Sunday, 20 March 2011

sunnah orang berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga


Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga

lagu : sunnah orang berjuang
penyanyi : hijjaz
mood saya sekarang: sayu dgr lagu ni. mengingatkan org2 lain yg penat berjuang utk kita, dan mengenangkan diri yg tak cukup berjuang! owhhhh...mereka mungkin penat, tetapi mereka tak pernah menyesal. mereka mengejar kebahagiaan abadi. hidup mrk mungkin nampak susah, tetapi mereka tabah, mereka bahagia disayangi Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails