Monday, 27 December 2010

TimeOut!

“Kita bukan tak cukup masa, tapi kita memang tak ada masa! memang kita kena buat kerja lebih kuat lagi! dan berkali ganda bebannya.”

Itu yang harus dihadapi oleh sang daie (pendakwah) di Negara kita sekarang. Samada sudah bersedia atau tidak, masa memang mengejar kita. Memang kita harus push to the limit. Bagaimana kita menentukan limit kita? Tengok saja kemampuan para sahabat dahulu dalam sirah, kisah-kisah orang terdahulu di dalam al-Quran, dan macam-macam lagi. Merekalah penunjuk aras kita.

Apabila bekerja sebegini kuat, kita juga tentu memerlukan timeout- masa untuk bersendirian. Ada orang memilih solat sahaja. Ada juga yang memilih untuk beruzlah, atau melihat keindahan alam. terpulanglah, biarpun ia hanya dengan cara duduk melihat akuarium untuk 5 minit.

Namun harus diingat untuk apa kita perlukan timeout itu? Untuk lalai, escapism, atau untuk muhasabah?
Juga, yang paling penting sekali,
jangan ambil masa terlalu lama.
Jangan juga sehingga mengguris hati orang terdekat, dan
juga jangan sesekali putus connection dengan Allah swt.


Itu hanya timeout dengan manusia, tapi bukan dengan Allah swt.

4 comments:

fi zhilalil tarbiyah said...

salam kak ai..

suke2!!!
timeout saya ape yek?

heeee

cikgu ii said...

hihi..mum, kalo kak aii slalunye time driving or naik kenderaan awam. kalo driving, memang boleh sampai nanges la..muhasabah. kalo naik kenderaan awam, melihat org di sekitar, belajar drp mereka.

PuteriBonda Anis said...

best2. :)

p/s: salam ziarah

Yin said...

Ha'ah la kak ai. Time driving memang leh amik sebagai time muhasabah. Leh nangis sambil drive. Huhu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails