Wednesday, 20 January 2010

Orang Islam pun iSLaMoPhoBia ke?

Membaca tentang islamophobia di sekitar dunia memang menakutkan. Sangat menakutkan apabila mendapat tahu ramai di luar sana mendapat pandangan yang salah tentang Islam. Sangat menyedihkan kerana mereka terselindung daripada kalimah al-haq.
Islamophobia=takut pada Islam dan orang islam.

Kenapa mereka takut? Senang saja, mereka melihat Islam sebagai satu ancaman besar kepada keselamatan dunia, ancaman kepada budaya dan kebiasaan yang selama ini mereka pegang.

Masakan tidak, mereka melihat terrorist memakai lencana Islam.
Mereka membaca novel biografi tentang orang Islam yang teraniaya di bumi sendiri, yang kononnya mengikut undang-undang Islam (walhal diselubungi pengaruh budaya dan adat resam yang jauh daripada nilai-nilai Islam).

Mereka nampak orang yang mengucapkan syahadah berubah meninggalkan seluruh dunianya dan keluarga. Itu yang mereka nampak dengan pandangan yang sangat naïf.
Sudahkah anda menonton filem fitna? Memang sedih. Sedih.
Doa banyak-banyak semoga orang-orang ini yang menentang Islam dibukakan hatinya menerima Islam suatu hari nanti. Semoga mereka akan menjadi laksana Umar al-Khattab setelah faham Islam.

Apapun, kembali kepada topik. Islamophobia di Malaysia sendiri?
Ya.
Oleh orang Islam sendiri? Ya.

Ramai di kalangan kita sangat takut dengan gerakan Islam. Betul atau tidak?
Mereka lebih rela anak mereka atau kawan-kawan, atau adik-beradik mereka pergi berjalan-jalan bersama rakan-rakan minum teh tarik, tak kira lelaki perempuan daripada menyertai halaqah usrah dan program di masjid-masjid. Mereka lebih senang memberi kebenaran aktiviti mendaki bukit, annual dinner, martial art class dan sebagainya.

Jika program yang islamik sedikit, pertanyaan mereka akan jadi sangat detail tentang latar belakang penganjur, penceramah diiktiraf? tempat, dan lain-lain. Umpama soal siasat. Takut benar mereka dengan ajaran sesat, dan mazhab lain. Pada mereka, cukuplah anak mereka tahu solat dan beribadat.

Cukuplah pakai tudung. Tak perlulah lebih-lebih. Tudung labuh-labuh tu tak payah lah. Tak payahlah alim sangat. Nanti dah taknak pula salam tangan dengan saudara-mara lelaki, taknak pergi parti.

Cukuplah pergi sekolah agama, supaya tahu baca doa dan jadi imam solat, tak perlulah ikut halaqah, nanti terganggu pula pelajaran. Dakwah dan pelajaran Islam tu tanggungjawab ustaz, dan para alim ulama’ je, tak perlulah kita sibuk-sibuk.
Tak perlulah memandai-mandai nak baca terjemahan al-quran, nanti sesat pula. Uikks??

Mana lebih sesat? Tak baca maksud quran langsung atau baca maksudnya? Takut sesat? Sebab tulah kena berguru, pergi majlis ilmu. Baca jelah terjemahan tu, takut tersalah faham, Tanya jelah ahlinya.

Pelajaran dunia, pencapaian material lebih besar dan penting kepada semua. Islam hanyalah pada part ibadat. Dan kemudian perkahwinan sikit. Kalau adapun kemudian akhlak sikit. Dah. Itu saja. Pelaksanaan halaqah, usrah, program Islamik tidak dilihat sebagai usaha pendidikan terancang untuk makhluk Allah bernama manusia menjadi hamba Allah yang sebenar, yang menjadi individu muslim yang cemerlang.

Cukuplah hanya dengar ceramah sekali-sekala di masjid atau televisyen sebagai input. Entah dilaksanakan entah tidak. Kadang-kadang ketawa terbahak-bahak dalam ceramah, atau menangis mendengarnya, tetapi kemudian, tidak ambil pusing atau aplikasi pun apa yang dipelajari di dalam ceramah itu.

Apa nak jadi?
Kenapalah takut sangat dengan perkara Islamik ni?
Anda bukan Islam ke?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails