Sunday, 12 December 2010

nostalgia perjalanan ke tanjung malim


Sedang driving tadi terdengar lagu yg macam pernah kudengari dulu. Isyy..lagu ni kalau diikutkan susunan melodi dan liriknya, memanglah kurang best,yelah, siap ada perkataan “teknologi” lagi. Skema tak?

Tapi saya masih tersenyum sendirian sebab nilai nostalgia yg kuat membuatkan ku teringat nostalgia dulu. Dulu kami ke tanjung malim beberapa kali. Naik kereta kecil ni. Ada pita lagu satu kumpulan nasyid tak berapa terkenal ni. Tapi kebanyakan liriknya sangat dekat dengan kami. Hinggakan terfkir, mungkinkah penulis lirik itu berada dalam lingkungan dakwah dan tarbiyah seperti kami? Kerana ia bercakap tentang perjuangan dan macam2 lagi.

Perjalanannya taklah berapa jauh, tak berapa dekat. Tapi hinggakan kami hafallah lagu2 dalam pita tu. Yelah, pita kan? Mana boleh suka2 hati tukar lagu. Nanti rosak pula bila selalu rewind, berhenti.

Hehe..alhamdulillah, orang yang kami temui di tanjung malim tu masih dalam tarbiyah ini. Mungkin tak semua, tapi oklah. Macam2 kami buat. Siap gi kolej2 kediaman sekitar tg malim tu, masuk upsi, gi melawat orang2, terawih bersama, ambil kuih raya, jenguk kebun sister tuh..hihi..gi kalumpang. Macam2la pulak.

Nostalgia mula2 nak belajar menyampaikan..itulah jaulah kita ek? Itulah training grounds kita. Training driving juga bagi sesetengah orang lain..hehe..rindu juga.

teringat pula soalan ukhti ni lepas satu program ni tentang kereta kecil ni, "kak,kalau ni bukan kereta akak, ni kereta siapa ya?"

"oh, ada sorang makcik ni infakkan kereta ni"

"infak???"

hehe..

4 comments:

cikgu ii said...

please forgive me for all those perosak bahasa.. kejap guna aku kejap guna saya, kemudian ada pula singkatan,..isyyy...

fi zhilalil tarbiyah said...

salam kak ai..hee,kelakar la entri2 akak.best2x..emergenc ni, ct masterskill mintak akak kontek dia..sy ade number akak tp mesej not sent.takut dh x pakai number tu..aseef..pape al,kontek mum 0136966757.jzzkhkhair

tulip putih said...

salam k ai fillah!


akk, sy tergelak masa baca last lines kt post ni

teringat masa 'kecik2' dulu, pena tanya k ummu,

"kak, ni kereta sapa"

k ummu pon jawab, ni kereta pakcik akk


dah lama br sy sedar, ropenyer, bile ingat2 balek, kereta itu kereta talhah! hihi.

betapa tarbiyyah itu mengajar.

rindu fillah kt akk!!

doakan sy disini terus kuat insyaAllah

mood : merindui sisters <3

cikgu ii said...

hihi..ucu. kelakar..memang selalunye pening dibuatnya nak jawab soalan korang bila tanya soalan camtu. lebih pening bila emak sendiri tanya soalan yg sama..hisyy..
tp yang pastinya tak menipu ok?
hehe..
ade sorg ukhti ni dulu ingatkan kakaknya tu kaya sbb ade keta time belajar, tp tiap kali isi minyak keta RM10 ke bawah je..hehe..nampak sgt sbnrnye takde duit pun..pkai keta "pakcik" hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails