Saturday, 29 January 2011

kita telah ditarbiyah?

kita selalu duduk mendengar, mencatat nota, berdiskusi. lepas tu terus kata telah ditarbiyah. hmmm...selagi kita tak melaksanakannya, itu bukanlah tarbiyah.

sebab itulah tarbiyah yang lengkap bukan sekadar duduk dalam liqo' dan mendengar. sebab tarbiyah juga bererti mengambil risiko dan juga pengorbanan.
jika tak, masakan Jaafar bin Abu Talib sanggup berhijrah ke Habsyah?

kalau tak sanggup nak bergerak sedikit ke daurah, mukhayyam, katibah, mahupun bertegur sapa dengan orang untuk berkenalan (dakwah fardiah)..maknanya anda belum cukup ditarbiyah.

apa nak buat? ia bermula dengan diri sendiri.
berusahalah!

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan atau berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." alQuran 9:41

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails