Sunday, 14 February 2010

hadis biji benih trivia Q answered!

Berikut adalah yang dipostkan di FB.
hadis biji benih: Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"jika akan berlaku kiamat dan pada tangan seseorang kamu itu ada anak benih, jika dia mampu untuk menanamnya sebelum berlaku kiamat itu, maka tanamlah."

trivia 1: Nabi tgh nazak time tu, & yet he planted the seed..for real!
trivia Q: pernah terfikir tak kenapa suh tanam anak benih? why not suruh beribadat, bertaubat nak kiamat tu?? haa..sape nak try jwb?


Ramai yang tertanya-tanya (chewah, saya yang perasan ramai..ehe) apakah jawapannya?

Hmm..baiklah, merujuk kepada Buku Hadis Pilihan oleh Muhammad Qutb, seperti yang diceritakan semula oleh seorang ukhti, dan menurut kefahaman yang sampai kepada saya, begini ceritanya.

“pastinya ramai yang merasa pelik dan tertanya-tanya, jika esok nak kiamat, kenapa tak kata sucikan diri dan bertaubat je? Malah, disuruh tanam benih? Esok dah kiamat, dah tentu tak sempat nak tengok benih tu tumbuh dan mendapat hasilnya. Betul tak?

“Ha, itulah pemikiran biasa seorang muslim yang sering disogokkan dengan pemikiran dan cara hidup sekular. Perasan tak bahawa kita semakin sekular? Kadang-kadang kita rasa amal ibadat khusus seperti solat kita terpisah dengan kehidupan sebenar. Contohnya, tak nampak pun apa kesannya kita solat? Tak rasa pun bahawa sepatutnya solat yang cukup khusyuk dan teratur, tepat pada masanya adalah dos yang secukupnya untuk memberi kita tenaga, kerehatan, dan iman untuk meneruskan kehidupan kita sehingga tiba waktu solat yang berikutnya untuk recharge semula.
Jika kita memisahkan ibadat dan tidak merasakan seluruh kehidupan kita adalah ibadah, maka, hidup kita tak ubah seperti golongan sekular lain.”

“di sinilah istimewanya Islam. Islam yang sepatutnya kita fahami, yang menyatakan bahawa kita meniti jalan dunia untuk menuju jalan akhirat. Tiada pemisah atau persimpangan antara kedua jalan ini. Ia adalah satu penyatuan yang jernih. “

“tanam biji benih adalah simbol kepada kerja. Pentingnya kerja ini dilakukan sehingga ke detik akhir kehidupan di dunia ini kerana ia adalah sebagai ibadah! Disebabkan oleh itulah Rasulullah menyuruh kita menanam benih itu, kerana kerja itu akan membawa kita kepada tujuan hidup kita, untuk kembali kepada Allah di syurga kelak. Dengan kerja itu kita mengagungkan dan menyembah Allah swt, malah, lebih baik lagi, membawa orang-orang lain di sekitar kita ke arah yang sama. Itulah ibadah yang sebenar!

“point seterusnya adalah betapa pentingnya kita meletakkan mindset buat sungguh-sungguh kerana Allah suruh dan seterusnya memulangkan segala pengharapan dan tawakal kepadanya. Redha dengan segala ketentuanNya. Tak perlu menunggu hasil tuaiannya, yang penting buat kerja. Hasilnya, baik atau buruk, berserah kepada Allah swt. Di sinilah timbulnya keikhlasan kerana Allah dan sifat ihsan. Iaitu membuat sesuatu dengan tidak mengharapkan balasan mahupun hasil. Yang penting adalah usaha bersungguh-sungguh, manakala resultnya atau hasilnya biarlah Allah sahaja yang tentukan. Barulah hati rasa tenang tenteram dan tidak kecewa.”

Oleh itu, jalankanlah tanggungjawab dan kerja kita sebagai ibadat dan amal harian terbesar kita. Buatlah sebaik mungkin! Yang menariknya, Rasulullah sendiri menanam benih tersebut di waktu itu juga, di saat beliau dah nazak..!

“kembali kepada persoalan sekular tadi. Kita tidak pula melihat Abdul Rahman bin Auf sebagai peniaga sahaja, tapi kita lihat beliau sebagai muslim yang berniaga. Malah, ramai lagi tokoh-tokoh Islam hingga kini yang Berjaya dalam bidang masing-masing. Namun yang pentingnya, mereka membawa nama Islam di hadapan mereka lebih daripada segalanya dengan penuh izzah (bangga) dengan kemuliaan yang dibawa oleh Islam ke dalam hidup mereka yang dahulunya penuh dalam kehinaan.”

Sekian. Plant those seeds now ok?
plant it for Islam, and most importantly, for yourself.
May Allah bless us all. Wallahualam.

p/s:kepada sesiapa yg lebih ahli, silakanlah tambah atau membetulkan info dalam post ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails