Thursday, 6 October 2011

Cerita Hal KERETA : dah ada aircond!

Keretaku sudah ada aircond setelah berbulan pakai tanpa aircond. Keretaku sudah tak bocor setelah berbulan air menitik masuk dalam sewaktu hujan lebat. Sebenarnya kereta mak saya. .Hehe..

Alkisahnya bulan ni belanja untuk kereta banyak juga. Kalau bulan lepas RM300 untuk gam semula dan tukar getah pada cermin kereta depan dan belakang, bulan ni, saya pergi 4 bengkel kot. Pertama kononnya nak tukar speaker, sebab radio dah tak dengar apa dah. Lepas tu saya fikir tak perlu lah. So I say goodbye lah to the mechanic.

Kemudian tiba-tiba lampu brek pula tak menyala. Lampu dashboard pun. Pernah berlaku dan kemudian kini berlaku lagi. Jadi ia berlaku makin kerap pula. Bahaya jugak sebab dah 3hari travel dengan masalah lampu brek belakang. Isyy…pergi lah betulkan kat bengkel yang expert wiring. Dia tak ambil satu sen pun sebab sikit je problemnya. Yeay..! Muka ni pun dah biasa datang tempat dia.

Kemudian tiba-tiba beberapa hari lepas itu, tingkap pula tak mahu naik. Dua-dua pula tu. Bahayalah kerana nanti hujan pula. Jadi saya hantar ke satu lagi bengkel. Malas nak gi bengkel wiring tu, sebab pomennya muka serius. Lagipun bengkel yang saya pergi satu lagi ni, dia memang expert banyak benda. Memang saya dah selalu tengok dia buat kerja dan tanya orang lain. Apapun, tokey dia anak-beranak heavyweight. Sampai kepada emaknya pun keje gak kat situ. Dia expert harga segala barang sparepart dalam bengkel tu. Walaupun tokey/pomen tu jenis tangan dan seluruh badan/baju dia hitam atau memanjang kotor, tapi saya tak kisah sangat sebab mereka baik hati jugaklah.

Apapun, lepas satu jam dia bergilir-gilir tengokkan kereta saya dan kereta orang lain, barulah settle. Saya kena RM30. Mana taknya, nak cari punca je dah satu hal. Cek sana sini, trial and error. Then apa ek problem dia? Alahai, lupa pulak. Balik tu, saya cubalah pula pasang wiper yang saya baru beli berharga RM21.90. rupa-rupanya sebatang je. hmm..takpelah, tukar dululah sebatang. Tapi memang puas hati. Cuma nak memasangnya terkial-kial jugalah saya. Lepas tu saya pergi servis kereta ni. Dah melebihi waktu servis sebenarnya ni. Sebab dah hampir 2 kali jugakla minyak hitam kering dan saya refill je sendiri..hehe..hari ini servis air dan minyak hitam kena RM87.

Next, waktu weekend, saya pun pergi balik kat bengkel yang satu-satunya kat daerah ni yang boleh menggamkan balik cermin yang bocor tu. Dia tak caj yang tu sebab hari tu dia dah buat untuk saya tapi lepas seminggu bocor lagi yang depan tu. Maka dia kira masih dalam warranty dia lah, walaupun dah lebih sebulan baru saya datamg semula...hehe.. tapi saya minta selain itu dia tukar getah kat bonet belakang tu, sebab kat situ pun masuk air. Getah tu pun dah tertanggal tanggal je. Then dia buat ujian, bila air mengalir kat lampu belakang, masuk tak dalam bonet? Rupanya masuk juga. Oleh itu, dia pun gamkan bahagian tu juga.

Dia kata benda ni kena ambil masa, sebab dia nak testing guna air, tapi lepas tu nak gam semula kena tunggu betul-betul kering. So, saya pun tinggalkanlah kat bengkel tu hari jumaat dan ambil semula hari isnin. Sebab ahad cuti. Dan hari jumaat petang tu saya nak balik bangi dah. Jadi alang-alang tinggal teruslah. Kali ni, dia caj RM80 untuk getah belakang.

Lepas tu saya fikir, alang-alang, selalu sangat hujan sekarang ni, baik saya hantar kat bengkel untuk pasang aircond. Maka hari semalam saya hantar kereta ke satu bengkel lagi untuk baiki aircond. Alhamdulillah dia terima mastercard. Bolehlah saya bayar. Utk tukar compressor, tabung gas, paip bocor, servis aircond, bersihkan cooling coil, Semuanya rm470. Lepas tu tiba-tiba bila nak balik dia perasan yang lampu depan saya problem sebelah. Jadi dia gantilah mentol punye apabenda ntah (lupa nak tanya) RM15. Maka total RM485. Makin banyaklah hutang kad kreditku jawabnya. Isyy.. oleh itu, jumlah keseluruhan bulan ni untuk kereta adalah RM703.90.

Patutlah tinggal berapa ringgit je duit dalam bank..hehe..Patutlah tak dapat nak continue modul 2 sijil usuluddin bulan ni..tak cukup duit maa..takpe, inshaAllah ini pelaburan untuk akhirat juga. Bolehlah bawa adik-adik usrah dan mad’u dengan selesa. Dan yang paling penting sekali sekarang ni kalau hujan lebat saya still boleh memandu. Sebab sudah ada aircond dan dah tak bocor!

By the way, kereta ni kalau ikutkan ada beberapa lagi benda saya nak betulkan. Saya nak tukar dinding dalaman dia. Dah tercabut-cabut dah. Mahunya dekat RM200 nanti. Campur speaker baru lagi RM160. Kalau saya nak betulkan meter dengan apabenda lagi ntah yang kat depan stereng tuh..alahai, kat dashboard tulah. Daripada 3 benda alah tu, hanya penanda aras minyak dan temperature je yang dah dibetulkan. Yang 2 lagi belum lagi. Rasanya kalau sparepart ori, satu tu nak dekat RM200 atau lebih. Kalau dua? Isyy..masak saya. Itu belum kira lagi kot-kot problemnya adalah wiring dalam tu..ha, tak ke double masak saya lagi? Pastu ada hati nak cat semula kereta ni.hheehe..berapa RM ye kalau cat the whole body?

Wahhh…memang lah di dunia ni banyak pakai duit, tapi tak perlulah fikir sangat pasal duit sehingga mendominasi kehidupan. Apa yang penting sekarang,

elakkan berhutang jika tak perlu. Sebab nyawa kita entah bila akan diambil kembali Allah swt.

Kalau iya pun nak berhutang, mungkin satu-persatu. Biar langsai dulu salah satu, baru buat yang baru.

Tapi, yang paling penting, nak berhutang tu pastikan kita mampu membayarnya semula.

Dan juga berhutang untuk keperluan, bukan kesukaan semata-mata. Itu nafsu.

Kalau tidak, memanglah. Tak kan kita nak menyusahkan waris dengan hutang piutang setelah meninggal dunia? Teringat pula kisah sang khalifah yang tak jadi minta advance gaji khalifah kerana memikirkan diri tak konfem lagi boleh bayar hutang memandangkan esok lusa belum tentu masih hidup.

Lagi satu, banyakkan berdoa agar Allah memudahkan kita membayar segala hutang-piutang dan dimurahkan rezeki.

Oklah, saya pun nak tambah sumber kewangan ni. Nak berusaha! Ada orang bekerja tambahan semata-mata nak bersedekah. Maksudnya memang seluruh gaji tu untuk diinfakkan ke jalan Allah. Best tak idea tu? Jom!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails