Wednesday, 20 April 2011

mahu berlengah?


tadi sempat baca riyadussolihin bersama2 dengan housemates tersayang lepas maghrib. alhamdulillah jadi rutin kami serumah. bab taubat tak habis lagi.. kami pun bacalah hadis Kaab b. Malik yang panjang tu. terpaksa to be continued tadi. sebab tak sempat.

walaupun ini bukanlah kali pertama mendengar/membaca hadis ni (ade saje dikupas dalam usrah dan daurah), namun saya seperti baru kali pertama mendengarnya. maksudnya dari segi pemahaman dan feel. mungkin sebab kali ini saya terasa umpama kaab masa kes perang tabuk tu. hu.

orang yang berlengah2, orang yg beralasan! issyy..

ha, ni belum cerita lagi hal pemulauan lagi ni. banyak lagi boleh dikupas.

tapi, apa yang menyentuh hati saya daripada separuh pertama hadis ini (tak habis baca lagi), ialah:

- walau macamanapun usaha yang dilakukan, tapi jika tak bersungguh-sungguh, tak guna jugak. cakap la macamana pun, Allah tahu saja apa di dalam hatinya sama ada bersungguh-sungguh dan ikhlas, ataupun tidak.

- saya sangat tertarik apabila kaab tidak meletakkan dirinya seperti org lain yg beralasan. malah, dia tidak pula merungut atau mempersoalkan keputusan Rasulullah yang memaafkan org lain yg tak pergi perang berbanding dia dipulaukan. ini kerana dia tahu dirinya berbeza daripada golongan lain yg beralasan. kerana dia tahu, dia tidak seharusnya sama seperti mereka itu, iaitu yg lemah dan munafiq. maksudnya dia tahu standard yg harus dicapai oleh orang yang faham sepertinya adalah lebih tinggi. maka, dia pun tak delah beralasan, mahupun mempersoalkan tindakan Rasulullah.

jadi, elakkanlah diri jadi seperti kisah kaab dan perang tabuk.
hentikan beralasan, merungut, kerana anda tahu anda bukan seperti orang lain di luar sana. yeah!

wahai orang-orang beriman!! (ada rasa tak diri tu orang beriman??)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails