Thursday, 21 April 2011

ilmu+pengetahuan? perlu ke?

tadi masa otw balik dari seremban..dengar ikim fm. dok cerita motivasi. tapi yang paling saya ingat, dia kata :
nak berani kena ada ilmu

bukan ilmu batin ke pendekar tau. tapi maksudnya, bagaimana kita nak berani jikalau kita tak ada ilmu? contohnya berani berkata yang benar kerana kita ada ilmu yang menegakkan kebenaran tersebut.
lagi satu contoh, kita berani ambil risiko atau buat keputusan bila orang yang terlibat bersama kita ada ilmu. maka kita percayakan orang itu.

kemudian, saya cuba relate pula dengan kata-kata sang genius Abul A'la Al Maududiy dalam buku Dasar-dasar Islam : syarat islam yg pertama adalah pengetahuan. mana mungkin orang itu boleh mengatakan dia berpegang kepada islam sedangkan dia tiada pengetahuan tentangnya, malahan, bagaimana pula dia beramal dengannya? sebab dia tiada pengetahuan!

tambah teruk, bahayanya jika tiada pengetahuan, kita umpama orang yang teraba-raba dalam kegelapan. kemudian dikhuatiri dajjal datang menghampiri dan memimpin kita ke jalan kebinasaan. tanpa kita menyedarinya. yelah, takde pengetahuan kan?

oleh itu, Maududiy ada sebut yang kita ni perlulah komited dan bersungguh-sungguh menyiapkan diri dengan syarat pertama ini. tak perlu pun lama menelaah kitab tebal. cukup juga jika kita sediakan 1 jam daripada 24 jam itu untuk mencari pengetahuan yang benar itu. al-haq!

jadi muslim, bangkitlah! mari bersungguh-sungguh!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails