Thursday, 7 October 2010

takut jadi hipokrit?



Saya tak mahu jadi hipokrit!

Itulah jawapan yang sering diberikan apabila seseorang muslim menyatakan yang dia tidak mahu melakukan beberapa syariat Allah atau sesetengah perbuatan.

Contohnya, tidak mahu bertudung atau ke surau kerana tidak mahu jadi hipokrit.

Ada orang pernah membalas, katanya; jika tidak mahu bertudung kerana hipokrit, maka apakah maksudnya memakai telekung ketika solat, dan kemudiannya buka selepas solat. Bukankah itu hipokrit di depan Allah namanya?

Orang yang membalas itu juga pernah kata, memakai tudung ketika majlis tertentu sahaja seolah-olah mempermainkan syariat Allah.

Ya, benar. Ramai yang hanya ambil Islam separuh-separuh, seolah-olah tidak ambil pusing apa arahan Allah.
Walaubagaimanapun, saya rasa, jawapan balas individu itu mungkin kurang sesuai kepada sesetengah orang, kerana ia teguran yang bukan sekadar membuatkan kita terfikir dan bermuhasabah, malah pedih dan pedas untuk diterima orang. Jangan sampai nanti ada yang terus tidak mahu solat pula. Aduh.

Mungkin lebih manis jika mengajak saudara kita yang merasakan dirinya hipokrit itu beristighfar dan berfikir secara tenang;

“Beginilah, jika awak rasa awak hipokrit, maka apa yang harus awak lakukan?”

“biarkan saja, buat tak tahu?”

“tinggalkan Islam sebab rasa hipokrit kerana terpaksa laksanakan syariat Allah. Rasa menyusahkan diri?”

“ATAU dekatkan diri dengan Allah, cuba cari hikmah, berdoa, dan dalami ilmu lebih mendalam agar lebih fahami Islam dan dapat rasa nikmatnya melaksanakan tuntutan Allah, bukannya rasa terbeban dan terpaksa.”


Anda setuju dengan pilihan ketiga? Ayuh, selesaikan masalah hati ini. Jangan biarkan hipokrit melanda diri dan menjadi tiket untuk mengatakan tidak kepada Allah swt.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails