Friday, 2 September 2011

kisah tak sedap didengar..

Selalu juga saya terdengar dan ternampak kisah anak-anak muda yang terlalu mendesak dan menggesa keluarganya untuk mengadakan perkahwinan mereka terlalu awal. Kisah yang paling awal saya dengar berlaku masa saya kecil lagi. Sekarang peristiwa sebegini berlaku lagi. Maksudnya apa? Ha, tak sudah-sudah rupenye kes begini berlaku. Walaupun semua peristiwa yang saya dengar ni akhirnya berlangsung juga perkahwinan tersebut oleh ibubapa mereka dan bukanlah kahwin lari ke apa, tapi ada jugalah kisah yang tak sedap didengar. Iyalah, bergaduh mulutlah selalunya berlaku.

Malah, yang paling tak sedap didengar dan dilihat adalah apabila kisah begini berlaku dalam kalangan orang-orang yang dikatakan berpegang teguh pada agama Islam. Yang luarannya memakai kopiah, tudung labuh (aikk..macam aku je? Haha), ataupun ada title ustaz/ustazah. Hmm.. kemudian ada juga di kalangan mereka terlalu mendesak ibubapa, sehingga mengguris hati ibubapa. Ada yang mengatakan tak elok berpasangan atau bertunang lama-lama, berbual di telefon buat dosalah, maksiatlah, macam-macam lagi. Katanya ibubapa tak fahamlah, pelbagai lagi.. sehingga mengusik hati ibubapa, dan adik-beradik.

Don’t get me wrong. I am not against early marriage (awal di sini selalunya merujuk kepada pasangan tersebut masih lagi tak habis belajar, belum ada pekerjaan atau kewangan stabil). Malah, sewaktu saya mula-mula dengar tentang nikah khitbah (nikah gantung), saya juga bersetuju dengan idea itu.

Pada saya, tidak adil untuk kita menafikan fitrah manusia hanya kerana keadaan kehidupan kini telah berubah. Sedangkan secara fizikal, mental, dan spiritualnya mereka telah bersedia, tetapi malangnya dianggap tidak bersedia kerana keadaan kehidupan masa kini meletakkan syarat kalau nak kahwin kena ada duit beribu ringgit, kena habis belajar dulu.

Malah, saya besetuju bila dikatakan tak elok bertunang lama-lama, berbual di telefon merupakan permulaan kepada maksiat.

Tapi yang saya tak setujunya dan peliknya, kalau dah tahu begitu, kenapa bertunang? Kenapa berpasangan? Kenapa berbual di telefon?

Jika ibubapa dah awal-awal kata tak bagi kahwin awal, sebaiknya tak perlulah bertunang dulu. Tak perlulah risau bila tak diikat. Percayalah pada jodoh ketentuan Allah. Banyakkan juga bersabar.

Lainlah jika anda bersedia untuk menghadapi pertunangan yang lama dan menempuh ujian. Walaupun bertunang, tak perlu pun berbual di telefon berbual, berbincang tentang perkara yang belum mungkin pasti. Selagi belum berkahwin, tiada apa yang pasti lagi. Jadi tidak seharusnya mendahulukan bakal pasangan daripada ibubapa sendiri selagimana apa yang ibubapa buat dan kehendaki tidak bertentangan dengan syarak. Janganlah sehingga emosi dan melukai hati ibubapa dan saudara sendiri.

Seorang sahabat pernah berkata, sewaktu dia bertunang dahulu selalu juga syaitan mengusik perasaan diri untuk mencari alasan untuk menelefon tunangnya. Walaupun sebenarnya tak penting dan tak perlu pun.

Ingatlah, tiada istilah ‘couple’ pun dalam Islam jika belum berkahwin. Tak kisahlah jika anda merasakan pasangan anda sentiasa mengingatkan diri anda tentang solat, tentang Allah, ataupun telah menunjukkan kesungguhan hendak berkahwin dengan anda. Kerana ia sebenarnya tipudaya syaitan.

Manakala pertunangan sebaiknya dirahsiakan, pernikahan dihebahkan. Kerana ia melibatkan hati dan masalah di masa akan datang jika dihebahkan pertunangannya.

Teringat kisah sahabat baik saya yang sewaktu dia bertunang atau berkenalan, dia berhubung hanya melalui emel dan bertanyakan perkara-perkara yang penting saja seperti ingin mengetahui pemikiran masing-masing, mengenal hati budi masing-masing, dan persiapan perkahwinan. Itupun, emelnya dihantar salinannya kepada orang perantara yang dipercayai. Ha, siap cc the email to another person, supaya tiada perkara yang melampaui syarak ditulis di situ.

Bagus betul! Alhamdulillah, she got married and I’d say happily married!

Jadi, kesimpulannya di sini..ha, fikirlah sendiri! Dan saya juga mengingatkan diri sendiri juga. Semoga kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Jika ibubapa tak bersetuju dengan pilihan hati, ataupun tak bersetuju dengan ‘timing’ kita nak kahwin tu, maka banyakkanlah bersabar, banyakkan berdoa. Adalah hikmah di sebalik tu. Dekatkanlah diri dengan Allah. Semoga kita redha dengan ketentuanNya.

9 comments:

Anonymous said...

maklumbalas dari post ini:
1.jawapan kpd prsoalan enti: "Tapi yang saya tak setujunya dan peliknya, kalau dah tahu begitu, kenapa bertunang?"
sbb mereka dah terjumpa,trbertemu&tersuka satu sama lain.mreka akan rasa 1 kerugian besar jika tak diikat:risau kalau tak diikat,hubungan itu seperti tidak kepastian,lebih mudah putus. Kalau diikat, ia lebih kukuh/sukar putus, orang lain tak masuk line kacau, salah 1 usaha mnunjukkan mereka serius ke arah nikah, dll.Kerana mreka tak mahu kehilangan, mahu bsama sbagai suamiisteri kelak.

Saya tak faham,so ada Soalan: "Kenapa berpasangan? Kenapa berbual di telefon? Jika ibubapa dah awal-awal kata tak bagi kahwin awal, sebaiknya tak perlulah bertunang dulu. Tak perlulah risau bila tak diikat. Percayalah pada jodoh ketentuan Allah."
kenapa enti mengatakan 'tak perlu risau bila tak diikat dengan pasangan yg disukainya,(disebabkan kita perlu percaya pada jodoh ketentuan Allah)' ....?

cikgu ii said...

slm :)
menjawab persoalan yg pertama: saya sebenarnya berasa sedikit canggung bila ada pasangan bertunang yang mengeluarkan statement kpd ibubapa begini:

"tak elok tunang lama-lama sebab nanti berbual di telefon dan berjumpa nanti lagi banyak maksiat". sebagai alasan untuk berkahwin cepat. sehingga kadang-kadang di tahap menggesa dan tak berhikmah, menyakiti hati dan perasaan ibubapa.

pada pdgn saya, kalau dah tahu ibubapa akan mengikat tali pertunangan lama dan tak bagi kahwin cepat, tak perlulah bertunang dahulu.

MELAINKAN kita tahu adab-adab dalam menjaga perhubungan dalam pertunangan (tak perlu berhubung jika tiada keperluan, tiada mahram).

salah kita sendiri jika tak pandai jaga adab itu. kenapa pula perlu menyalahkan ibubapa dan menggesa mereka mempercepatkan majlis?

serius ke arah pernikahan bermaksud kita harus prepare dari sekarang dengan ilmu akhirat.

hidup kita ni simple, Allah hanya suruh kita beribadat dan menjadi khalifahnya. hal-hal lain seperti ajal, jodoh, sudah ditentukanNya. Tak perlu kita pening kepala.

maka yang sepatutnya kita lakukan adalah berusaha! bukan berusaha mencari jodoh, tetapi berusaha memperbaiki diri melaksanakan tujuan hidup kita (beribadat & khalifah) tu.

sebabnya Allah dah kata, lelaki baik untuk perempuan baik. so, itulah usaha kita. fullstop. percaya dan yakin pada Allah.

itu situasi untuk perempuan. jika kita lelaki, jika dah suka, masuk meminang saja wanita tu. tapi nak kahwin pun bukan sekadar kerana suka, tapi kerana nak melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim.

dan yang paling penting, sekali lagi, jagalah adab jika belum lagi terikat dengan akad nikah. jika orang kacau masuk line, putus tunang, janganlah susah hati. kalau jodoh tiada di dunia ni, berusahalah untuk dapat bidadari di syurga nanti. (tak percaya? percayalah kepada janji Allah swt)
wassalam.

harap dpt pencerahan

Anonymous said...

tak faham ayat dari jawapan tu: "..... ajal, jodoh, sudah ditentukanNya. Tak perlu kita pening kepala."
-1)apa maksud sudah ditentukanNya? adakah,sudah tertulis di luh mahfuz, so kita buat apa2 pun takkan berubah ke?
-2)kenapa kita tak perlu pening kepala pulak?
tq

Anonymous said...

cikgu ni mengajar di mana?selangor?melaka?

cikgu ii said...

jwpn
1)yup. ada hadis ttg tu. refer hadis ke4 dalam buku hadis 40 imam an-nawawi. ada 4 perkara sudah ditentukan. jodoh takdela ditulis spesifik dlm tu, tapi part of it la.

sebut ttg qada' qadar, pd pdgn saya kita kena fikir begini:

- kita disuruh oleh Allah swt utk memilih jalan kebaikan berbanding keburukan. maka kita boleh memilih dan kena berusaha semata-mata kerana Allah suruh. bukanlah berusaha kerana mengharapkan hasilnya. kita pun tak tahu apa pengakhiran kita, jadi kenalah bersungguh-sungguh.

- Allah maha mengetahui. Dia dah tahu dah jalan apa yg hambaNya bakal pilih.

- kita selaku orang yg mengaku beriman kpd Allah swt harus meyakini yang Allah itu Maha Adil. Dia tidak akan menzalimi hambaNya.

2) selalunya manusia complicate kan hidupnya dgn benda2 remeh, sedangkan ALlah swt telah memberikan tanggungjwab yg lebih besar dan harus digalas dan difikirkan berbanding benda2 remeh. lalu resah gelisah, tak lalu makan, tak lena tidur, hati tak tenteram nak buat keje.

mgkn juga ia tak terlalu remeh kerana perkahwinan sepatutnya jadi ibadah, tapi seharusnya tak perlulah sehingga memeningkan kepala dan menguasai seluruh kehidupan kita.

berusahalah dgn menjadi perempuan/lelaki yg soleh, berdoa dan yakin padaNya. kemudian, mintalah sahabat/ibubapa/org yg dipercayai utk mencarikan jodoh mengikut syariat yg ditetapkan Allah.

biarlah org yg mencarikan itu benar2 kenal diri kita dan ikhlas.wallahualam.
sekadar pendapat

cikgu ii said...

cik anon. saya di N9

Anonymous said...

%%%%
Tentang takdir, mari lihat pengertian qada.
Qada terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.

1. Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).

2. Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
%%%%

Hadis ke4 buku i.Nawawi tadi – 4 perkara yg telah ditentukan: rezeki, ajal, amalan & bahagia/susah.

Tapi jangan lupa hadis yg lain –takdir boleh diubah dengan doa, amalan(buat baik dengan ibubapa dipanjangkn umur dll)
Juga, "Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39).
Dari ini, (Dari hadis lain& alQuran), takdir ajal juga depend pada amalan & doa. Ajal boleh berubah. Contohnye, asal2di takdirkan umurnya 60tahun tp disebabkan doa&amalan buat baik pada ibubapa, Allah panjangkan hingga 70 tahun.

So, walaupun ajal tadi dah ditetapkan semasa manusia dlm kandungan, tapi ia masih boleh diubah dengan cara2 tadi(doa, amalan/perbuatan ….). Yang tak boleh diubah, adalah ajal itu sendiri-ia pasti akan terkena manusia(manusia memang ditetapkan mesti mati, doa/amalan macamana pun…kita mesti mati). Cuma yg boleh diubah adalah panjang usianya.

Takdir jodoh sama kategori dengan takdir ajal(kepanjangan umur). Jodoh dan ajal(kepanjangan umur) termasuk dlm qada muallaq, iaitu bergantung pada doa,amalan/perbuatan.

So, takdir jodoh boleh diubah.
Tidak tepat kalau dikata {jodoh nie, wat macamana pun akan sama juge-akan kahwin dengan orang tu jugek}. Tidak tepat kalau dikata {siapa jodoh kita, dah tertulis dah, buat macamana pun takkan berubah}. Kerana ia boleh berubah, dengan doa dan perbuatan kita. Allah bisa padam apa yang sudah tertulis. Dan Dia Maha Mengetahui itu akan terjadi.
Melainkan kalau ia sudah berlaku, baru boleh kata macam tu.
Macamane, pemahaman ini lebih benar kan?

Berbalik pd hadis buku i.nawawi tadi, pemahaman yg blh didapati adlh, kita tak tahu kita ditakdirkan masuk neraka atau terus jadi ahli syurga, jadi, {kalau2 takdir aku nie ahli neraka maka ubahlah ya Allah, jika aku ditakdir ahli syurga, tetapkanlah }

cikgu ii said...

tkaseh cik anonymous.
ha, ni org yg sama ke lain ni? kalau org yg sama dah jadi mcm hadis jibril pulak. org yg bertanya mjadi org yg menjawab jugak.
betullah tu. tkasih di atas penerangan yg lebih jelas. rasanya sama je maksudnya dgn pdgn saya tu. takde yg bercanggah betul tak?

jadi, kalau jodoh tu bergantung kepada doa, amalan dan perbuatan, sebagaimana ajal, maka apa usaha yg kita perlu buat adalah doa, dan perbanyakkan amalan dan perbuatan soleh. bukanlah terlalu mengejar jodoh sehingga melampaui syariat, mengguris hati keluarga.

cuma saya mohon boleh bgtau saya hadis mana yg direfer utk yg cik anon. quote di bwh ni?

"...Dari ini, (Dari hadis lain& alQuran), takdir ajal juga depend pada amalan & doa..."

Anonymous said...

"...Dari ini, (Dari hadis lain& alQuran), takdir ajal juga depend pada amalan & doa..."
{hadis lain & alQuran} yg saya maksudkan tue, adlh hadis & ayat yg saya mention sbelum ni:

"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39).
dan..
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
juga ada hadis2 yg lebih kurang sama maksud cuma dibawa oleh perawi lain..:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails