Friday, 26 August 2011

Apabila perintah Allah nampak tak logik..

Tadi saya ‘ter’menonton satu kisah cerita yang agak islamik la tajuknya. Hmm..bila dia tunjuk tentang orang-orang yang mengaku beragama, tapi menggunakan ayat al-Quran bukan di tempat yang sebenar, yakni seolah-olah aplikasinya tidak menunjukkan makna yang sebenar sepertimana sewaktu ia diturunkan kepada Rasulullah, saya rasa rimas. Di sinilah pentingnya kita mempelajari agama. Mempelajari yang sebenarnya dan bersungguh-sungguh. Supaya kita tidaklah terkeliru atau salahfaham dengan Allah swt.

Fitrah manusia – berperasaan

Islam adalah agama yang mengikut fitrah manusia. Manusia ada perasaan, bukannya robot. Jika kita melihat kepada kisah-kisah para sahabat, kita akan sedar akan sisi manusia pada diri mereka. Walaupun mereka mempunyai semangat juang yang tinggi dan serius dalam memartabatkan kebenaran (Islam), mereka tetap manusia yang mampu tersenyum, mengusik, dan juga tidak menafikan hak merasa bahagia pasangan yang berkahwin.

( babak yang saya lihat tadi menceritakan tentang sang isteri yang tak bersetuju suaminya mengambil lagi seorang isteri. Sang suami asyik quote ayat al-quran yang tak kena pada tempatnya. Malah, sang suami seolah-olah mengabaikan perasaan sang isteri. Benar, kita harus mendidik jiwa isteri supaya kuat dan meletakkan Allah saja sebagai matlamat kita. Namun saya rasa seolah-olah sang suami lupa bahawa isterinya juga seorang manusia yang berperasaan, bukannya robot untuk meramaikan umat Nabi. Cara sang suami itu memang tiada langsung memperlihatkan yang dia mengikut seperti ciri-ciri suami yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Sayang sekali!)

Makin menjauh dan prejudis

Apabila melihat drama bersiri tadi, saya hanya mampu beristighfar. Ya, ia satu situasi yang mungkin benar sahaja terjadi. Tetapi saya risau, samada kelompok audiens mendapat pengajaran sama seperti yang saya dapati (iaitu kepentingan mempelajari agama sedalam-dalamnya) atau menjadi orang yang prejudis terhadap golongan yang berpendidikan agama, khususnya pondok yang mereka anggap jumud begitu. Saya benar-benar risau. Sebab selalunya mereka mengambil pendekatan menjauhi agama dan katanya cukuplah jika hanya bersederhana dalam mengamalkan agama kerana mereka takut-takut terpesong pula, atau tersalah belajar.

Fikrah- mindsetting kita!

Di sinilah pentingnya memantapkan fikrah dalam mempelajari agama ini. Fahamkan dahulu asasnya. Asas akidah sepertimana yang dipegang para salafussoleh dahulu. Juga ada keperluan utama untuk meningkatkan amal dalam usaha meningkatkan iman kita. Bila kita dah sedar dan faham kenapa Islam diturunkan dan boleh menjawab persoalan asas Islam, khususnya dalam memahami ad-deen secara keseluruhan (bukan hal ibadah atau hukum fekah saja ya?), barulah seterusnya yang lain-lain boleh dimasukkan. Fikrah yang sempurna, atau mindset memang sangat penting.

Contohnya, jika seseorang meletakkan mindsetting mempelajari agama sekadar sebagai pengetahuan akademik, maka apa yang dia bakal dapat hanyalah agama akademik, bukanlah sebagai ad-deen yang mengubah dirinya menjadi cemerlang seperti para sahabat Nabi. Contoh bahan fikrah adalah seperti bahan “20 Dasar dalam Memahami Islam” atau “Usul Isyrin” tulisan Imam As-syahid Hassan Al-Banna, atau “Inilah Islam”@ “Haza Ad-Deen” oleh Sayyid Qutb (jika saya tak silap). Begitu juga sepertimana dahulu kami mempelajari Muqadimmah Fi Zilalil Quran terlebih dahulu sebelum mempelajari tafsir keseluruhannya. Ini semua adalah bagi mendapat mindsetting @ fikrah yang betul dahulu. Bila sudah jelas dengan fikrah, barulah segalanya akan “makes sense”. Barulah tiada salahfaham atau rasa tak puas hati dengan perintah Allah.

Sepertimana dalam babak drama tadi, walaupun dibacakan ayat al-quran ke atau hadith Rasulullah,sang isteri tetap rasa tak puas hati. Satu sebab ialah dia tiada fikrah yang jelas. Tapi sebab yang utama adalah saya merasakan bahawa sang suami meletakkan ayat al-quran tersebut pada tempat yang salah. Aplikasinya ternyata salah. Maka, sebab itulah pada sang isteri, seolah-olah it makes no sense at all - nampak tak logik! Lepas itu, timbullah rasa tak puas hati.

Sahabiah berani bertanya

Teringat pula saya pada para sahabiah yang lantang bersuara, bertanya dengan penuh rasa hormat kepada Rasulullah sambil tidak menafikan hak mereka sebagai umat Muhammad yang mahu menjadi terbaik di sisi Allah. Maka, dalam perjalanan untuk mendapatkan semua itu pastinya mereka akan bertanya dan menyatakan saja jika ada rasa tidak puas hati atau apa-apa kekeliruan. Manakala seterusnya Rasulullah s.a.w menjelaskan dengan penuh berhemah. Di sinilah juga hikmah Rasulullah beristeri ramai, iaitu untuk memudahkannya berdakwah dan isterinya menjadi tali penghubung kepada masyarakat dalam komuniti mereka masing-masing. Bukannya sekadar nak meramaikan umat. adoyai!

Eh, ni dah masuk topik lain pulak nih! Hehe..oklah, cukuplah setakat ini saya bebel.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails