Thursday, 11 August 2011

entri panjang berjela-jela

tadi saya blogwalking sikit. satu blog je lah..
pastu, seperti biasa, entri yang panjang saya baca sepintas lalu. tarik je ke bawah.
ya, oleh itu tuan-tuan dan puan-puan, janganlah tulis panjang2. buat penat je.

terutamanya kebanyakan pembaca blog adalah seperti saya (ye ke? suka hati je buat generalisasi). tak suka nak baca panjang2. jika dapat input utama dah ok dah. lebih mudah, jika di highlightkan perkara penting. senang.

tapi jangan tertipu ya, saya bukan tak suka membaca, malah, buku2 pilihan saya bukanlah berbentuk novel atau fiksyen, saya suka buku ilmiah yang tebal2 tu. cuma, bila tiba di komputer, di blog, saya sukakan sesuatu yang ringkas, menarik perhatian, dan menusuk hati.

p/s: dulu saya pun makhluk yg suka tulis blog panjang2. skrg dah taknak buat dah. jika panjang pun, buat beberapa episod/entri. belajar dari kesilapan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails