. Terang-terangan dalam alQuran dan hadis dah ajar bagaimana seharusnya hubungan lelaki dan perempuan dijaga batasnya. Siapa kita untuk mengubahsuai perkara tersebut?

Perempuan dan lelaki yang beriman diperintahkan untuk menundukkan pandangan kepada jantina berlawanan. So, anda masih rasa kool dengan anak anda yang bercouple? Fikirkanlah!

Sunday, 15 April 2012

jenama kita ATAU jemaah kita?

sudah lama tidak menulis blog. sibuk ke? taklah, memang byk membuang masa sejak akhir-akhir ni. apapun, nak share sikit drp Muktamar Khamis / ke-5 ikhwanul muslimin

"Mereka juga tidak akan bersikap fanatik dengan nama kerana Islam yang bersifat menyeluruh ini telah menggabungkan mereka semua di bawah satu nama iaitu "Saudara-daudara Seislam" atau Ikhwan al-Muslimin."

tak kisahlah nak guna platform atau nama apa, yang penting kita sedar kita berada dalam satu jemaah Islam yang bersaudara.
terima kasih.

Wednesday, 7 March 2012

hati-hati kaum wanita


semenjak bekerja ni, dan banyak percampuran antara lelaki dan perempuan berlaku, baru terasa betul perlunya menjaga perlakuan diri dan menjaga pemakaian.

kalau zaman belajar dulu tak rasa sangat sebab berada dalam keadaan terjaga dan mampu mengelaknya pertembungan dan percampuran. Ditambah pula dengan faktor usia yang lebih tua, dan tak ramai orang lelaki, lagilah tak perasan sangat..

wahai wanita, hati-hatilah kerana lirikan matamu, lembut suaramu, lenggok jalanmu, titisan airmatamu, ayat-ayatmu, boleh mencairkan hati lelaki. Itu belum tambah lagi kalau berpakaian yang menarik perhatian, bermake-up, atau memang dah cantik semulajadi.. huhu..lagilah kena berhati-hati..

Takut-takut nanti kita yang menarik kaum lelaki ke jalan yang neraka. Juga memberi mesej yang salah kepada mereka. Kasihan mereka. Takut juga kita nanti yang jadi perasan dan 'ter'layan godaan syaitan untuk mendekati orang tersebut.huhu..

Hati-hati.

Tolong lebih alert dengan diri sendiri. Perlakuan harus dijaga.

p/s: "ni keluar cantik-cantik ni untuk apa ye?"

Sunday, 4 March 2012

daie weekend, workaholics full time??

apabila kerja-kerja harian di tempat kerja menuntut masa, tenaga kita hingga ke akhirnya.. sampaikan diri sendiri dah penat untuk memberi komitmen dengan kerja menuju syurga?

dahlah kerja harian tu buat sehabis baik entah dah betul ke belum niatnya kerana Allah? kalau tak, sia-sia je kerja penat-penat..

sehingga jadi daie weekend? yang hanya di saat nak usrah barulah terkedek2 baca buku. bila nak terjumpa murabbi dan mutarabbi barulah rasa segan apabila mengenangkan dosa lalu, kekurangan diri...barulah ingat nak bermuhasabah, nak beristighfar...

oh, aku kena kuat!!!

~what you give, you get back~

Tuesday, 28 February 2012

Let's Cooking!

my favourite ingredients for cooking:
- black pepper
- lemon grass
- cinnamon
- tomatoes
- gula anau (do you know this? can be found mostly in Kuala Pilah.)
- cheese

btw, i still use cili padi in most of my cooking..even though it is not one of my favourite. biase-biase je.
it's like chocolate. i do love chocolate, but not all the time. those ingredients up there are the ones i couldnt resist myself from buying in the mart and then cook it!
why am i writing this? takde keje ke?
aaaaiiyyyoooo..cikgu ii, sila muhasabah diri anda..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails