Tuesday, 26 April 2011

ha, saya memang nak cakap tentang awak!

iye. awakla.
saya tertanya-tanya, awak wujudke? sebabnya asyik tengok kat hit counter ada je orang yang datang blog ni. dari pelbagai tempat pulak tu. dalam dan luar negara. tapi logik jelah, sebab network akhawat memang luas. cuma, kadang2 tu tak berapa nak percaya. sebabnya tiada respon sangat daripada orang yang lalu-lalang. ke memang kena tipu dengan hit counter tu? hihi..saya je yang perasan ramai baca tulisan saya kot? dulu ade widget chatbox. tapi lepas kena hijack, saya dah buang terus..
kesimpulannya? komen la sikit ek? hehe..macam desperate je? haha..takdelah, nak tau jugak kot-kot tulisan saya sebenarnya tak bagus pun..hhehe..atau memberi impak negatif pulak ke? salah faham ke?

anyway, saya baru je tukar gambar kat header tu, yang tajuk tu. one of my best photo!! tapi tak puas hati betul. saiz tak kena. siapa pandai adjust? saya pun dah lama tak tangkap gambar sejak kamera rosak ni. jadi tak banyak pilihan pun untuk letak gambar tu. mungkin perlu edit saiz gambar kot.biar panjang sikit.

Thursday, 21 April 2011

ilmu+pengetahuan? perlu ke?

tadi masa otw balik dari seremban..dengar ikim fm. dok cerita motivasi. tapi yang paling saya ingat, dia kata :
nak berani kena ada ilmu

bukan ilmu batin ke pendekar tau. tapi maksudnya, bagaimana kita nak berani jikalau kita tak ada ilmu? contohnya berani berkata yang benar kerana kita ada ilmu yang menegakkan kebenaran tersebut.
lagi satu contoh, kita berani ambil risiko atau buat keputusan bila orang yang terlibat bersama kita ada ilmu. maka kita percayakan orang itu.

kemudian, saya cuba relate pula dengan kata-kata sang genius Abul A'la Al Maududiy dalam buku Dasar-dasar Islam : syarat islam yg pertama adalah pengetahuan. mana mungkin orang itu boleh mengatakan dia berpegang kepada islam sedangkan dia tiada pengetahuan tentangnya, malahan, bagaimana pula dia beramal dengannya? sebab dia tiada pengetahuan!

tambah teruk, bahayanya jika tiada pengetahuan, kita umpama orang yang teraba-raba dalam kegelapan. kemudian dikhuatiri dajjal datang menghampiri dan memimpin kita ke jalan kebinasaan. tanpa kita menyedarinya. yelah, takde pengetahuan kan?

oleh itu, Maududiy ada sebut yang kita ni perlulah komited dan bersungguh-sungguh menyiapkan diri dengan syarat pertama ini. tak perlu pun lama menelaah kitab tebal. cukup juga jika kita sediakan 1 jam daripada 24 jam itu untuk mencari pengetahuan yang benar itu. al-haq!

jadi muslim, bangkitlah! mari bersungguh-sungguh!

Wednesday, 20 April 2011

mahu berlengah?


tadi sempat baca riyadussolihin bersama2 dengan housemates tersayang lepas maghrib. alhamdulillah jadi rutin kami serumah. bab taubat tak habis lagi.. kami pun bacalah hadis Kaab b. Malik yang panjang tu. terpaksa to be continued tadi. sebab tak sempat.

walaupun ini bukanlah kali pertama mendengar/membaca hadis ni (ade saje dikupas dalam usrah dan daurah), namun saya seperti baru kali pertama mendengarnya. maksudnya dari segi pemahaman dan feel. mungkin sebab kali ini saya terasa umpama kaab masa kes perang tabuk tu. hu.

orang yang berlengah2, orang yg beralasan! issyy..

ha, ni belum cerita lagi hal pemulauan lagi ni. banyak lagi boleh dikupas.

tapi, apa yang menyentuh hati saya daripada separuh pertama hadis ini (tak habis baca lagi), ialah:

- walau macamanapun usaha yang dilakukan, tapi jika tak bersungguh-sungguh, tak guna jugak. cakap la macamana pun, Allah tahu saja apa di dalam hatinya sama ada bersungguh-sungguh dan ikhlas, ataupun tidak.

- saya sangat tertarik apabila kaab tidak meletakkan dirinya seperti org lain yg beralasan. malah, dia tidak pula merungut atau mempersoalkan keputusan Rasulullah yang memaafkan org lain yg tak pergi perang berbanding dia dipulaukan. ini kerana dia tahu dirinya berbeza daripada golongan lain yg beralasan. kerana dia tahu, dia tidak seharusnya sama seperti mereka itu, iaitu yg lemah dan munafiq. maksudnya dia tahu standard yg harus dicapai oleh orang yang faham sepertinya adalah lebih tinggi. maka, dia pun tak delah beralasan, mahupun mempersoalkan tindakan Rasulullah.

jadi, elakkanlah diri jadi seperti kisah kaab dan perang tabuk.
hentikan beralasan, merungut, kerana anda tahu anda bukan seperti orang lain di luar sana. yeah!

wahai orang-orang beriman!! (ada rasa tak diri tu orang beriman??)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails