Tuesday, 16 February 2010

Anak-anak yatim berkeliaran menjual kalender : apa alternatifnya?

Selalu kita terserempak dengan anak-anak kecil ini meminta derma. Atau menjual barangan seperti kalendar dan lain-lain.
Alhamdulillah, ini satu peluang untuk kita menderma.
Namun timbul di benak hati kita kasihan.

-- Sampai bila kita nak beli kalendar atau kismis dengan mereka atas dasar kasihan dan mana sempat je?
--Kenapa dibiarkan masa mereka berlalu sebegitu di waktu mereka sepatutnya gunakan untuk pembelajaran?


Alhamdulillah, timbul beberapa idea yang saya kira boleh menjana pendapatan rumah anak-anak yatim ini dengan lebih efektif sekaligus membantu anak-anak kecil ini belajar secara tidak langsung. Mungkin juga idea ini telah dilaksanakan di sesetengah tempat, namun saya benar-benar harap ia dikembangkan lagi, agar kita tidak akan lihat lagi anak-anak itu berkeliaran menjual kalendar ini dan terdedah kepada bahaya, malah akan mendapat pendapatan yang lebih tetap dan teratur.

Saya puji sesetengah pengendali rumah anak-anak yatim yang sangat kreatif dan bagus dalam menjana pendapatan rumah tersebut sehingga mampu berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri. Contoh terdekat saya lihat sebuah pusat tahfiz untuk anak-anak yatim di sg merab ni. Lupa pula namanya.

Saya juga puji usaha PEYATIM dan badan-badan lain yang mengelolakan pelbagai program untuk membantu anak-anak yatim ini. Saya mengajak orang ramai di luar sana sumbangkan wang gaji bulanan anda untuk disalurkan kepada rumah anak-anak yatim yang terdekat. Jika tidak pun, buat skim potongan gaji seperti yang dikendalikan oleh PEYATIM.

Baiklah, kembali kepada idea tadi. Katakunci bagi semua idea ini adalah: KEUSAHAWANAN/ENTREPRENEURSHIP

ha, bagaimana tu?

Idea 1: ART TERAPHY + ART CLASS = YOUNG ARTISTSE/CRAFTSMEN /ENTREPRENEUR
Idea 2: GARDENING + TERAPHY = USAHAWAN TANI


Pertama: kita dapatkan guru-guru, para peminat kraf, secara sukarela mengajar anak-anak ini bidang seni visual seperti lukisan, kolaj, senireka grafik, komik, poster, origami, glass painting, seni tulisan khat, membuat gelang manik, anyaman, catan. Melalui cara ini, anak-anak ini dapat meluahkan kreativiti, dan mengekspresikan diri melalui seni. Inilah dia satu bentuk terapi kepada anak-anak ini.

Kedua: dapatkan modal untuk penghasilan karya-karya anak ini. Buatlah penanda buku ke, lukisan ke, tulisan khat ke, ukiran ke. Apa-apalah produk untuk dijual.

Ketiga:
bentuk kelab usahawan muda di rumah anak yatim masing-masing. Dapatkan sukarelawan dewasa untuk membantu memberi panduan kepada anak-anak ini membuat perniagaan. Pernah lihat bagaimana pandu puteri di Amerika menggalakkan keusahawanan di kalangan anak-anak kecil dengan menjual cookies? Ha, itu jual je. Tapi kini kita mungkin tak perlu suruh anak-anak ini menjaja cara lama. Kasihan mereka. Kita mahu orang membeli bukan kerana sekadar simpati, tapi sebab mereka mahukan produk itu juga.

Keempat:
bina website/ blog untuk promosi barangan/produk mereka.

Kelima: anak-anak ini juga boleh digalakkan bercucuk tanam di kawasan rumah anak yatim mereka. Sayur-sayuran, ubi, dan buah-buahan. Bukan sekadar menanam untuk support makan sendiri, tetapi juga untuk jualan di pasaraya besar. Bila kita nak jadi usahawan tani, maksudnya harus bersungguh-sungguh. Dapatkan tanah, baja,branding, dan harus ada yang pandu anak-anak ini. Saya yakin ramai orang yang mempunyai ilmu, wang, dan tenaga di luar sana yang sanggup mengajar anak-anak ini cara menjadi usahawan tani yang berjaya.

Keenam: ha, apa lagi produk boleh dihasilkan? Kalau dulu, ada anak-anak jiran kami jual dadih buatan sendiri masa cuti sekolah. Jual air minuman, dan juga sandwich di gerai diperkarangan masjid. Comel je.

Apapun, jangan sampai salahguna tenaga budak-budak ini, mengganggu waktu belajar mereka. Yang penting niatnya untuk kebaikan anak-anak ini, bukannya untuk keuntungan semata-mata. Di samping itu memberi peluang kepada komuniti sekitar membantu anak-anak ini berdikari dan mempelajari sesuatu. Galakkan minat keusahawanan dalam diri mereka di samping menggalakkan kreativiti mereka.

Apa macam? Ada minat? Sebar-sebarkan lah idea ini.

p/s: sape nak tolong saya karang kertas kerja nak bagi kat peyatim/skuad puteri/yayasan albukhary?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails