Thursday, 13 October 2011

orang biasa-biasa vs. ustaz/ustazah

Sering saya melihat, dalam meletakkan amalan harian mengikut syariat Allah, kadang-kadang orang sangka ia hanya prinsip individu ATAU ia hanya hukum atau peraturan untuk para ustaz dan ustazah.

Sedangkan ia adalah untuk SEMUA umat Islam. Mereka tak sedarinya (saya juga sebahagian daripada mereka itu suatu masa dahulu).

Contoh mudah antaranya, perintah untuk menutup aurat dengan sebaiknya (e.g. melabuhkan tudung menutupi dada). Mereka mungkin merasakan ia hanya perintah untuk orang-orang yang sudah sedia alim atau belajar bidang agama sahaja. Aiyoyo!

Ataupun kadang-kadang, melibatkan diri dalam perkara yang melalaikan (karaoke, menari), mereka akan faham saja apabila ustaz dan ustazah tidak mengambil bahagian.

Tetapi, bila orang-orang biasa seperti saya tak nak melibatkan diri, mereka akan katakan bahawa kita tidak sporting, berlagak ustazah dan sebagainya. Oh tidak! Saya memang sporting orangnya, tapi biarlah bertempat. Tak kisahlah jika perbuatan itu dilakukan dengan tujuan atau niat baik (e.g. belajar) ataupun hanya dihadiri orang-orang yang alim dan tawadhuk, jika ia salah dan tidak mengikut syariat, ia tetap salah.

Kadang-kadang kita sesuka hati mentafsir sesuatu hukum ikut kesesuaian diri. Seolah-olah kita lebih bijak daripada para ulama mahupun Allah swt sendiri.

Contohnya kalau didalam alQuran dan memang menyatakan ia hukum untuk perempuan beriman, ataupun perempuan sahaja sekalipun, maka ia untuk perempuanlah (kita!). Tetapi kadang-kadang kita dengan senang hatinya buat sedikit pengubahsuaian hukum seperti;

“Oh, tak apalah, saya dah tua dah. Tak adanya orang nak”

Ataupun,

“Oh, tak apalah, saya dah kahwin beranak lapan. Dia tu pun suami orang. Kami tahulah jaga diri.”

Ataupun,

“Eh, tak apalah, kami kawan karib (ataupun kami saudara), tak mengapa. Bukan ada perasaan apa-apapun kalau duduk dekat-dekat, bersalaman.”

Ya, anda mungkin orang yang kuat imannya, tidak mudah tergoda dengan bisikan syaitan.

Tapi, siapalah kita untuk mengubahsuai hukum yang telah ditafsir jelas oleh orang yang membuat kajian bertahun-tahun. Siapalah kita untuk dibandingkan dengan para imam mazhab yang sungguh-sungguh belajar dan menyelidik dengan penuh ketundukan kepada Allah swt tu?

Bukankah kita mengakui Allah Maha Bijaksana? Pemikiran kita tidak terbatas berbanding yang Maha Esa. Mungkin sekarang kita tidak berjaya mencari hikmah di sebalik segala hukum-hakam itu, tapi sebagai orang yang beriman, pastinya kita mempercayaiNya.

Islam bukanlah agama ritual yang misterius dan tak boleh di terangkan (unexplainable). Semuanya jelas dan boleh dijelaskan. Hanya kita perlu mencarinya, membuat penyelidikan. Pasti akan menjumpai jawapannya. inshaALlah.

p/s: ingatkan saya semula jika suatu hari nanti saya sendiri terlupa untuk membuat mengikut syariat

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails