Wednesday, 27 October 2010

Panik!


Seorang akhawat (saudara) pastinya cuak bila melihat saudaranya menjerumuskan dirinya ke dalam jahiliah. Panik, dan terus reaktif.

Kenapa dia buat begitu? Menjerumuskan diri kembali ke jahiliah..? Kelihatannya seolah-oleh dia berada di hujung tebing, tanpa disedarinya, hampir-hampir saja terjatuh ke lembah kehinaan yang dia tinggalkan dulu.
Tak kiralah samada ia perbuatan yang jahiliah tahap minimum ataupun maksimum. Risau betul saudaranya.

Sedikit saja sudah membuatkan dia cuak. Kenapa? Kerana dia sayangkan saudaranya. Sungguh.

Jangan marah ya sis jika reaksi saya sangat reaktif dan menyakitkan..saya tak mahu saudara saya jatuh kembali ke lembah kehinaan itu. ke dalam lumpur yang kotor itu..

Tuesday, 19 October 2010

sibukkk???

Bila sudah sibuk dengan kerja, ada orang jadikan ia sebagai satu alasan; bahawa tak sempat pun nak jaga tarbiyah, tak sempat nak baca al-quran dan sebagainya.
Padahal, sepatutnya dia merasakan semakin bertambah sibuk dia bekerja, maka semakin tinggi keperluannya untuk dekatkan diri dengan ayat-ayat Allah. Malah, bilangan yang lebih banyak daripada keperluan biasa, kerana kerjanya yang banyak itu perlu ditampung oleh amalan tarbiyah dzatiyahnya...(huhu..insaf)
Jadi, jangan berlengah lagi..bermujahadah lah, kerana...
kerja kita lebih banyak daripada masa yang ada.

semoga Allah memberkati usia kita.

Thursday, 7 October 2010

takut jadi hipokrit?



Saya tak mahu jadi hipokrit!

Itulah jawapan yang sering diberikan apabila seseorang muslim menyatakan yang dia tidak mahu melakukan beberapa syariat Allah atau sesetengah perbuatan.

Contohnya, tidak mahu bertudung atau ke surau kerana tidak mahu jadi hipokrit.

Ada orang pernah membalas, katanya; jika tidak mahu bertudung kerana hipokrit, maka apakah maksudnya memakai telekung ketika solat, dan kemudiannya buka selepas solat. Bukankah itu hipokrit di depan Allah namanya?

Orang yang membalas itu juga pernah kata, memakai tudung ketika majlis tertentu sahaja seolah-olah mempermainkan syariat Allah.

Ya, benar. Ramai yang hanya ambil Islam separuh-separuh, seolah-olah tidak ambil pusing apa arahan Allah.
Walaubagaimanapun, saya rasa, jawapan balas individu itu mungkin kurang sesuai kepada sesetengah orang, kerana ia teguran yang bukan sekadar membuatkan kita terfikir dan bermuhasabah, malah pedih dan pedas untuk diterima orang. Jangan sampai nanti ada yang terus tidak mahu solat pula. Aduh.

Mungkin lebih manis jika mengajak saudara kita yang merasakan dirinya hipokrit itu beristighfar dan berfikir secara tenang;

“Beginilah, jika awak rasa awak hipokrit, maka apa yang harus awak lakukan?”

“biarkan saja, buat tak tahu?”

“tinggalkan Islam sebab rasa hipokrit kerana terpaksa laksanakan syariat Allah. Rasa menyusahkan diri?”

“ATAU dekatkan diri dengan Allah, cuba cari hikmah, berdoa, dan dalami ilmu lebih mendalam agar lebih fahami Islam dan dapat rasa nikmatnya melaksanakan tuntutan Allah, bukannya rasa terbeban dan terpaksa.”


Anda setuju dengan pilihan ketiga? Ayuh, selesaikan masalah hati ini. Jangan biarkan hipokrit melanda diri dan menjadi tiket untuk mengatakan tidak kepada Allah swt.

Tuesday, 5 October 2010

telefon berbunyi..


owh. bunyi deringan telefon masih mampu membuatkan jantungku berdegup kencang. huhu..pakai ringtone ape pun camtu.. akhirnya, sy lebih prefer menggunakan silent mode. kenapakah sejak akhir2 ni begini ye? adekah ini satu bentuk fobia? huhu..nak angkat telefon pun selalu teragak2..isy...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails