Monday, 6 June 2011

kenapalah mulut ni kan???

tempat: surau sekolah

“Baguslah awak ni. Rajin solat sunat, puasa sunat.”

“erkk..?? hmm..selagi mampu saya buat. tengah angin rajin..”

tempat: kantin sekolah

“Akak memang suka ek pakai tudung labuh ni? Mula-mula dulu saya ingatkan akak ni ustazah.”

“Hehe..sejak kat maktab dulu ni. Dah belajar agama sikit-sikit. Dulu tak reti sangat.” (kemudian disambung bebelan yang tak berapa nak berkaitan..hu.)

Adoyai..Kenape lah aku jawab soalan itu begitu? Sangat lah tak menyampaikan yang sebenarnya kan?? Kamu kata kamu tu daie..?? hu..

Kenapalah aku tak jawab apa dalam hati ni? Takut sangat ke nak menyampaikan?? Ragu-ragu dengan kebenaran? susah sangat nak susun ayat. ni mesti sebab banyak sangat dosa nih.!

Patutnya jawablah:

“Alhamdulillah kak. Solat kita ni kadang-kadang tak sempurna pun. Jadi dengan harapan, solat sunat rawatib ni mampu menyempurnakan mana kekurangan. Nak kejar redha Allah, jadi saya paksa juga diri, walaupun selalu rasa berat dan susah.”


“hmm…sebenarnya bila kita hargai dan sayangi seseorang, kita mesti rasa nak buat yang terbaik untuknya. Jadi, bila dulu belajar agama kat maktab dulu, akak mula mengenal Allah dan mula rasa kasih sayang Allah swt. Jadi lepas tu akak bertekad nak buat yang terbaik untuk Allah. Di antaranya dengan cuba menyempurnakan kewajipan menjaga aurat tu sebaiknya.

Thursday, 2 June 2011

quotes from my reading 1

masalah yang dihadapi oleh gerakan Islam dan amal Islami adalah berpunca dari kesilapan tarbiyyah dan ketiadaan iltizam dengan syariat Allah.
- Fathi Yakan, Golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails