Wednesday, 28 December 2011

siapa yang rugi?

Dalam mentarbiyah diri, komitmennya harus seperti komitmen belajar untuk dapatkan degree.
Oleh itu, ada kelas tak boleh ponteng. Kalau ada kelas miss, kena repeat. Kadang-kadang nak repeat kena tunggu tahun depan. Kalau orang datang kuliah, tutorial, tak sama dengan orang tak datang kuliah tapi dengar rakaman je. Tak sama bila dengar kuliah daripada orang kedua yang menceritakannya. Result peksa pun mungkin teruk. Tambah lagi, tak sama pahalanya (kan kita belajar kerana Allah..)

Ha, macam tulah sebenarnya program tarbiyah. Kalau anda miss, taktahu lagi bila lagi dapat peluang. Oleh itu, secara SERIUSnya, pada saya, bila kita miss satu program tarbiyah yang sepatutnya kita hadiri, maka kitalah sebenarnya yang RUGI.

Penganjur, naqibah tak rugi sangat pun. Mereka mungkin bersusah-payah, tapi mereka tak kisah kalaupun batal sebab usaha mereka tadi diganjari pahala jika ikhlas. Cuma mereka rasa kasihan kepada orang yang tak dapat hadir tu. Iyalah, orang yang tak dapat hadir tu dah RUGI!

Kalau hadir separuh-separuh pun mungkin result kita akan suam-suam kuku je.

Oleh itu, bila kita tak dapat join program tarbiyah, seharusnya kita yang rasa rugi. Tak perlu mohon maaf kepada penganjur, kerana yang sepatutnya kita kasihankan dan rasa sori adalah kepada diri kita sendiri...

kesian...sekian..

p/s: ada orang kata, jangan beri alasan tiada wang, kerana ia seolah-olah men'downgrade'kan nilai tarbiyah kita dengan nilai wang tersebut. kalau tiada wang, cari jalan untuk ada kan. apa-apapun kesulitan, doa dan meminta kepada Allah dahulu. Allah kan ada!

Saturday, 17 December 2011

cara otakku berfikir...

huhu..saya baru sedar bahawasanya adelah sorang pakcik tu, saya selalulah dengar ceramah dia. tapi selalu saya susah nak dapat point dia. saya dapat point dia sikit-sikit, tapi nak baca pemikiran dia secara big picture selalunya saya fail. saya fail bila nak relatekan point-point dia. haha..tapi Alhamdulillah itu tidak membuatkan saya berhenti belajar dengan dia.

hmmm…lepas satu peristiwa, baru saya sedar bahawa otak saya ni cara berfikir dia pelik sikit. saya mungkin tak cukup genius macam orang lain yang mendengar ceramah pakcik tu sehingga nampak big picture. yelah, saya ni pelajar sederhana. nak faham pun ambil masa, nak hadam lagi satu hal. nak ingat? lagilah susah.

ada orang pernah cakap, saya ni selalunya mempunyai point of view yang lain daripadanya (konon kagum jap..haha).

eh, ye ke? Mungkin lah kadang-kadang think out of the box. (note the word kadang-kadang ok?) TAPI, masalahnya saya ni bukannya fikir di luar kotak, tapi berfikir out of context. haha..bahaya nih. boleh jadi sesat. tu sebab bila bercakap, saya selalu pusing-pusing..sampai lari point. huhu..teruknye! (patutlah boleh kalah debate time sekolah dulu..hihi..!)

saya ni selalunya banyak idea. tapi semua tak dilaksanakan oleh saya. memang tak pandai. selalunya saya kena salurkan kepada orang lain. barulah boleh dilaksanakan..owh, apekah? ini macam kerja pembuat dasar je? (hehe..pelaksana dasar perasan nak jadi pembuat dasar le tu?..)

apepun, yang mengilhamkan idea tu semata-mata datang daripada Allah swt. jadi janganlah perasan macam dia boleh menghakmilikkan idea tersebut. manfaatkanlah idea tersebut untuk kegunaan umat manusia. yeay!

Monday, 12 December 2011

astaghfirullahalazim

Buka tv pagi-pagi, tengok channel berita.
Tv buat sorotan seminggu punya berita. Apa respon saya? Memang saya beristighfar panjang.
Bukannya saya tak tahu apa yang telah berlaku, tetapi bila sudah digabungkan kesemuanya dalam satu sorotan seminggu, ia nampak sangat dahsyat. Rasa tak mampu nak duduk selesa lagi.
Russia, Syria, Somalia, Itali, tiada satupun negara yang tiada konflik yang menunjukkan dunia sudah tidak tunduk kepada Allah.

Tolonglah rakyat Malaysia, anda masih lagi mampu duduk termangu hidup dalam dunia anda?
Kita memang harus keluar daripada kotak selesa kita. Lihat keluar. Fahami bahawa jika kita buat rasa tidak peduli dan tidak merasai bahawa mereka juga adalah kita, habislah kita. jika tidak kita, cucu-cicit kita suatu hari nanti. Apa yang lebih BESAR lagi adalah, apa yang KITA BUAT sekarang, atau TIDAK BUAT sekarang sebenarnya menyebabkan tragedi-tragedi tersebut berlaku kepada orang lain di sekitar kita di dunia ini.
Masih mahu melarikan diri? Bukankah kita adalah khalifah??

Thursday, 1 December 2011

hari ini...untuk tangisan

hari ini aku menitiskan airmata kerana jalan ini.
bukannya aku tak pernah menitiskan air mata kerana jalan ini..
bukannya aku tak pernah rasa letih dengan jalan ini..
acapkali aku merasakannya..

Ya Allah, memang pedih..sedih..

tapi aku mau terus berada di sini.
terima kasih kerana menyedarkanku.
mungkin sudah tiba masanya aku menangis lagi..
kerana aku sudah lama tidak membayar harga jalan ini yang sungguh bernilai..

Sunday, 27 November 2011

cakap pasal bola lagi..?

Orang kata kita bersatu hati, di bawah satu bendera kerana bola sepak.
Orang Malaysia lah, tak kira warna kulit dan bangsa semua menonton, berdoa dan berharap untuk kemenangan Malaysia.
Itu ada benarnya. kerana bola sepak, kerana sukan, kita bersatu.

TAPI, kerana bola sepak dan kerana sukan jugaklah kita berpecah-belah. Sayangnye...
Kalau tengok sekali imbas, orang Indonesia tu sama je rupanya dengan orang Malaysia. Tambah menyedihkan kalau mereka bukan setakat sama bangsa, tapi juga sama Islam.
Tapi kita berpecah-belah, bergaduh atas semangat nasionalisme yang diciptakan oleh penjajah kafir. hmmm...

Salah ke berbeza pandangan? Tak salah.
Salah ke semangat nasionalisme? Tak salah.

Tapi biarlah berbeza pandangan dan bersemangat nasionalisme tu jelas niat dan tujuannya, iaitu kerana nak menegakkan al-haq (kebenaran) kerana Allah Taala. Maka dengan itu kita akan tahu di mana letaknya batasnya.


p/s: napelah makcik ni asek cakap pasal bola ek? dah namenye cekgu pj...

Saturday, 26 November 2011

Kau tahu apa yang kau lihat?

Apa yang kita lihat tak semestinya benar.
Apa yang lebih tepat lagi adalah, apa yang kita tafsirkan daripada apa yang kita lihat adalah tak semestinya betul.
Jadi?
Jangan terlalu cepat buat kesimpulan daripada apa yang dilihat.

Tuesday, 22 November 2011

belajar dari bola sepak

Usai musim bola sepak sukan SEA yang lalu, saya melihat betapa kita boleh menghasilkan pelapis pemain-pemain bola sepak negara silih berganti. Di antara penyumbangnya bermula di peringkat akar umbi lagi, iaitu adanya sistem pentarbiyahan bola sepak yang tersusun. Adanya program-program dan sekolah-sekolah sukan menjadikan ia bertambah meriah.

Saya terfikir, alangkah baiknya jika kita juga begitu dalam dakwah. Perlunya perkaderan yang tersusun. follow up yang cantik dari kecil, hingga besar. Agar daie datang silih berganti, bukan sekadar orang yang sama saja. Tapi terus-terang saya katakan, perkaderan dan teori sedia ada memang sudah sempurnanya, tapi pelaksanaannya sahaja mungkin sukar.

Wednesday, 16 November 2011

Dua dalam Satu Hati??

Malam semalam terbaca:
"mana mungkin dalam hati yang ada Allah ada juga maksiat?"
hanya Dikau Allah satu-satunya. jangan dicampur adukkan..
Ya Allah, ampunilah aku..

Tuesday, 15 November 2011

adik-adikku

adik-adikku,
dalam perjalanan dakwah dan tarbiyah ini, memang banyak cabarannya.
banyak tuntutan yang harus dipenuhi.

adik-adikku,
along the way, pastikan sentiasa mengetuk diri menyedarkan diri supaya tak jadi robot, tapi tetap jadi hambaAllah yang bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab dakwah ini.

adik-adikku,
perjalanan ini tidak selalunya berlangsung mengikut kehendak kita. tak semuanya akan boleh diubahsuai mengikut kehendak kita. maka bersedialah untuk melakukan sedikit pengorbanan. yakinlah kamu mampu melakukannya. yakinlah pada pertolongan Allah swt. yakinlah pada ujianNya untuk orang yang beriman.

adik-adikku,
jadilah jundiy (tentera) yang sentiasa bersedia bekerja bersama-sama.
didiklah diri supaya mampu menjadi qiyadah (ketua) yg serba-serbi tahu dan takut kepada Allah.

adik-adikku,
gunakanlah hati dan akal dengan bijaksana.
tetapkanlah pada prinsip yang jelas, bukanlah mengikut kata hati sahaja.
didik hati mengikut akal yang waras.

adik-adikku,
seorang naqibah umpama seorang ibu. memang benar, sang ibu pun mungkin saja buat silap, mungkin saja lelah. tapi kerana dirinya sang ibu, dia bangkit semula demi anak-anaknya.

wahai adik-adikku,
kakakmu ini mohon maaf sekiranya banyak kekurangan pada pertemuan hari ini. Hanya Allah sahaja mampu memegang hati-hatimu.

p/s: luahan rasa setelah menyalahkan diri atas perkongsian kering pada pertemuan hari ini dgn adik2...

Monday, 14 November 2011

pesanan

wahai ibubapa.
tolonglah DIDIK anak anda! Bukannya sekadar bagi mereka makan, pakai dan marah-marah mereka. Mari belajar daripada hamba Allah bernama Luqman Hakim. Belajar juga daripada Rasulullah s.a.w. Lihatlah anak-anak hasil didikan mereka.

(luahan hati dai'e guru yang penat melihat anugerah Allah yang disia-siakan)

Thursday, 13 October 2011

orang biasa-biasa vs. ustaz/ustazah

Sering saya melihat, dalam meletakkan amalan harian mengikut syariat Allah, kadang-kadang orang sangka ia hanya prinsip individu ATAU ia hanya hukum atau peraturan untuk para ustaz dan ustazah.

Sedangkan ia adalah untuk SEMUA umat Islam. Mereka tak sedarinya (saya juga sebahagian daripada mereka itu suatu masa dahulu).

Contoh mudah antaranya, perintah untuk menutup aurat dengan sebaiknya (e.g. melabuhkan tudung menutupi dada). Mereka mungkin merasakan ia hanya perintah untuk orang-orang yang sudah sedia alim atau belajar bidang agama sahaja. Aiyoyo!

Ataupun kadang-kadang, melibatkan diri dalam perkara yang melalaikan (karaoke, menari), mereka akan faham saja apabila ustaz dan ustazah tidak mengambil bahagian.

Tetapi, bila orang-orang biasa seperti saya tak nak melibatkan diri, mereka akan katakan bahawa kita tidak sporting, berlagak ustazah dan sebagainya. Oh tidak! Saya memang sporting orangnya, tapi biarlah bertempat. Tak kisahlah jika perbuatan itu dilakukan dengan tujuan atau niat baik (e.g. belajar) ataupun hanya dihadiri orang-orang yang alim dan tawadhuk, jika ia salah dan tidak mengikut syariat, ia tetap salah.

Kadang-kadang kita sesuka hati mentafsir sesuatu hukum ikut kesesuaian diri. Seolah-olah kita lebih bijak daripada para ulama mahupun Allah swt sendiri.

Contohnya kalau didalam alQuran dan memang menyatakan ia hukum untuk perempuan beriman, ataupun perempuan sahaja sekalipun, maka ia untuk perempuanlah (kita!). Tetapi kadang-kadang kita dengan senang hatinya buat sedikit pengubahsuaian hukum seperti;

“Oh, tak apalah, saya dah tua dah. Tak adanya orang nak”

Ataupun,

“Oh, tak apalah, saya dah kahwin beranak lapan. Dia tu pun suami orang. Kami tahulah jaga diri.”

Ataupun,

“Eh, tak apalah, kami kawan karib (ataupun kami saudara), tak mengapa. Bukan ada perasaan apa-apapun kalau duduk dekat-dekat, bersalaman.”

Ya, anda mungkin orang yang kuat imannya, tidak mudah tergoda dengan bisikan syaitan.

Tapi, siapalah kita untuk mengubahsuai hukum yang telah ditafsir jelas oleh orang yang membuat kajian bertahun-tahun. Siapalah kita untuk dibandingkan dengan para imam mazhab yang sungguh-sungguh belajar dan menyelidik dengan penuh ketundukan kepada Allah swt tu?

Bukankah kita mengakui Allah Maha Bijaksana? Pemikiran kita tidak terbatas berbanding yang Maha Esa. Mungkin sekarang kita tidak berjaya mencari hikmah di sebalik segala hukum-hakam itu, tapi sebagai orang yang beriman, pastinya kita mempercayaiNya.

Islam bukanlah agama ritual yang misterius dan tak boleh di terangkan (unexplainable). Semuanya jelas dan boleh dijelaskan. Hanya kita perlu mencarinya, membuat penyelidikan. Pasti akan menjumpai jawapannya. inshaALlah.

p/s: ingatkan saya semula jika suatu hari nanti saya sendiri terlupa untuk membuat mengikut syariat

Thursday, 6 October 2011

Cerita Hal KERETA : dah ada aircond!

Keretaku sudah ada aircond setelah berbulan pakai tanpa aircond. Keretaku sudah tak bocor setelah berbulan air menitik masuk dalam sewaktu hujan lebat. Sebenarnya kereta mak saya. .Hehe..

Alkisahnya bulan ni belanja untuk kereta banyak juga. Kalau bulan lepas RM300 untuk gam semula dan tukar getah pada cermin kereta depan dan belakang, bulan ni, saya pergi 4 bengkel kot. Pertama kononnya nak tukar speaker, sebab radio dah tak dengar apa dah. Lepas tu saya fikir tak perlu lah. So I say goodbye lah to the mechanic.

Kemudian tiba-tiba lampu brek pula tak menyala. Lampu dashboard pun. Pernah berlaku dan kemudian kini berlaku lagi. Jadi ia berlaku makin kerap pula. Bahaya jugak sebab dah 3hari travel dengan masalah lampu brek belakang. Isyy…pergi lah betulkan kat bengkel yang expert wiring. Dia tak ambil satu sen pun sebab sikit je problemnya. Yeay..! Muka ni pun dah biasa datang tempat dia.

Kemudian tiba-tiba beberapa hari lepas itu, tingkap pula tak mahu naik. Dua-dua pula tu. Bahayalah kerana nanti hujan pula. Jadi saya hantar ke satu lagi bengkel. Malas nak gi bengkel wiring tu, sebab pomennya muka serius. Lagipun bengkel yang saya pergi satu lagi ni, dia memang expert banyak benda. Memang saya dah selalu tengok dia buat kerja dan tanya orang lain. Apapun, tokey dia anak-beranak heavyweight. Sampai kepada emaknya pun keje gak kat situ. Dia expert harga segala barang sparepart dalam bengkel tu. Walaupun tokey/pomen tu jenis tangan dan seluruh badan/baju dia hitam atau memanjang kotor, tapi saya tak kisah sangat sebab mereka baik hati jugaklah.

Apapun, lepas satu jam dia bergilir-gilir tengokkan kereta saya dan kereta orang lain, barulah settle. Saya kena RM30. Mana taknya, nak cari punca je dah satu hal. Cek sana sini, trial and error. Then apa ek problem dia? Alahai, lupa pulak. Balik tu, saya cubalah pula pasang wiper yang saya baru beli berharga RM21.90. rupa-rupanya sebatang je. hmm..takpelah, tukar dululah sebatang. Tapi memang puas hati. Cuma nak memasangnya terkial-kial jugalah saya. Lepas tu saya pergi servis kereta ni. Dah melebihi waktu servis sebenarnya ni. Sebab dah hampir 2 kali jugakla minyak hitam kering dan saya refill je sendiri..hehe..hari ini servis air dan minyak hitam kena RM87.

Next, waktu weekend, saya pun pergi balik kat bengkel yang satu-satunya kat daerah ni yang boleh menggamkan balik cermin yang bocor tu. Dia tak caj yang tu sebab hari tu dia dah buat untuk saya tapi lepas seminggu bocor lagi yang depan tu. Maka dia kira masih dalam warranty dia lah, walaupun dah lebih sebulan baru saya datamg semula...hehe.. tapi saya minta selain itu dia tukar getah kat bonet belakang tu, sebab kat situ pun masuk air. Getah tu pun dah tertanggal tanggal je. Then dia buat ujian, bila air mengalir kat lampu belakang, masuk tak dalam bonet? Rupanya masuk juga. Oleh itu, dia pun gamkan bahagian tu juga.

Dia kata benda ni kena ambil masa, sebab dia nak testing guna air, tapi lepas tu nak gam semula kena tunggu betul-betul kering. So, saya pun tinggalkanlah kat bengkel tu hari jumaat dan ambil semula hari isnin. Sebab ahad cuti. Dan hari jumaat petang tu saya nak balik bangi dah. Jadi alang-alang tinggal teruslah. Kali ni, dia caj RM80 untuk getah belakang.

Lepas tu saya fikir, alang-alang, selalu sangat hujan sekarang ni, baik saya hantar kat bengkel untuk pasang aircond. Maka hari semalam saya hantar kereta ke satu bengkel lagi untuk baiki aircond. Alhamdulillah dia terima mastercard. Bolehlah saya bayar. Utk tukar compressor, tabung gas, paip bocor, servis aircond, bersihkan cooling coil, Semuanya rm470. Lepas tu tiba-tiba bila nak balik dia perasan yang lampu depan saya problem sebelah. Jadi dia gantilah mentol punye apabenda ntah (lupa nak tanya) RM15. Maka total RM485. Makin banyaklah hutang kad kreditku jawabnya. Isyy.. oleh itu, jumlah keseluruhan bulan ni untuk kereta adalah RM703.90.

Patutlah tinggal berapa ringgit je duit dalam bank..hehe..Patutlah tak dapat nak continue modul 2 sijil usuluddin bulan ni..tak cukup duit maa..takpe, inshaAllah ini pelaburan untuk akhirat juga. Bolehlah bawa adik-adik usrah dan mad’u dengan selesa. Dan yang paling penting sekali sekarang ni kalau hujan lebat saya still boleh memandu. Sebab sudah ada aircond dan dah tak bocor!

By the way, kereta ni kalau ikutkan ada beberapa lagi benda saya nak betulkan. Saya nak tukar dinding dalaman dia. Dah tercabut-cabut dah. Mahunya dekat RM200 nanti. Campur speaker baru lagi RM160. Kalau saya nak betulkan meter dengan apabenda lagi ntah yang kat depan stereng tuh..alahai, kat dashboard tulah. Daripada 3 benda alah tu, hanya penanda aras minyak dan temperature je yang dah dibetulkan. Yang 2 lagi belum lagi. Rasanya kalau sparepart ori, satu tu nak dekat RM200 atau lebih. Kalau dua? Isyy..masak saya. Itu belum kira lagi kot-kot problemnya adalah wiring dalam tu..ha, tak ke double masak saya lagi? Pastu ada hati nak cat semula kereta ni.hheehe..berapa RM ye kalau cat the whole body?

Wahhh…memang lah di dunia ni banyak pakai duit, tapi tak perlulah fikir sangat pasal duit sehingga mendominasi kehidupan. Apa yang penting sekarang,

elakkan berhutang jika tak perlu. Sebab nyawa kita entah bila akan diambil kembali Allah swt.

Kalau iya pun nak berhutang, mungkin satu-persatu. Biar langsai dulu salah satu, baru buat yang baru.

Tapi, yang paling penting, nak berhutang tu pastikan kita mampu membayarnya semula.

Dan juga berhutang untuk keperluan, bukan kesukaan semata-mata. Itu nafsu.

Kalau tidak, memanglah. Tak kan kita nak menyusahkan waris dengan hutang piutang setelah meninggal dunia? Teringat pula kisah sang khalifah yang tak jadi minta advance gaji khalifah kerana memikirkan diri tak konfem lagi boleh bayar hutang memandangkan esok lusa belum tentu masih hidup.

Lagi satu, banyakkan berdoa agar Allah memudahkan kita membayar segala hutang-piutang dan dimurahkan rezeki.

Oklah, saya pun nak tambah sumber kewangan ni. Nak berusaha! Ada orang bekerja tambahan semata-mata nak bersedekah. Maksudnya memang seluruh gaji tu untuk diinfakkan ke jalan Allah. Best tak idea tu? Jom!

Tuesday, 6 September 2011

alahai..isu lagi!?

Saya bukanlah orang yang sesuai untuk memberikan komen tentang isu ini. Bukannya apa, saya belum pun mendengar ceramah yang orang dok sebut-sebut dalam isu ini. Jadi, saya pun tak bolehlah nak bagi komen lebih-lebih. Kalau sekadar membaca cebisan dari suratkhabar mahupun siaran berita utama pun tak cukup. Anda semua pun tahu kenapa. Bias is everywhere.

Cuma apa saya nak katakan di sini, pasti ada yang bertepuk tangan melihat orang Islam, khususnya Melayu di Malaysia ni bergaduh tentang isu yang entah apa-apa tu. Sudah-sudahlah Muslim Melayu di Malaysia (atau Tanah Melayu suatu ketika dulu) ini dahulunya menjadi mangsa keadaan masa zaman penjajahan. Tak perlulah kita bising-bising lagi menunding jari antara satu sama lain.

Apa yang saya lihat pada zaman itu, tak kiralah samada mereka muslim melayu yang menjadi polis waktu itu, mahupun komunis, kedua-dua pihak merupakan mangsa keadaan. Menjadi seakan boneka yang berperang sesama sendiri demi kepentingan pihak lain mahupun terlalu fanatik dengan ideologi tertentu. Jadi kali ini, tak perlulah bergaduh lagi dan tak perlulah berlumba-lumba menjadi bahan tertawa orang luar. Cukup-cukuplah tu. Kalau rasa dah menyakiti hati orang lain cepat-cepatlah pergi minta maaf. Yang pihak sebelah sana lagi tu bulan baik ni cubalah bawak-bawak bersabar dan memaafkan. Full stop. Tak perlulah kecoh-kecoh lagi dan saman-menyaman.

Banyak lagi benda lain yang lebih penting nak dibuat daripada bergaduh begini.

Ha, yang pihak media pun apa lagi? Sudah-sudahlah tu main api.

Sunday, 4 September 2011

tanak jadi hipokrit?

bismillahirrahmanirrahim

phew. cool down.

some people always say about not ready to wear hijab, not wanting to be a hypocrite by wearing it, not good enough to wear it.

And then some of them even started to pointing to others who wore hijab/tudung, and yet sometimes with no akhlak of a good muslim. Saying that is the reason why you do not want to wear it yet. Cause you might do something wrong and sinful and that is bad image for Islam.

And then, some of them also pointing to others who advise them to don hijab. Others who might do it the wrong way like 'perli' or 'marah-marah' and use harsh words. And because of that, you forgot that despite that the advise was being said the wrong ineffective way, what they say is still true- donning the hijab is what muslim women should do. We all know that.

Now tell me, hijab or without no hijab. You are still a muslim. And they still sees you as a muslim. They will still label you as muslim.

When you want to do something good, for Allah swt- there's no need for you to find reasons. There's also no need to look at others and not worry about what they think about you. You should not point to others as well.

Why? Well it's because this is all just about you.

I do not need to wait until I am good enough to wear hijab. I just do it because of the love for Allah swt. And now I've seen it's 'hikmah' too. alhamdulillah

Friday, 2 September 2011

kisah tak sedap didengar..

Selalu juga saya terdengar dan ternampak kisah anak-anak muda yang terlalu mendesak dan menggesa keluarganya untuk mengadakan perkahwinan mereka terlalu awal. Kisah yang paling awal saya dengar berlaku masa saya kecil lagi. Sekarang peristiwa sebegini berlaku lagi. Maksudnya apa? Ha, tak sudah-sudah rupenye kes begini berlaku. Walaupun semua peristiwa yang saya dengar ni akhirnya berlangsung juga perkahwinan tersebut oleh ibubapa mereka dan bukanlah kahwin lari ke apa, tapi ada jugalah kisah yang tak sedap didengar. Iyalah, bergaduh mulutlah selalunya berlaku.

Malah, yang paling tak sedap didengar dan dilihat adalah apabila kisah begini berlaku dalam kalangan orang-orang yang dikatakan berpegang teguh pada agama Islam. Yang luarannya memakai kopiah, tudung labuh (aikk..macam aku je? Haha), ataupun ada title ustaz/ustazah. Hmm.. kemudian ada juga di kalangan mereka terlalu mendesak ibubapa, sehingga mengguris hati ibubapa. Ada yang mengatakan tak elok berpasangan atau bertunang lama-lama, berbual di telefon buat dosalah, maksiatlah, macam-macam lagi. Katanya ibubapa tak fahamlah, pelbagai lagi.. sehingga mengusik hati ibubapa, dan adik-beradik.

Don’t get me wrong. I am not against early marriage (awal di sini selalunya merujuk kepada pasangan tersebut masih lagi tak habis belajar, belum ada pekerjaan atau kewangan stabil). Malah, sewaktu saya mula-mula dengar tentang nikah khitbah (nikah gantung), saya juga bersetuju dengan idea itu.

Pada saya, tidak adil untuk kita menafikan fitrah manusia hanya kerana keadaan kehidupan kini telah berubah. Sedangkan secara fizikal, mental, dan spiritualnya mereka telah bersedia, tetapi malangnya dianggap tidak bersedia kerana keadaan kehidupan masa kini meletakkan syarat kalau nak kahwin kena ada duit beribu ringgit, kena habis belajar dulu.

Malah, saya besetuju bila dikatakan tak elok bertunang lama-lama, berbual di telefon merupakan permulaan kepada maksiat.

Tapi yang saya tak setujunya dan peliknya, kalau dah tahu begitu, kenapa bertunang? Kenapa berpasangan? Kenapa berbual di telefon?

Jika ibubapa dah awal-awal kata tak bagi kahwin awal, sebaiknya tak perlulah bertunang dulu. Tak perlulah risau bila tak diikat. Percayalah pada jodoh ketentuan Allah. Banyakkan juga bersabar.

Lainlah jika anda bersedia untuk menghadapi pertunangan yang lama dan menempuh ujian. Walaupun bertunang, tak perlu pun berbual di telefon berbual, berbincang tentang perkara yang belum mungkin pasti. Selagi belum berkahwin, tiada apa yang pasti lagi. Jadi tidak seharusnya mendahulukan bakal pasangan daripada ibubapa sendiri selagimana apa yang ibubapa buat dan kehendaki tidak bertentangan dengan syarak. Janganlah sehingga emosi dan melukai hati ibubapa dan saudara sendiri.

Seorang sahabat pernah berkata, sewaktu dia bertunang dahulu selalu juga syaitan mengusik perasaan diri untuk mencari alasan untuk menelefon tunangnya. Walaupun sebenarnya tak penting dan tak perlu pun.

Ingatlah, tiada istilah ‘couple’ pun dalam Islam jika belum berkahwin. Tak kisahlah jika anda merasakan pasangan anda sentiasa mengingatkan diri anda tentang solat, tentang Allah, ataupun telah menunjukkan kesungguhan hendak berkahwin dengan anda. Kerana ia sebenarnya tipudaya syaitan.

Manakala pertunangan sebaiknya dirahsiakan, pernikahan dihebahkan. Kerana ia melibatkan hati dan masalah di masa akan datang jika dihebahkan pertunangannya.

Teringat kisah sahabat baik saya yang sewaktu dia bertunang atau berkenalan, dia berhubung hanya melalui emel dan bertanyakan perkara-perkara yang penting saja seperti ingin mengetahui pemikiran masing-masing, mengenal hati budi masing-masing, dan persiapan perkahwinan. Itupun, emelnya dihantar salinannya kepada orang perantara yang dipercayai. Ha, siap cc the email to another person, supaya tiada perkara yang melampaui syarak ditulis di situ.

Bagus betul! Alhamdulillah, she got married and I’d say happily married!

Jadi, kesimpulannya di sini..ha, fikirlah sendiri! Dan saya juga mengingatkan diri sendiri juga. Semoga kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Jika ibubapa tak bersetuju dengan pilihan hati, ataupun tak bersetuju dengan ‘timing’ kita nak kahwin tu, maka banyakkanlah bersabar, banyakkan berdoa. Adalah hikmah di sebalik tu. Dekatkanlah diri dengan Allah. Semoga kita redha dengan ketentuanNya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails