Sunday, 30 January 2011

selagi belum ada CINTA

Orang kata dengan cinta, seseorang itu boleh buat segalanya di luar dugaan. Orang bercinta kadang-kadang buat saja tanpa berfikir dengan waras.

Bila bercinta, kita yakin dan percaya dengan orang yang dicintai. Betul tak?

Begitulah yang berlaku bila kita cintakan Allah.
Bertambah yakin, percaya, dan BERIMAN diri ini kepada Allah swt. Sangat yakin apa yang Allah tentukan, dan suruh itu adalah demi kebaikan kita juga.

Malah, kasih sayangNya melimpah ruah, tak terjangkau dek pemikiran kita.
KebijaksanaanNya juga tak terjangkau dek akal kita.

Jadi, kenapa kita mahu ingkar suruhanNya?
Bila lagi mahu baja iman dan sayang kepadaNya?
Bila lagi mahu buktikan kecintaan kita kepadaNya?
Bila lagi mahu usaha ke arah itu?

Jangan sampai kita terlewat. Nanti tak sempat.

Nanti bila orang lain dapat ketemu Allah sang pencipta kita di akhirat dengan seronoknya, kita tak mampu langsung mengangkat muka menghadapNya.

Kita tahukah bila kita akan dipanggilNya?
Jadi, bila lagi mahu lakukan perubahan itu?

Dahulu, muslimin muslimat terus laksanakan perintah Allah bila turunnya wahyu tanpa berlengah lagi.

Mereka tak tanya pun, tak bahas pun, tak pertikai pun.
Kerana apa? Mereka percaya kepada Allah dan RasulNya.
Mereka beriman kepadaNya.

Di saat Allah haramkan arak, mereka terus pecahkan botol arak, sehingga membanjiri kawasan mereka. Sedangkan arak adalah umpama air minuman biasa dalam masyarakat Arab waktu itu. Mungkin juga umpama Teh Tarik kepada kita.

Di saat Allah memerintahkan perempuan beriman berhijab, mereka terus mencapai apa saja kain yang berhampiran untuk terus melaksanakan perintah pencipta mereka. Tak sempat pun mereka berbahas tentang fesyen atau hak wanita.

Di saat Rasulullah memberitahu tentang Isra’Mikraj, Abu Bakar r.a terus membenarkannya tanpa mempersoalkan tentang hukum saintifik atau logik akal.

Kerana apa mereka melakukan sedemikian rupa. Adakah mereka bodoh?

Tidak! mereka melakukannya kerana iman yang kukuh di dada mereka.

Bagaimana pula dengan kita?
Sudah cukup yakin dan percaya dengan apa yang kita pegang?

Atau masih bermain-main merasakan diri masih lagi anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa dan tidak mampu berbuat apa-apa. Masih lagi bersenang-lenang dan membazirkan masa, tenaga, dan emosi untuk cerita Korea? Masih lagi membiarkan kudrat muda haus dan makin lemah dengan hawa nafsu?

Di mana kita letakkan cintaNya yang sangat berharga itu?
Di mana kita letakkan cinta dan pengorbanan Rasulullah untuk menegakkan kepercayaan ini untuk umatnya?

Kita mahu perjuangannya, kesedihan dan kesengsaraannya dahulu hanya jadi umpama cerita dongeng untuk halwa telinga kita tanpa ada rasa peduli?

Jangan sampai satu masa nanti, Allah tak mahu ambil peduli kepada kita!

Cinta kepada Allah bukanlah membuta tuli. Tetapi dengan keazaman yang tinggi dan keimanan yang tinggi.

Kepercayaan ini tidak berpegang kepada mitos atau keajaiban. Namun ia boleh difikirkan oleh akal fikiran yang sihat dan waras. Lihat saja berapa ramai yang tunduk kepada Allah setelah menggunakan akal fikiran mencari kebenaran. Di dalamnya banyak hikmah yang kita sendiri tidak mampu rungkaikan.

Maka, nikmat Allah apa lagi yang mahu kamu dustakan?

Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Allah tidak pernah memungkirinya.

Hari Akhirat itu benar.
Syurga dan Neraka itu benar.
Al-Quran itu benar.

Mana satu panduan hidupmu yang sebenarnya?

Berpeganglah kepada rukun Imanmu dan rukun Islam.
Berpegang teguhlah pada tali Allah.
Laksanakanlah perubahan.
Hari ini juga!

4 comments:

nurnajihah said...

insyallah..
follow me back iye..:)

fi zhilalil tarbiyah said...

kak ai.....jazzakillahukhair..peringatan buat diri sy.

cikgu aii said...

to both of u. inshaAllah.

cikgu aii said...

btw nurnajihah, bagaimana mau folo u back? which blog is yours

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails