Monday, 7 June 2010

KEMPEN KEMBALIKAN MARUAH : TAPIS TV!


Salam buat saudara seislam.

Kita selalu menonton tv bersama keluarga. Tapi malangnya kita tidak menapis apa juga kandungan rancangan tv yang kita tontoni. Jika kita benar-benar bencikan masalah pembuangan bayi dan masalah social (atau lebih tepat lagi masalah zina) di dalam Negara kita, mengapa kita masih lagi mampu menonton aksi pelakon bercumbuan atau TERGELAK menonton kisah hubungan terlarang di kaca TV?

Lihat saja kisah Desperate Housewives yang terang-terangan menceritakan kisah hidup seks yang bermoral rendah, malah dikutuk Allah. Adakah kita membiarkannya sahaja kerana menganggap rancangan tv yang ditonton hanyalah sebuah cerita dan berlaku di luar Negara, dengan pelakon yang bukan Islam?
Atau kerana rancangan tersebut mendapat KLASIFIKASI U dan keluarga kita sudah cukup dewasa?
Bagaimana mungkin anda mampu membiarkan saja saudaramu menonton video muzik yang secara terang-terangan MEMPROMOSI aksi lucah, kehidupan hedonism, dan baju yang tidak serupa baju?

Kita juga masih mampu tergelak menonton kisah madu poligami yang terang-terangan mempromosi poligami yang salah dan tidak diredhai Allah? Tak kiralah samada ia bahan import dari filem hindi, US, ataupun tempatan. Kita sudah cukup dewasa untuk menilai yang baik dan yang JELIK. Atau lebih tepat lagi, DOSA dan PAHALA.

Kita sedia maklum impaknya terhadap fikiran, jasmani dan ROH kita. Tanyalah diri sendiri, apa impak yang telah ia bawa ke dalam diri kita? Sama ada NEGATIF (membuat orang berkhayal, daya ingatan lemah, dsb.) , ataupun tiada apa-apa yang positif langsung. Jika tiada yang positif langsung, maksudnya ia adalah SIA-SIA.

Jikalau diumpamakan membuat PERNIAGAAN, ia seperti mendapat kerugian atau tiada keuntungan langsung. Mahukah kita meneruskan perniagaan seperti itu? tambahan lagi sekarang Kiamat makin dekat. Kiamat kecil (kematian) kita pula entah bila-bila masa sahaja. Apa yang KITA ADA untuk dipersembahkan kepada Allah?

Jadi saya ingin mengajak semua bersama-sama ikut KEMPEN KEMBALIKAN MARUAH : TAPIS TV! ini. Jika rancangan tv yang anda tontoni ada bau-bau DOSA dan SIA-SIA, terus TUKAR kepada rancangan yang lebih bermanfaat kepada minda dan ROH anda. ATAU tutup sahaja TV tersebut.
Jangan GADAIkan maruah, masa, minda, dan pahala anda dengan aktiviti tidak bermoral ini. Sekian.

SELAMAT BERJUANG. LILLAHITAALA.

2 comments:

Niealex said...

Assalamualaikum cikgu,

cikgu tau tak,
cita-cita saya dari kecik lagi adalah untuk mempunyai stesyen tv saya sendiri. buat rancangan sendiri. rancangan2 lain, semua kene lalu saya dulu baru dapat approval. =)

dan itu masih lagi cita2 saya sampai tiba masanya nanti,INSYA'ALLAH..

cikgu ii said...

hehe..ye..bagus!! ameen..moga tercapai.
nanti panggil sy jadi board of director stesen tv awak ok?
:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails