Tuesday, 31 August 2010

kesian..penat...ujian..

Kesian awak..
Nak kesiankan apa? Rasa macam tak nak hilang saja lebam dan sakit-sakit ini, supaya boleh tunjuk kepada Allah kelak bukti saya menjalankan suruhanNya, menyampaikan kalimah Allah kepada awak semua.

Tak rasa susah ke?
Susah apa nya? Saya yang memilih untuk melakukannya dan kegembiraan saya adalah apabila awak rasa sebagaimana yang saya rasa, iaitu nikmatnya mendapat cahaya Islam itu dan merasa pentingnya mendokong kalimahNya.

bila kita diuji..
Bagaimana nak kenalpasti apa yang kita buat ni betul atau tidak? Kenapa kita diuji dan rasa susah sangat nak buat benda baik ni? Ada saja halangan, ada saja kekangan.

Senang saja. Tanya pada Allah swt. (bukan orang ya? sedangkan ibubapa kita sendiri pun, walaupun hanya mahukan yang terbaik untuk kita, namun mereka masih juga manusia yang bisa melakukan kesilapan) Rujuk pada sirah. Baca kisah sahabat. Adakah mereka hidup bersenang-lenang? Adakah mereka tidak mahu ambil risiko? Duduk berdiam diri saja? Hanya ambil yang best dalam Islam, dan buang yang tak best atau memenatkan. Contohnya hanya ambil ayat best dalam Quran manakala ayat jihad dibuang saja.

Kita lihat kisah sahabat yang sanggup bersusah payah mencari ilmu sehingga terjual, menjadi hamba. Salman al-Farisi sanggup mengambil risiko meninggalkan kampung halaman, dan kepercayaan ayahnya dan masyarakatnya yang menugaskan dia menjaga api majusi demi mencari kebenaran. Kita lihat kisah saad bin abi waqqas yang berjuang untuk Islam, walaupun ditentang oleh ibu kesayangannya sendiri. Mengapa harus kita goyah dengan sedikit cabaran dan ujian?

Bagi yang pernah melalui jalan ini. Bayangkan apa akan terjadi jika tidak mengikut jalan ini. Bayangkan apa yang anda kehilangan, kerugian, jika tidak meneruskan perjuangan ini. Mahu menjadi sisa lebihan di dunia sahaja? Mahu menjadi muslim yang sekadar cukup makan sajakah?

Doakan kami terus berjuang!

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani

Thursday, 5 August 2010

berpaling dan meninggalkan..??

Katamu terasa mahu saja meninggalkan jalan ini dan hidup seperti dahulu. Seperti orang biasa. Menjadi orang baik yang biasa.

Wahai akhawat, sanggupkah kamu meninggalkan saudaramu ini?

Kita bersama-sama melalui jerih payah itu suatu masa dahulu. Kita sama-sama merasai kemanisan iman itu suatu masa dahulu. Ingatkah kamu betapa merasa diri kita terpilih saat dibukakan mata, telinga, dan mata hati kita? Sanggupkah kamu meninggalkan semua itu?

Oh, atau kamu tidak pernah merasakan kemanisan itu? Kamu hanya merasa kepayahannya? Lalu mahu meninggalkan terus jalan ini?

Adakah kamu mengatakan bahawa Allah tersalah memilih kamu sewaktu dulu?

Biarlah jika kamu merasakan kami tidak bererti apa-apa kepadamu. Biarlah kamu katakan kami lupa padamu. Namun jangan sampai kamu mengatakan Allah lupa kepadamu.

Jalan ini memang tak memerlukanmu. Tapi kamulah yang memerlukan jalan ini.

Akhawatku, jalan ini memang sukar. Tapi aku yakin kamu mampu melaluinya. Biarpun terpaksa sendirian menongkah arus (secara fizikalnya sahaja) kerana wahai akhawatku, kamu sentiasa berada di hatiku, sentiasa kuingat dalam doa rabitahku.

akhawatku, jangan sesekali berpaling. Jangan kau berpaling sama seperti isteri Nabi Lut,kerana pasti kau akan terpedaya.

"hidup mulia atau mati sebagai syuhada"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails