Wednesday, 17 August 2011

Presenting to you: a long entry...(tak insaf lagi rupenye..)


Pandai bercakap? (btw, sebelah ni gambar orang yang sangat pandai berucap dlm pelbagai bahasa - al maududi)

Semalam sejurus selepas saya beri satu pengisian selama kira-kira 12 jam, ada orang kata saya pandai bercakap. Entahlah, pelik juga dengan pandangan itu.

Padahal sehingga kini, saya masih lagi selalu tersasul bila bercakap dengan anak murid ataupun audiens lain. Tapi biasalah, samada saya pandai ‘cover’ atau saya menggelakkan diri bersama mereka. Kononnya ‘sporting’lah. haha. Nak dijadikan cerita, baru-baru ini, saya dok rajin menonton video di Youtube tentang pengucapan. Di antara tipsnya adalah, pastikan anda tidak monotonous.

Pelbagaikan ton suara, pic, dan ekspresi. ha, istilah tu dah macam elemen dalam Pendidikan Muzik KBSR pula. Tapi, sehingga sekarang, saya masih lagi belajar nak aplikasikan segala tips tersebut. Masih belum berjaya sepenuhnya.

Lontaran suara

Alkisahnya, saya pada mulanya nak cari video tentang ‘voice projection’ atau lontaran suara untuk matapelajaran Pendidikan Muzik saya, khususnya untuk Tahun 4. hehe..last-last, dapat tips untuk diri sendiri pula. Walaupun saya guru muzik, tapi saya masih lagi ada masalah untuk mendapatkan suara dari perut. Selalunya terguna suara kerongkong/anak tekak. isyy..bila tiba waktu itu, ha, mulalah suara tu tak sampai dan merosakkan peti suara.

Tak reti bersosial

Berbalik kepada kisah pandai bercakap tu. ha, saya ni asalnya memang sangat pendiam dan pemalu. Kalau masa kecil dulu, kalau orang datang rumah, saya berkejaran masuk bilik menyorok. Selalunya mak panggil suruh salam juga tetamu, tapi lepas salam, saya akan masuk semula. Tak pandai nak melayan tetamu. Kalau ke majlis mana-manapun begitu, memang tak pandai nak berkawan dengan orang lain. Duduklah kat sebelah mak tu dengar orang tua berbual (Benda ini masih berlaku sehingga saya tingkatan 5-memang kera sumbang & low self-confidence).

Sekolah rendah

Kalau di kelas pun dulu macam tu. Kalau nak angkat tangan tu memang jaranglah. Nak cakap kat depan kelas apatah lagi. Tapi rasanya zaman tu budak-budak memang ramai yang begitu. Mereka takut benar nak ke hadapan. Jadi, kalau di sekolah, aktiviti saya adalah yang melibatkan orang ramai. Macam koir ke, choral speaking ke. Kalau individu, saya ni Juara Spelling Bee masa darjah 3 dan darjah 6. Benda macam tu tak memerlukan saya bercakap sangat. Lepas tu adalah juga try bersyair. Tak lepas pun audition untuk persembahan Hari Kanak-kanak. terlalu tinggi pitch awal sehingga di akhirnya tak ada suara pula.

Pendapat tidak didengari

Sebagai anak bongsu, kadang-kala kita rasa pendapat kita tidak didengari. Ia menjadi bertambah hebat bila kita ada ahli keluarga yang semuanya suka bercakap dan melontarkan pandangan masing-masing sehingga tiada ruang nak mencelah. ha, keluarga saya begitulah! Tempat yang selalu menjadi meja bulat kami adalah di dalam kereta sewaktu perjalanan yang jauh sikit. Saya lebih senang jadi pendengar saja, sebab susah betul nak mencelah.Kadang-kadang tu sebab rasa pendapat kita tidak penting bagi orang lain. Tidak rasa dihargai. Tapi saya akui, sesi perbincangan seperti itu menyebabkan saya ada pandangan tersendiri. Ia mencorakkan pemikiran saya. Walaupun waktu itu pemikiran saya sangat dipengaruhi oleh keluarga saya, namun ia suatu permulaan yang baik.

Salurkan melalui tulisan

Oleh itu, saya pun suka nak salurkan pendapat saya, pemikiran saya melalui tulisan saya. Jadilah saya seorang yang sangat suka menulis. Asal ada idea saja, saya akan tulis. Bila terlintas idea, tulis di telefon bimbit dulu. Malah, pernahlah juga jadi salah seorang pengarang buletin di kolej saya. Walaupun bila dibaca semula tulisan itu kini agak kurang matang dan emosional, tapi itulah pengalaman saya yang mengajarkan saya. Kalau di sekolah dulu, suka juga menulis karangan. Tak kisahlah, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Dua-dua saya suka dan mahu letakkan usaha yang lebih berbanding subjek lain.

English debater konon

Saya rasa, dek kerana idea yang melimpah-ruah (hehe..) dalam karangan-karangan saya, maka guru saya pun pernahlah suruh saya masuk English debate team mewakili sekolah. Padahal, saya pandai tulis je. Nak bercakap tergagap-gagap. Berlatih pun tak lama, lepas tu lawan. Nak dijadikan cerita, pertandingan tu agak spontan. Maksudnya dia bagi tajuk hari tu juga dan diberi masa dalam beberapa minit untuk bersedia. Masa tu, saya jadi blank, tiada idea kerana saya tidak bersetuju dengan tajuk yang diberi. Padahal saya patutnya jadi pencadang. Haiiyo! Memang lah teruk sebab dalam kepala otak ni hanya terfikir pelbagai benda pihak lawan boleh buat untuk rebuttal. haaha, akhirnya, tahap keyakinan menjadi sangat rendah dan suara saya terlalu kecil sehingga tidak dapat didengari oleh pihak lawan mahupun hakim. hihi..Memanglah kalah pusingan pertama. Lawan pula tu dengan budak Methodist ACS yang team debate nya adalah dari kalangan yang terpilih. Mereka berebut-rebut dan terpaksa di audition sebelum masuk team debate, kalau sekolah saya tu, dah macam tak ada choice lain dah. haha.

Masa kat kolej sekali lagi join debate mewakili kelas. haisyy..lepas tu dah tak nak dah. Masuk pusingan pertama je. Pusingan kedua saya bagi orang lain, saya jadi simpanan je. Saya rasa saya memang tak sesuai jadi debater, nak pusing-pusing cakap orang lain atau fakta. isyy..tak reti.

MUET dan menyukai Public speaking

Masa tingkatan enam, saya suka sangat bila dapat peluang untuk bercakap di hadapan sewaktu kelas Bahasa Inggeris. Walaupun kadang-kala tangan saya menggeletar pegang kertas tanpa saya sedari. Dalam hati yakin,tapi entah kenapa tangan pula menggeletar. Akhirnya saya mengelak untuk memegang apa-apa semasa berucap di hadapan. Disebabkan oleh ujian MUET ada speaking test, jadi saya sangat menyukai sesi latihan perbincangan. Mungkin sebab seronok merasakan pendapat sendiri didengari oleh orang lain. ‘Ter’minat pula. hehe..

Pengaruh abah dan kursus-kursusnya

Abah saya dulu pernahlah cerita tentang Pengucapan Umum. Dia bercerita tentang bagaimana nak bercakap dengan berkesan? Bagaimana nak tarik perhatian audiens? Bagaimana body language dan postur yang betul untuk pengucapan umum? Powerpoint presentation yang bagaimana adalah berkesan? dan bermacam lagi. Malah, sehinggakan saya beleklah juga buku tulisan Ainon Mohd tentang topik itu di rumah. Waktu tu saya sekolah lagi. Tapi abah memang suka kongsi apa yang dia belajar di UKM waktu itu, sehinggalah selepas dah keluar UKM pun masih lagi kongsi pendapat-pendapat ilmiahnya daripada kursus-kursus yang dihadirinya.

Training jadi cikgu

Di kolej/institut perguruan, memang kami sentiasa disuruh ‘present’ di depan kelas. Memang selalu sangat. Kalau dah 5tahun setengah belajar, dan dalam kelas hanya lebih kurang 20-29 orang saja, memang tiada peluang untuk mengelak untuk berucap di depan kelas. Maka, akhirnya saya pun lama-lama dah reti lah juga untuk bercakap di hadapan orang ramai.

Training masa usrah

Ha, waktu usrah pun kita dilatih untuk memberi pendapat. Walaupun kakak naqibah tak memaksa, tapi sekali-sekala kena juga beri pendapat. Bila jadi kakak naqibah pula, nak tak nak, kena lah juga bercakap. Belajar dari kesilapan dan juga belajar daripada orang lain. Bila dah join tarbiah ni, banyaklah juga pengisian ilmu yang didengari. Jadi bolehlah belajar daripada pelbagai orang yang memberi pengisian tersebut. Lama-lama, jadi yakin nak bercakap di hadapan.

Malah, gian nak berucap. haha..teringat dulu masa tak join tarbiah lagi, tapi disuruh bagi tazkirah pagi di depan audiens. Memang tazkirah saya lain daripada tazkirah orang lain sebelum-sebelum ini, kerana saya memang belasah je. haha..memang mengarut. Dah jadi macam deejay radio pula.

Oleh itu, nak kata ia satu anugerah yang memang ada secara semulajadi dalam diri saya? Saya katakan tidak. Sifat ini memang telah dipupuk melalui pengalaman hidup saya.

(hmmm…rasa macam ada tertinggal sesuatu lah? takpelah..jika teringat nanti saya tambahlah)

p/s: tapi rasanya saya tak pernah lagi jadi emcee yang formal. kalau tak formal selalulah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails