Friday, 2 September 2011

mesej iklan raye

Saya sangat sukakan mesej di iklan-iklan dan drama sempena Syawal ini yang mengingatkan kita tentang kepentingan mengeratkan kembali persaudaraan sesama kita dengan keluarga, terutamanya ibubapa.

TETAPI, saya tertunggu-tunggu juga iklan yang membawa mesej persaudaraan Islam yang lebih besar. Di mana umat Islam seluruh dunia sama-sama berpuasa, membuat amal sepanjang bulan Ramadan.

Kemudian bertahlil, bertakbir, bertahmid di hari raya.

Umat Islam yang bersaudara sangat mengasihi saudaranya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri. Ikatan akidah yang dipegang kuat lebih daripada ikatan darah. Semua tempat umat Islam tinggal merupakan tanahair kita.

Adakah kita semua sudah merasakan begitu? Atau masih menganggap orang Somalia hanyalah orang Somalia dan juga membantu umat manusia lain sekadar atas sebab belas kasihan dan kemanusiaan saja? Kalaulah ya, maka kita tiada beza dengan orang bukan Islam yang baikhati itu. Mereka melakukan kebajikan hanya atas dasar kemanusiaan, bukanlah atas dasar ketaatan kepada Allah swt.

Seharusnya kita membantu kerana Allah. Kerana ia suruhanNya. Beramal kerana ia diwahyukan di dalam Al-Quran. Melakukannya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah melakukannya dan menyebutkan tentangnya dalam hadith.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails