Monday, 27 December 2010

TimeOut!

“Kita bukan tak cukup masa, tapi kita memang tak ada masa! memang kita kena buat kerja lebih kuat lagi! dan berkali ganda bebannya.”

Itu yang harus dihadapi oleh sang daie (pendakwah) di Negara kita sekarang. Samada sudah bersedia atau tidak, masa memang mengejar kita. Memang kita harus push to the limit. Bagaimana kita menentukan limit kita? Tengok saja kemampuan para sahabat dahulu dalam sirah, kisah-kisah orang terdahulu di dalam al-Quran, dan macam-macam lagi. Merekalah penunjuk aras kita.

Apabila bekerja sebegini kuat, kita juga tentu memerlukan timeout- masa untuk bersendirian. Ada orang memilih solat sahaja. Ada juga yang memilih untuk beruzlah, atau melihat keindahan alam. terpulanglah, biarpun ia hanya dengan cara duduk melihat akuarium untuk 5 minit.

Namun harus diingat untuk apa kita perlukan timeout itu? Untuk lalai, escapism, atau untuk muhasabah?
Juga, yang paling penting sekali,
jangan ambil masa terlalu lama.
Jangan juga sehingga mengguris hati orang terdekat, dan
juga jangan sesekali putus connection dengan Allah swt.


Itu hanya timeout dengan manusia, tapi bukan dengan Allah swt.

Sunday, 12 December 2010

menjawab soalan adik

Secara biologinya, saya tiada adik. Tapi jalan ini telah menemukan saya dengan ramai adik-adik (ada orang kata anak-anak..hehe..). Alhamdulillah. Saya banyak belajar bagaimana nak jadi kakak. Lebih tepat lagi, merubah diri daripada sekadar mutarabbi kepada murabbi.

Secara jujurnya, saya masih belajar, masih bergerak perlahan, dan melakukan kesilapan. Adik-adik, maafkan kakakmu ini yang sering membuat kesilapan, kadang-kala memberi impak kepada kalian semua. Tapi percayalah, kita semua memang mahukan yang terbaik di mata Allah. Cuma ya, iman saya banyak juga pasang surutnya.

Hmm… walaupun kakakmu ini dah tak sempat pun nak tanya khabar semua adik-adiknya, tapi kalian sentiasa dalam doa saya. Walaupun mungkin sentuhan saya hanya seketika (kadang2 berjumpa dalam 1 liqo’ je),tp kalian tetap dalam doa. Untung juga ada teknologi, ym, fb, dll. Dpt juga meninjau dari jauh.

Hari ni saya nak jawab soalan adik-adik saya dalam surat cinta mereka. Yang ni adik-adik baru (dah 7-8 bulan dah) yang lain jangan jeles ya?

Ingat nak balas surat secara personal, tp rasa macam tak best pula tak share dgn yg lain. Jadi, mari adik-adik lihat jika soalan kalian terjawab.

• Apa perasaan akak sebenarnya bila kitorang selalu ada masalah bila nak buat perjumpaan. Saya sendiri serba salah setiap kali akak jemput/ajak pergi daurah, saya sentiasa tak dapat hadir.


-perasaan? Hmm..rasanya time usrah takde masalah sangat. Bersyukur sangat adik2 nak “make time” for this. Tapi bila tak dapat pergi daurah, perkara pertama timbul; “sayangnya, kalaulah dia tahu apa yang dia bakal miss? Sayang sangat… this is her chance! If only I could make her see it” tapi bila tak dapat juga akak kata, “mungkin belum masanya lagi..Ya Allah, moga dia tidak tertapis. Ya rabb, pastikan dia terus di jalan ini.” Kalau awak dah dengar kisah jalut dan talut, awak akan faham apa maksud akak dengan tertapis. Nak tau? Ha, nanti ingatkan akak cerita ok?

• Macam mana akak boleh konsisten dengan dakwah? macam mana nak tetapkan hati supaya selalu bersemangat dalam berdakwah?

-Dekatkan hati padaNya. Dekat dengan sahabat2 yang sama dalam dakwah. Ingat tak lagu tombo ati/obat hati –opick? berkumpullah bersama orang soleh..lihat mereka, lihat sirah, ikut mereka. moga ditarbiah hati dengan cara itu. selalunya, kena lawan kata hati yang negatif.

Bila hati kata bermacam2; kecil hati, sakit hati, rasa kerdil, serba-salah, ha..time tulah kena lawan semua perasaan tu. Cepat2lah cari penawarnya; ada pada Allah-dgn doa & ada pada ukhuwah-cari saudara kita (akhawats).

Semangat itu akan datang. inshaAllah. Berjumpa adik2 pun buat akak jadi bersemangat! Ingat, kitalah yang memerlukan dakwah. Dakwah tak memerlukan kita. Ramai je org lain boleh berdakwah menaikkan Islam kalau kita tak sudi nak buat.

• Bila akak nak kahwin? Nak makan nasi minyak before fly..hehehe…
- owh..kahwin? Soalan nakal neh. Doakan la ye? Ada jodoh inshaAllah. Ada rezeki awak makan nasi minyak adelah. Tak pun makan nasi beriani…hihi..kalau takde, tak dapatla ye..hehe..nantila, akak masak sendiri..kalau tak di dunia, kat akhirat kelak jodohnya. Wallahualam.

• Apa pandangan akak terhadap saya? Surah kesukaan akak?

- awak, hmm..rasa macam ada banyak lagi di sebalik awak yang akak tak tau. Macam tak keluar habis, tak kenal habis. Awak berpotensi besar menjadi pejuang agama Allah. Sangat impress dengan semangat awak, melihatkan bagaimana awak boleh jadi seperti hari ini. Tapi akak kadang-kadang tak tau nak cakap dengan awak camane..isy..kdg2 sense sedikit aura negatif dalam diri awak. Betul ke? Atau akak salah?

- Surah kesukaan akak..hmm..sbnrnya lebih kepada ayat je. Bukan whole surah . tp sebenarnya semua bestttt!! Kalo ikut skema jawapan-surah al-alaq, then ar-rahman..cubalah baca!

• Konsep dakwah. adakah wanita mempunyai kewajipan yang sama seperti lelaki? Dakwah itu wajib, tapi bagaimana caranya untuk mendapatkan kekuatan itu?

- ha, yang ni dah jawab masa usrah hari tu. Lihat sirah. Adakah sahabiyah hanya duduk tidak berdakwah. Kalau di zaman abasiyah, islam mengatasi jahiliah, dan jahiliah tak berleluasa macam sekarang, mungkin bolehlah kita kata cukuplah wanita berdakwah kepada anak2nya di rumah. Tapi, sekarang keadaannya sebaliknya. Nak harapkan lelaki sahajakah? Realitinya sekarang dalam jalan ni, di Malaysia sendiri, lagi banyak wanita daripada lelaki yang menjalaninya.

- Bagaimana mahu dapatkan kekuatan? Tips nya banyak dlm surah al-muzammil kalau tak silap akak. Bacalah.

Kenapa akak pilih saya tapi bukan orang lain? (note blogger: pilihan utk sesuatu yg saya tak boleh ceritakan di sini.)

- percayalah, Allah jugalah yang menggerakkan hati akak untuk pilih awak. Akak nampak diri akak dalam diri awak. Akak percaya awak orang yang mampu berdiri atas kaki sendiri, tapi di masa yang sama mempunyai sifat yang mencukupi untuk menjadi orang yang terpilih.wallahualam. believe in yourself.

• Pernah tak rasa penat buat usrah sampai datang seremban? Bila akak start pakai tudung labuh?


- tak sangat. Pernah rasa lebih penat di tempat lain. Tapi itu fizikal jelah. Realitinya, kepenatan itu terbayar dengan kehadiran semua. Suka perjalanan jauh seperti itu. membuatkan diri bermuhasabah dan benar2 berfikir balik “kenapa aku buat keje ni?” “aku mahu buat yang Dia suka. Yang Dia suruh. Moga ini menjadi salah satu peluang untukku mati syahid. Amin”

-start pakai tudung labuh masa kena masuk ipt ni. Wajib pakai tudung labuh sebab ada label islam pada nama ipt tu (peraturan). Ikot je, walaupun rase terpaksa. Tapi sebab everyone else pakai, jadi tak kesah je. Lagipun akak tak byk pun tudung masa tuh. Yela, first year. Pastu balik2 pakai tudung puteh..hihi..Cuma masa tu tak faham kenapa pakai..? Jadi bila balik kampung, kat rumah pakai tudung biasa je. Kdg2 kalau jalan2 sekitar luar rumah tak pakai pun tudung. sebab masih tak clear konsep tutup aurat? Bila pj/sukan pun opted for a tudung pendek. Apapun, bila bertukar ke satu ipt ni, mula terfikir. Nak ubah semulalah. Tak yah pakai tudung labuh. nanti apa orang kata kan?? macam ustazah pula. macamlah ilmu tu banyak dan baik sangat??!! Cukupla menutup je yang patut.. (nasib baik masih ada perasaan malu).

Tapi kemudian, Allah campakkan hidayah kepada akak di tempat tu. Bila dah mula rasa sayang kepada Allah, dah faham ayat-ayatNya, mulalah rasa nak buat lebih baik. Infact, nak buat the best. Nak rasa dekat dengan Allah, mula rasa seronok dengan pandangan Allah, lebih daripada pandangan manusia. So then, I started to wear back my old tudung - labuh tu. regardless of whatever others said about me. Lepas tu, akak mula istiqamah.

nostalgia perjalanan ke tanjung malim


Sedang driving tadi terdengar lagu yg macam pernah kudengari dulu. Isyy..lagu ni kalau diikutkan susunan melodi dan liriknya, memanglah kurang best,yelah, siap ada perkataan “teknologi” lagi. Skema tak?

Tapi saya masih tersenyum sendirian sebab nilai nostalgia yg kuat membuatkan ku teringat nostalgia dulu. Dulu kami ke tanjung malim beberapa kali. Naik kereta kecil ni. Ada pita lagu satu kumpulan nasyid tak berapa terkenal ni. Tapi kebanyakan liriknya sangat dekat dengan kami. Hinggakan terfkir, mungkinkah penulis lirik itu berada dalam lingkungan dakwah dan tarbiyah seperti kami? Kerana ia bercakap tentang perjuangan dan macam2 lagi.

Perjalanannya taklah berapa jauh, tak berapa dekat. Tapi hinggakan kami hafallah lagu2 dalam pita tu. Yelah, pita kan? Mana boleh suka2 hati tukar lagu. Nanti rosak pula bila selalu rewind, berhenti.

Hehe..alhamdulillah, orang yang kami temui di tanjung malim tu masih dalam tarbiyah ini. Mungkin tak semua, tapi oklah. Macam2 kami buat. Siap gi kolej2 kediaman sekitar tg malim tu, masuk upsi, gi melawat orang2, terawih bersama, ambil kuih raya, jenguk kebun sister tuh..hihi..gi kalumpang. Macam2la pulak.

Nostalgia mula2 nak belajar menyampaikan..itulah jaulah kita ek? Itulah training grounds kita. Training driving juga bagi sesetengah orang lain..hehe..rindu juga.

teringat pula soalan ukhti ni lepas satu program ni tentang kereta kecil ni, "kak,kalau ni bukan kereta akak, ni kereta siapa ya?"

"oh, ada sorang makcik ni infakkan kereta ni"

"infak???"

hehe..

Wednesday, 27 October 2010

Panik!


Seorang akhawat (saudara) pastinya cuak bila melihat saudaranya menjerumuskan dirinya ke dalam jahiliah. Panik, dan terus reaktif.

Kenapa dia buat begitu? Menjerumuskan diri kembali ke jahiliah..? Kelihatannya seolah-oleh dia berada di hujung tebing, tanpa disedarinya, hampir-hampir saja terjatuh ke lembah kehinaan yang dia tinggalkan dulu.
Tak kiralah samada ia perbuatan yang jahiliah tahap minimum ataupun maksimum. Risau betul saudaranya.

Sedikit saja sudah membuatkan dia cuak. Kenapa? Kerana dia sayangkan saudaranya. Sungguh.

Jangan marah ya sis jika reaksi saya sangat reaktif dan menyakitkan..saya tak mahu saudara saya jatuh kembali ke lembah kehinaan itu. ke dalam lumpur yang kotor itu..

Tuesday, 19 October 2010

sibukkk???

Bila sudah sibuk dengan kerja, ada orang jadikan ia sebagai satu alasan; bahawa tak sempat pun nak jaga tarbiyah, tak sempat nak baca al-quran dan sebagainya.
Padahal, sepatutnya dia merasakan semakin bertambah sibuk dia bekerja, maka semakin tinggi keperluannya untuk dekatkan diri dengan ayat-ayat Allah. Malah, bilangan yang lebih banyak daripada keperluan biasa, kerana kerjanya yang banyak itu perlu ditampung oleh amalan tarbiyah dzatiyahnya...(huhu..insaf)
Jadi, jangan berlengah lagi..bermujahadah lah, kerana...
kerja kita lebih banyak daripada masa yang ada.

semoga Allah memberkati usia kita.

Thursday, 7 October 2010

takut jadi hipokrit?



Saya tak mahu jadi hipokrit!

Itulah jawapan yang sering diberikan apabila seseorang muslim menyatakan yang dia tidak mahu melakukan beberapa syariat Allah atau sesetengah perbuatan.

Contohnya, tidak mahu bertudung atau ke surau kerana tidak mahu jadi hipokrit.

Ada orang pernah membalas, katanya; jika tidak mahu bertudung kerana hipokrit, maka apakah maksudnya memakai telekung ketika solat, dan kemudiannya buka selepas solat. Bukankah itu hipokrit di depan Allah namanya?

Orang yang membalas itu juga pernah kata, memakai tudung ketika majlis tertentu sahaja seolah-olah mempermainkan syariat Allah.

Ya, benar. Ramai yang hanya ambil Islam separuh-separuh, seolah-olah tidak ambil pusing apa arahan Allah.
Walaubagaimanapun, saya rasa, jawapan balas individu itu mungkin kurang sesuai kepada sesetengah orang, kerana ia teguran yang bukan sekadar membuatkan kita terfikir dan bermuhasabah, malah pedih dan pedas untuk diterima orang. Jangan sampai nanti ada yang terus tidak mahu solat pula. Aduh.

Mungkin lebih manis jika mengajak saudara kita yang merasakan dirinya hipokrit itu beristighfar dan berfikir secara tenang;

“Beginilah, jika awak rasa awak hipokrit, maka apa yang harus awak lakukan?”

“biarkan saja, buat tak tahu?”

“tinggalkan Islam sebab rasa hipokrit kerana terpaksa laksanakan syariat Allah. Rasa menyusahkan diri?”

“ATAU dekatkan diri dengan Allah, cuba cari hikmah, berdoa, dan dalami ilmu lebih mendalam agar lebih fahami Islam dan dapat rasa nikmatnya melaksanakan tuntutan Allah, bukannya rasa terbeban dan terpaksa.”


Anda setuju dengan pilihan ketiga? Ayuh, selesaikan masalah hati ini. Jangan biarkan hipokrit melanda diri dan menjadi tiket untuk mengatakan tidak kepada Allah swt.

Tuesday, 5 October 2010

telefon berbunyi..


owh. bunyi deringan telefon masih mampu membuatkan jantungku berdegup kencang. huhu..pakai ringtone ape pun camtu.. akhirnya, sy lebih prefer menggunakan silent mode. kenapakah sejak akhir2 ni begini ye? adekah ini satu bentuk fobia? huhu..nak angkat telefon pun selalu teragak2..isy...

Sunday, 19 September 2010

banyak nak dikatakan..tapi tak sempat kot..

apepun, untuk permulaan, saya nak kongsi sesuatu untuk difikirkan..terutamanya daie/murobbi yang juga seorang guru/mualimah di sekolah...

Guru yang school-centred
- bila nampak je barang yang berguna utk memudahkan PnP, terus beli..hihi..contohnya, mp3 player, extension wire (esp cekgu muzik cam sy yg dok usung radio skola sane sini, dan juga cekgu yg suke bwk laptop ke sekolah!), lcd projector..hehe
- bila tengok dan dengar bermacam masalah sekitar, teringat kat anak2 murid dan memikirkan bagaimanalah aku boleh bantu mereka hadapi dunia neh? hu.
- dlm keta penuh je dgn barang2 utk sekolah..ehe


gambar hiasan

Daie yang dakwah-cented
- bila nampak je barang yang berguna utk dakwah, terus berfikir untuk beli..isyy..kuda dakwah (keta besar), extension wire, LCD projector,
- dapat duit terus infak
- dlm handbag siap sedia dgn quran, hadiah comel (nak bagi org - sygkan ukhuwwah) berus gigi (keperluan kalo terpaksa bermalam di mana-mana tiba2).
- dlm keta pun bersiap sedia je..biar cantik dan wangi utk bagi adik2 naik
- bila nampak rumah besar, tempat best, terus fikir nak buat program tarbiyah di situ..heheh..
- ambil peluang sebaik mungkin utk berjumpa akhawat, peluang hadiri majlis ilmu, peluang menolong orang, walaupun hanya seminit.

Anak yang family-oriented
- bila gaji je, terus asing utk mak abah dan adik2.
- ambil peluang sebaik mungkin utk bina hubungan, jaga hati mak ayah. selagi boleh balik, balik umah, walaupun utk 4jam je.
- call family selalu, cuba kenali sedara mara, ziarah..

tapi kan, realitinya, hidup kita tidak lah se sekular ini.
menjadi seorang daie sudah cukup untuk meliputi diri menjadi anak yang soleh, family oriented, dan guru yang sangat komited dengan kerjanya.
ini kerana dia tahu peranannya sebagai hamba dan khalifah Allah.
dia tahu masanya sangat singkat dan berharga.

seluruh kehidupannya untuk Islam:
menjadi anak yang baik kerana Allah.
menjadi guru yang baik kerana Allah.
dapatkan ijazah, phD pun kerana Allah.



gambar hiasan

otaknya sentiasa berfikir untuk umatnya (anak murid, family, dan anak usrah sudah tentu masuk juga!)

oh, jadi tiada urusan dunia dan urusan akhirat yang berasingan.
tiada juga istilah keje sihir dan keje dakwah&tarbiyah (rujuk cerita hadis The Boy & the King surah buruj)

ingatlah juga hadis biji benih Rasulullah (refer to my previous post : http://cikgukata.blogspot.com/2010/02/hadis-biji-benih-trivia-q-answered.html)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"jika akan berlaku kiamat dan pada tangan seseorang kamu itu ada anak benih, jika dia mampu untuk menanamnya sebelum berlaku kiamat itu, maka tanamlah."

hmm..malas nak explain lagi..bacalah kat pos lama saya tu ya?

ha, yg penting, tiada lagi sekular!
Allah-oriented okay?


usaha lebih lagi untuk jadi daie yang sangat komited!

ha, yang cikgu-cikgi yang nak jadi super murobbiah dlm d&t tu apa lagi? cuba jadi sebaik peranan anda di sekolah, atau lebih hebat lagi untuk d&t pula.
jika anda sanggup berhempas-pulas untuk anak-anak murid, kenapa pula tidak kita berhempas pulas untuk......?(isi jawapan sendiri)

Monday, 13 September 2010

Mesyuarat : mencapai maksud sebenarnya..

Apabila sebut tentang mesyuarat, ada pelbagai gaya mesyuarat dilaksanakan. Ada yang suka buat mesyuarat berdiri, bagi memastikan mesyuarat tidak meleret-leret, ada mesyuarat makan-makan, dan bermacam-macam lagi stail pengendalian mesyuarat. Semuanya banyak bergantung kepada kebijaksanaan pengerusi dan juga kerjasama ahli mesyuarat yang lain. Namun begitu, walau apapun cara pengendalian mesyuarat, apa yang paling penting adalah; suatu mesyuarat itu sebaiknya melalui konsep syura yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri.


Kenapa bermesyuarat (bersyura)?

Sebelum sesuatu mesyuarat itu bermula kita seharusnya meletakkan niat yang sebetulnya, iaitu mendapat redha Ilahi. Maka dengan itu secara automatik mendapat pahala syura. Pastinya apabila niat disandarkan kepada Allah swt, seorang hamba harus bersungguh-sungguh dan membuat sehabis baik. Tidak sepatutnya ada ahli syura yang tidur ataupun berborak-borak semasa ia dijalankan.

Contoh lain paling mudah adalah, jika kita meletakkan matlamat untuk mendapat penyelesaian terbaik pada pandangan Allah (bukan pandangan orang lain), maka syura kita bukan sekadar mendengar suara majoriti, namun suara pihak minoriti juga diberi peluang atas platform mesyuarat. Setiap pihak mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat dan membentangkan ia sebaik mungkin.

Tiada isu siapa lebih ramai pengikut, mempertahankan ego, atau takut menjadi perosak suara majoriti.

Apa yang penting, mendapatkan keputusan dan pendapat yang terbaik demi kerana Allah swt (umpama kes Hang Nadim the child prodigy and brave risk-taker in the tale of Singapura Dilanggar Todak).

Contoh lain, para sahabat yang berani menyuarakan pendapat masing-masing kepada Rasulullah sewaktu berbincang untuk strategi perang.
Apabila masing-masing dengan niat yang betul, dan mahukan yang terbaik, maka para ahli syura pasti akan berlumba-lumba mencari penyelesaian terbaik kerana Allah, bukannya penyelesaian terbaik untuk diri sendiri atau mendiamkan diri sahaja. InsyaAllah pahala syura dapat di situ.


Proaktif, tiada idea sampah, semuanya ada potensi menjadi idea yang bernas!

Tagline satu blog popular ada menyatakan bahawa erti hidup pada memberi. Benar, idea merupakan salah satu daripadanya. Sewaktu saya menghadiri satu kursus Kreativiti baru-baru ini, kami diajar untuk mengeluarkan segala idea sebanyak mungkin (spray out all ideas).

Matlamatnya di sini adalah mendapatkan kuantiti idea yang maksimum, bukannya kualiti. Pada proses seterusnya barulah semua idea itu dianalisis dan ditapis. Kebaikan metod ini di sini adalah, kita tidak akan menjadi pasif, menyimpan idea-idea hanya di dalam otak dan tidak mahu diceritakan kerana merasakan ia adalah idea bodoh. Namun sebenarnya, bila kita berada dalam lingkungan mesyuarat ini, kita mempunyai banyak buah fikiran. Oleh itu, idea yang mungkin nampak bodoh di mata kita, mungkin dapat dilihat dalam pandangan atau aspek yang berbeza oleh orang lain. Oleh itu, kemungkinan juga idea bodoh itu mampu diterjemah oleh ahli syura yang lain dalam cara yang kita sendiri tidak terfikirkan sebelum ini?! Ha, jika dibuang awal-awal idea itu, bukankah kita yang rugi?


Bila keputusan mesyuarat nampak serba tak kena

Selain itu, apabila sesuatu aktiviti sedia ada kurang memuaskan pula, pilihan terbaik bukanlah untuk meninggalkan terus cadangan atau aktiviti tersebut, menyalahkan sang pencadang, atau semua yang membuat keputusan pada waktu itu!

Tetapi seharusnya kita redha dengan segala ketentuan Allah. Semua kesan daripada keputusan yang disyurakan walaupun mungkin bukanlah yang terbaik di mata kita, namun pastinya ia baik di pandangan Allah swt. Jika adapun kesilapan atau kekurangan pada keputusan syura kita dahulu itupun, ia mungkin gagal atau susah oleh Allah swt kerana Allah mahu mendidik kita dengan kegagalan tersebut.

Oleh itu, aktiviti atau program sedia ada yang dikira kurang memuaskan atau bermasalah itu harus dianalisis mendalam dan dibuat penambahbaikan atau pengubahsuaian jika perlu (post-mortem). Jika benar-benar ia harus dihapuskan atau tidak diteruskan, maka barulah ia ditetapkan sebegitu.


Rumah siap, pahat berbunyi..?

Ini merupakan situasi yang biasa berlaku sekiranya sesuatu meyuarat itu dijalankan dengan ahli-ahlinya yang tidak faham matlamat mesyuarat. Sesuatu keputusan yang diputuskan di dalam sesebuah mesyuarat sebaiknya mendapat redha semua. Walaupun hanya ada seorang yang tidak bersetuju dengannya, sebaiknya disuarakan apa sebab dan alasan di sebaliknya. Menjadi tanggungjawab ahli mesyuarat untuk menyelesaikan hal ini, sehingga semua benar-benar redha dengan keputusan tersebut.

Sukar untuk puaskan hati semua? Memang benar. Tetapi, jika alasan dan sebab yang disuarakan oleh ahli yang seorang itu memang logik dan bernas, seharusnya ia diambil perhatian. Jika sebaliknya, maka tidak mengapalah.

Oleh itu, pastikan selepas syura, redha menjadi komponen utama di dalamnya. Maka, dengan keredhaan itu, kita akan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah swt dan tiada lagi cakap-cakap belakang.


Be professional (lillahitaala)

Orang kata, “be professional”, atau “no hard feelings”. Ya, sebaiknya begitu. Jangan disimpan dendam. Walaupun begitu, ia bukanlah lesen untuk kita bercakap dengan bahasa yang kasar atau tidak beradab semasa di dalam mesyuarat. Orang Islam atau orang timur tetap ada adab sopannya.

Lagipun, kata-kata yang penuh dengan emosi negatif, ego tinggi, mahupun tanpa budi bahasa sangat menyakitkan hati. Akhirnya, idea yang baik tidak akan nampak dicelah-celah bahasa yang kurang sopan itu dan dibayangi sikap kurang ajar penuturnya. Ingin sekali saya kongsi sikap profesional sesetengah orang arab dalam mesyuarat. Mereka mungkin kelihatan seperti bergaduh semasa di dalam mesyuarat. Yalah, masing-masing mahu mempertahankan idea yang dirasakan baik untuk semua. Walaupun begitu, di akhir mesyuarat mereka akan berjabat tangan, berpelukan dan berbaik semula. (khalas, finito, 0-0, No hard feelings).


Tanggungjawab semua

Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua, khususnya muslim untuk cuba menyucikan hati masing-masing supaya dapat menjadi ikhlas dan telus dalam setiap pekerjaan kita. Hati yang suci bersih pastinya lebih tenang. Bukankah pekerjaan kita ini adalah ibadat? Jadikan setiap perbuatan kita Allah-centred dan cuba mengikuti jejak langkah Rasulullah dan para sahabat. Tiada yang mustahil! Jika tidak sesuai untuk diikuti pada zaman ini, masakan Allah menurunkan Rasulullah sebagai contoh teladan kita? Semoga dapat keredhaanNya.
Selamat bermesyuarat!

Sunday, 5 September 2010

ukhti raihana yang disayangi..


Ya Allah, aku bersyukur sempat berkenalan dan bersaudara dengan ukhti Raihana Zainuddin...
semoga Kau tempatkan dia di tempat yang terbaik, berada dalam kalangan para syuhada' Mu.
pemergianmu sangat2 menyentuh jiwa kami semua, membuat kami tersedar dari lena..
Sayangnya Allah kepadamu..
gonna miss ur smile and laughs sis!

(menerima cahaya hidayah, dakwah n tarbiyah di Jepun, berumur 26 thn, mengandung 4 bulan, bekerja di cari gali kerteh, kemalangan jalan raya di pantai timur, disembahyangkan di masjid indera mahkota, dikebumikan di Kuala Kubu Baru.)

Tuesday, 31 August 2010

kesian..penat...ujian..

Kesian awak..
Nak kesiankan apa? Rasa macam tak nak hilang saja lebam dan sakit-sakit ini, supaya boleh tunjuk kepada Allah kelak bukti saya menjalankan suruhanNya, menyampaikan kalimah Allah kepada awak semua.

Tak rasa susah ke?
Susah apa nya? Saya yang memilih untuk melakukannya dan kegembiraan saya adalah apabila awak rasa sebagaimana yang saya rasa, iaitu nikmatnya mendapat cahaya Islam itu dan merasa pentingnya mendokong kalimahNya.

bila kita diuji..
Bagaimana nak kenalpasti apa yang kita buat ni betul atau tidak? Kenapa kita diuji dan rasa susah sangat nak buat benda baik ni? Ada saja halangan, ada saja kekangan.

Senang saja. Tanya pada Allah swt. (bukan orang ya? sedangkan ibubapa kita sendiri pun, walaupun hanya mahukan yang terbaik untuk kita, namun mereka masih juga manusia yang bisa melakukan kesilapan) Rujuk pada sirah. Baca kisah sahabat. Adakah mereka hidup bersenang-lenang? Adakah mereka tidak mahu ambil risiko? Duduk berdiam diri saja? Hanya ambil yang best dalam Islam, dan buang yang tak best atau memenatkan. Contohnya hanya ambil ayat best dalam Quran manakala ayat jihad dibuang saja.

Kita lihat kisah sahabat yang sanggup bersusah payah mencari ilmu sehingga terjual, menjadi hamba. Salman al-Farisi sanggup mengambil risiko meninggalkan kampung halaman, dan kepercayaan ayahnya dan masyarakatnya yang menugaskan dia menjaga api majusi demi mencari kebenaran. Kita lihat kisah saad bin abi waqqas yang berjuang untuk Islam, walaupun ditentang oleh ibu kesayangannya sendiri. Mengapa harus kita goyah dengan sedikit cabaran dan ujian?

Bagi yang pernah melalui jalan ini. Bayangkan apa akan terjadi jika tidak mengikut jalan ini. Bayangkan apa yang anda kehilangan, kerugian, jika tidak meneruskan perjuangan ini. Mahu menjadi sisa lebihan di dunia sahaja? Mahu menjadi muslim yang sekadar cukup makan sajakah?

Doakan kami terus berjuang!

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani

Thursday, 5 August 2010

berpaling dan meninggalkan..??

Katamu terasa mahu saja meninggalkan jalan ini dan hidup seperti dahulu. Seperti orang biasa. Menjadi orang baik yang biasa.

Wahai akhawat, sanggupkah kamu meninggalkan saudaramu ini?

Kita bersama-sama melalui jerih payah itu suatu masa dahulu. Kita sama-sama merasai kemanisan iman itu suatu masa dahulu. Ingatkah kamu betapa merasa diri kita terpilih saat dibukakan mata, telinga, dan mata hati kita? Sanggupkah kamu meninggalkan semua itu?

Oh, atau kamu tidak pernah merasakan kemanisan itu? Kamu hanya merasa kepayahannya? Lalu mahu meninggalkan terus jalan ini?

Adakah kamu mengatakan bahawa Allah tersalah memilih kamu sewaktu dulu?

Biarlah jika kamu merasakan kami tidak bererti apa-apa kepadamu. Biarlah kamu katakan kami lupa padamu. Namun jangan sampai kamu mengatakan Allah lupa kepadamu.

Jalan ini memang tak memerlukanmu. Tapi kamulah yang memerlukan jalan ini.

Akhawatku, jalan ini memang sukar. Tapi aku yakin kamu mampu melaluinya. Biarpun terpaksa sendirian menongkah arus (secara fizikalnya sahaja) kerana wahai akhawatku, kamu sentiasa berada di hatiku, sentiasa kuingat dalam doa rabitahku.

akhawatku, jangan sesekali berpaling. Jangan kau berpaling sama seperti isteri Nabi Lut,kerana pasti kau akan terpedaya.

"hidup mulia atau mati sebagai syuhada"

Monday, 26 July 2010

islamist? what is that?

baru lepas geram baca satu blog entri lama daripada seorang yang dikenali dan juga menonton dokumentari tentang sky kingdom ayah pin itu...
isyy..benarlah bila dikata orang islam sendiri menjadi fitnah kepada Islam. ini dah kes teruk nih. kalau selalunya melihat muslim lebih rela hidup dengan cara hidup jahiliyah berbanding islam. lebih rela dilihat sebagai nakal dan jahat berbanding baik dan dicintai Allah (yang dirasakan tak cool langsung), saya boleh terima lagi. tapi melihat para cerdik pandai memberi komen ntahpape, saya rasa geram betul..

when they say "islamist", what the heck is islamist? there's no such thing as islamist lah! the only label that we should have is muslim. fullstop. and he said theres no harm with those villagers believing ayah pin? harmless? it is said in the Quran, when people started to abandon Allah, not practising their nature; which is Islam, then these kind of people will destroy the world..the whole world..!

and then this blogger list out all her worries of cannot do this and that.seems like she is afraid of islam. she should read the book : islam yang seharusnya difahami..
sangat sedihlah melihat orang sebegini..dan mereka menyebarkan ideologi mereka yang salah itu..apa nak jadi ni?

Tuesday, 6 July 2010

takkan surut, walau selangkah, takkan henti walau sejenak!

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci, tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga

Lagu : Gelombang Keadilan
Penyanyi : Shoutul Harakah

nota kaki : lagu feveret rentak march, tapi mampu buat airmata saya menitis. jangan salah faham, saya bukan ahli PKS indon mahupun PKR malaysia. saya hanya hamba Allah yang mahukan hidup mulia dgn Islam dan mati syahid dengan Islam.

Monday, 14 June 2010

book craze

ya, book-craze adalah satu benda yang memang wajib ada dalam diri muslim..lebih tepat lagi - bookworm..tapi mereka yang sudah mendapat tarbiyah islami, bukan hanya harus gila buku, tapi menghadam dan memproses serta menggunakan segala kebaikan yang dia dapat daripada buku yg dibacanya itu kepada pembangunan ummah..(bukan untuk diri sendiri saja okeh??)

baek, ni dia senarai buku yang tak habis-habis dibaca since tahun lepas dan ditambah dgn buku baru tahun nih!
aim untuk cuti sekolah ni, habiskan buku wajib baca dulu..
1. the sealed nectar - safiurrahman al mubarakpuri (chaiyok2..bku ni wajib habis patutnya setahun lepas..isy2)
2. men around the messenger (lum habis baca lagi ada hati nak baca buku children around the messenger)
3. nyanyian dan muzik menurut perspektif AQ dan sunnah - qaradawi
4. Islam at the crossroads - muhammad asad (dok baca dlm lrt, komuter, tak habis2, padahal nipis je)
5. rububiyah, uluhiyah dan hakimiyah: paksi akidah, bukan mengkafirkan sesiapa - ustaz alias othman (buku ni dah lunyai sebab dok usung dalam handbag je)
6. syarah doa rabithah - muhammad liili nur aulia (haha, mesti boleh abis punye, tapi rasa mcm nak buat mindmap buku ni lah..hehe)
7. cinta di rumah hasan al banna (dah nak habis dah baca buku nih..yeay!)
8. buku2 rujukan Pendidikan Islam SPM dan PMR (haha..yep, saya usung di dalam keta dan juga ada di rumah..)
9. alquranul kareem (ha, yang ni kene sentiasa baca dan fahami)
10. dan bermacam2 buku lagi..yang tak boleh dinyatakan di sini, atau tak larat nak dinyatakan di sini..

btw, arituh gi READ bookfair kat mines, beli 2 buku je utk budak skolah saya. tak cukup duit lah..hajat di hati nak beli banyak lagi buku kanak-kanak, maklumlah offer sangat bagus!!

then gi Fajar Ilmu Baru kat wisma yakin. konon nak ajak adik2ku tengok buku..last2 saya yg terbeli banyak buku..nak beli RS(riyadussolihin), tapi takjadi sbb tak cukup duit, aku tukar beli buku2 utk adik2 ku di US. lagipun ada versi e-book RS. tapi nak berlaku adil tak cukup duit pulak, camane ek? ada 5 je, sedangkan adik2 kat sana ramai daa..isyy..nampaknye tak jadi bagi kot?? huhu..sian adik2ku..cane neh??

pastu nampak banner jualan buku di Perpustakaan awam bandar baru bangi..isyy..tak boleh jadi ni..poket dah berkurangan, banyak lagi perbelanjaan lain..takpelah wahai anak murid ku..next time ya cikgu beli lagi buku untuk pusat sumber sekolah?

oh ya, satu lagi, skrg saya dah jadi tokey buku..dah mula bisnes dgn stormreader insyaAllah utk pasarkan buku2 telaga biru. sapa nak order boleh kontek saya..huhu..tgh bajet2 jugak ni nak beli buku untuk diri sendiri..terpesona jap tgk buku 101 kisah dari alquran oleh ust.zahazan..isyyy..

doakan sy dpt habiskan baca..yeayy!!

Monday, 7 June 2010

KEMPEN KEMBALIKAN MARUAH : TAPIS TV!


Salam buat saudara seislam.

Kita selalu menonton tv bersama keluarga. Tapi malangnya kita tidak menapis apa juga kandungan rancangan tv yang kita tontoni. Jika kita benar-benar bencikan masalah pembuangan bayi dan masalah social (atau lebih tepat lagi masalah zina) di dalam Negara kita, mengapa kita masih lagi mampu menonton aksi pelakon bercumbuan atau TERGELAK menonton kisah hubungan terlarang di kaca TV?

Lihat saja kisah Desperate Housewives yang terang-terangan menceritakan kisah hidup seks yang bermoral rendah, malah dikutuk Allah. Adakah kita membiarkannya sahaja kerana menganggap rancangan tv yang ditonton hanyalah sebuah cerita dan berlaku di luar Negara, dengan pelakon yang bukan Islam?
Atau kerana rancangan tersebut mendapat KLASIFIKASI U dan keluarga kita sudah cukup dewasa?
Bagaimana mungkin anda mampu membiarkan saja saudaramu menonton video muzik yang secara terang-terangan MEMPROMOSI aksi lucah, kehidupan hedonism, dan baju yang tidak serupa baju?

Kita juga masih mampu tergelak menonton kisah madu poligami yang terang-terangan mempromosi poligami yang salah dan tidak diredhai Allah? Tak kiralah samada ia bahan import dari filem hindi, US, ataupun tempatan. Kita sudah cukup dewasa untuk menilai yang baik dan yang JELIK. Atau lebih tepat lagi, DOSA dan PAHALA.

Kita sedia maklum impaknya terhadap fikiran, jasmani dan ROH kita. Tanyalah diri sendiri, apa impak yang telah ia bawa ke dalam diri kita? Sama ada NEGATIF (membuat orang berkhayal, daya ingatan lemah, dsb.) , ataupun tiada apa-apa yang positif langsung. Jika tiada yang positif langsung, maksudnya ia adalah SIA-SIA.

Jikalau diumpamakan membuat PERNIAGAAN, ia seperti mendapat kerugian atau tiada keuntungan langsung. Mahukah kita meneruskan perniagaan seperti itu? tambahan lagi sekarang Kiamat makin dekat. Kiamat kecil (kematian) kita pula entah bila-bila masa sahaja. Apa yang KITA ADA untuk dipersembahkan kepada Allah?

Jadi saya ingin mengajak semua bersama-sama ikut KEMPEN KEMBALIKAN MARUAH : TAPIS TV! ini. Jika rancangan tv yang anda tontoni ada bau-bau DOSA dan SIA-SIA, terus TUKAR kepada rancangan yang lebih bermanfaat kepada minda dan ROH anda. ATAU tutup sahaja TV tersebut.
Jangan GADAIkan maruah, masa, minda, dan pahala anda dengan aktiviti tidak bermoral ini. Sekian.

SELAMAT BERJUANG. LILLAHITAALA.

Saturday, 5 June 2010

Quotes - Ep.2

al-Quran adalah (gedung yang mengandungi semua perkara);
ajaran agama,
ilmu pengetahuan,
kebudayaan,
dan SENI.
ia menguatkan ROH,
memberi kepuasan kepada AKAL FIKIRAN,
membangkitkan kesedaran DALAMAN,
memberi keupasan kepada JIWA & PERASAAN
serta menggilap KEMAHIRAN lidah
- Dr. Yusuf Qaradawi..

(sudahkah anda merasa semua yg dikatakan Qaradawi? kalau belum, mungkin kita belum benar2 hayati AQ)

Tuesday, 25 May 2010

Quotes Ep.1

"It was not any particular teaching that attracted me [to Islam], but the whole wonderful, inexplicably coherent structure of moral teaching and practical life programme. I could not say, even now, which aspect of it appeals to me more than any other. Islam appears to me like a perfect work of architecture. All its parts are harmoniously conceived to complement and support each other; nothing is superfluous and nothing lacking, with the result of an absolute balance and solid composure."

- Muhammad Asad (Leopold Weiss)
author of Road to Mecca

Friday, 14 May 2010

bangun setelah tersungkur

dari hari tu dok mencari tulisan yang lepas. mana ntah? rasanya ada tulis untuk blog, tapi kenapa tak jumpa ya? hari tu tulis tentang al-Quran. hmm..kene cari lagi lepas ni. atau mungkinkah saya pos di blog lain? atau dalam mimpi..

alhamdulillah tadi berjumpa orang2 yg wajib saya jumpa. saya diamanahkan mereka.
alhamdulillah, saya sudah kembali...

saya sudah tersungkur lama..hampir 2 bulan..hidup dalam keadaan caca-merba di dalam hati. banyak sangat bisikan hinggakan merasakan banyak benda yang kelihatan tidak releven. seperti mahu memutarkan hidup diri ini 180 darjah. atau lebih tepat lagi, melumurkan diri dalam lumpur semula.. (read: sayyid qutb muqadimah fi zilal quran).

saya berperang setiap hari, setiap ketika dengan perasaan diri ini.. waktu itu timbullah segala perasaan...yang paling kuat adalah perasaan bersalah dan menyesal..yup,terasa seolah-olah sangat teruk..banyak hak tidak tertunai dahulu..keikhlasan diri dipersoal..dan membenci kebaikan, mencari alasan, dan menjauhi saudara-saudaraku dalam perjuangan ini..astaghfirullahalazim..

kemudian beransur pulih, alhamdulillah..waktu mula pulih itu, saya memikirkan untuk meninggalkan cabang ini..dan beralih ke cabang baru..namun tidaklah meninggalkan terus kerja saya ini..

tapi kini, saya ingat mahu stay di sini selagi boleh. jika diperlukan di cabang baru saya tak akan menolaknya..

Wednesday, 21 April 2010

Sending Wrong Messages??



Pernah tak anda berjumpa dengan seseorang yang sangat membuatkan anda tidak selesa berinteraksi dengannya,tanpa sebab yang munasabah?

The person you met not only make you feel uncomfortable, but also sometimes can be very intimidating?

These are the kind of people that made you really nervous and make you think twice before you speak. The look in their eyes, their gestures always make you feel like what you say is always wrong. And it seems like you are trying hard to convince them every time you speak, even when you do not need to.

Well, I have met these kind of people and I do not only pity myself, but I pity them too. Why?

I think they are the kind of people who always send wrong messages. Wrong gestures, wrong pitch, or wrong body language. People like this always had problem when interacting with others.

They are usually a loner or always being misunderstood. Miscommunication is something usual for them. People misunderstood them for being angry or mad when they are not. Or frustrated when they are not, or their stare would make people think they are jealous when they are not.

I saw this problem in one of my year one student. His eyes, his frowns are being used at wrong places. Sometimes he frowns for no reason.

I have a very close friend having this problem too. After I had analyzed her body language, identifying her problem, then only I realized why people always misunderstood her and shone her. But until now, I still do not have the courage to tell the person about this. Please pray for me. Saya sangat berharap dia dapat terima teguran saya suatu hari nanti.

What made me want to write this is when I remembered about my meeting with another friend last weekend. She is the kind of person who made me feel very intimidated. I just could not tell her straight. I would avoid her. I also can see some of my friends feel the same way too.
why does it happen?

Is the problem is in her ; sending the wrong messages? Or myself; the matter of me not knowing her well and trust?

Another question I would like to throw to you out there who know me.
Am I intimidating? huhu..
I really hope not, cause this would shove people away from me and would not open up to me. do tell me the truth ok? even if it hurts..ehehe..

Please respond okay? thank you

Wednesday, 24 March 2010

Taking Off the Hijab

Taking Off the Hijab

Posted using ShareThis

tersasul

satu hari, saya diberi amanah untuk menyampaikan satu pengisian kepada sekumpulan kecil pencari hidayah (woho!). saya hanya menyampaikan dan menerangkan satu kertas syarahan yang hebat oleh abul a'la al-maududiy. kenal tak siapa maududiy tu? ha, dialah seorang genius yang sangat bagus menggunakan ke'genius'annya untuk kebaikan seluruh umat, membawa manusia kembali ke fitrahnya, iaitu menjadi hamba kepada Allah dan khalifah di muka buminya. beliau mengajak manusia kepada Islam.

apapun, saya nak cerita, sewaktu menyampaikan pengisian, tiba2 mulut tersasul; "cikgu..ooppss, akak! hehe"
adeh. tersasul. habis bebudak tu mengangguk; "ye cikgu!"

esoknya kembali ke sekolah untuk kelas tambahan. kemudian datang la 2 org anak murid ni ke kereta saya dan cakap; "isy, cikgu ni macam nak lari dari rumah je. banyaknya barang dalam keta ni?"
kemudian saya pun jawab; "ala, akak..oopppss..cikgu sebenarnya.."
adoi. tersasul lagi daa..

haha..dulu2 tersasul kat rumah saya membahasakan diri akak dengan emak, sedangkan sepatutnya adik!! dan kemudian di asrama pulak, lepas cuti lama di rumah,tersasul pulak dengan housemates membahasakan diri adik..hihi..tak sedar diri dah tua..

moral of this story? hehe..entahla..saja nak cerita yang kita ni memegang banyak peranan dalam hidup ni. memang kena sesuaikan diri..

Wednesday, 10 March 2010

masalah sosial atau masalah iman?

wah, tulis title ni, teringat pulak kat anak buah sorang tu yg namanya muhammad amirul IMAN. moge iman terus terpancar hingga akhir hayatmu nak!

ok, back to the real thing.
masalah sosial tu apa?
saya lebih suka buat begini:
masalah sosial = masalah akhlak = masalah IMAN!! (huhu..nampak sangat kenapa saya fail math masa STPM dulu!)

orang suka sangat membumikan kata-kata yang negatif hingga menjadi sederhana dan nampak neutral. contoh mudah: ZINA = seks bebas.
anda faham sekarang? ya, mereka membuatkan sesuatu perkara itu nampak neutral dan tidak negatif. satu mainan fikiran. ghazwul fikr juga ini.

apapun, masalah sosial sangat berkait rapat dengan masalah iman. orang yang tidak mempunyai masalah iman, pastinya tidak akan menghadapi masalah akhlak/sosial.
gejala sosial yang negatif tidak akan selesai dengan sekadar kuatkuasa undang2 atau membina pusat2 futsal atau trek lumba (merujuk kepada langkah satu kerajaan negeri ini untuk mengurangkan gejala mat rempit di negerinya...
tolong lihat lebih mendalam lagi masalah ini. segalanya berbalik kepada ad-deen kita.

pernah tak terfikir kenapa Islam dipanggil sebagai cara hidup (ad-deen), dan bukan sekadar agama (religion)??

mode: dgr lagu perjuangan by saff one. "tulis blog sambil tgh tunggu amik mood nak tulis lesson plan utk hari sok yg busy..huhu..lambatnya!!this is so me!!!"

Friday, 26 February 2010

saya solat dulu ya?

“kak, saya solat dulu ya?”
“ok!”


adik ni dah lama tunggu kakak ni yang terkial2 mengadap kerjanya atau baru sibuk2 nak makan time azan sudah berkumandang..

siannya adik ni tunggu kakak itu..

isyyy…sian jugak kakak itu...
yang tak sedar dia sedang merugikan diri sendiri..terlepas peluang dpt banyak pahala dan hikmah bersolat secara berjemaah..

janganlah lepaskan peluang ini. bersegeralah bersolat. nak makan pun, cukuplah alas perut dulu..
manage lah masa itu sebaiknya agar masa solat dapat disegerakan.lagipun solat kan hari2. takkan tak boleh nak manage siap2 kot??
(mengingatkan diri juga yang sering lupa)

Tuesday, 16 February 2010

Anak-anak yatim berkeliaran menjual kalender : apa alternatifnya?

Selalu kita terserempak dengan anak-anak kecil ini meminta derma. Atau menjual barangan seperti kalendar dan lain-lain.
Alhamdulillah, ini satu peluang untuk kita menderma.
Namun timbul di benak hati kita kasihan.

-- Sampai bila kita nak beli kalendar atau kismis dengan mereka atas dasar kasihan dan mana sempat je?
--Kenapa dibiarkan masa mereka berlalu sebegitu di waktu mereka sepatutnya gunakan untuk pembelajaran?


Alhamdulillah, timbul beberapa idea yang saya kira boleh menjana pendapatan rumah anak-anak yatim ini dengan lebih efektif sekaligus membantu anak-anak kecil ini belajar secara tidak langsung. Mungkin juga idea ini telah dilaksanakan di sesetengah tempat, namun saya benar-benar harap ia dikembangkan lagi, agar kita tidak akan lihat lagi anak-anak itu berkeliaran menjual kalendar ini dan terdedah kepada bahaya, malah akan mendapat pendapatan yang lebih tetap dan teratur.

Saya puji sesetengah pengendali rumah anak-anak yatim yang sangat kreatif dan bagus dalam menjana pendapatan rumah tersebut sehingga mampu berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri. Contoh terdekat saya lihat sebuah pusat tahfiz untuk anak-anak yatim di sg merab ni. Lupa pula namanya.

Saya juga puji usaha PEYATIM dan badan-badan lain yang mengelolakan pelbagai program untuk membantu anak-anak yatim ini. Saya mengajak orang ramai di luar sana sumbangkan wang gaji bulanan anda untuk disalurkan kepada rumah anak-anak yatim yang terdekat. Jika tidak pun, buat skim potongan gaji seperti yang dikendalikan oleh PEYATIM.

Baiklah, kembali kepada idea tadi. Katakunci bagi semua idea ini adalah: KEUSAHAWANAN/ENTREPRENEURSHIP

ha, bagaimana tu?

Idea 1: ART TERAPHY + ART CLASS = YOUNG ARTISTSE/CRAFTSMEN /ENTREPRENEUR
Idea 2: GARDENING + TERAPHY = USAHAWAN TANI


Pertama: kita dapatkan guru-guru, para peminat kraf, secara sukarela mengajar anak-anak ini bidang seni visual seperti lukisan, kolaj, senireka grafik, komik, poster, origami, glass painting, seni tulisan khat, membuat gelang manik, anyaman, catan. Melalui cara ini, anak-anak ini dapat meluahkan kreativiti, dan mengekspresikan diri melalui seni. Inilah dia satu bentuk terapi kepada anak-anak ini.

Kedua: dapatkan modal untuk penghasilan karya-karya anak ini. Buatlah penanda buku ke, lukisan ke, tulisan khat ke, ukiran ke. Apa-apalah produk untuk dijual.

Ketiga:
bentuk kelab usahawan muda di rumah anak yatim masing-masing. Dapatkan sukarelawan dewasa untuk membantu memberi panduan kepada anak-anak ini membuat perniagaan. Pernah lihat bagaimana pandu puteri di Amerika menggalakkan keusahawanan di kalangan anak-anak kecil dengan menjual cookies? Ha, itu jual je. Tapi kini kita mungkin tak perlu suruh anak-anak ini menjaja cara lama. Kasihan mereka. Kita mahu orang membeli bukan kerana sekadar simpati, tapi sebab mereka mahukan produk itu juga.

Keempat:
bina website/ blog untuk promosi barangan/produk mereka.

Kelima: anak-anak ini juga boleh digalakkan bercucuk tanam di kawasan rumah anak yatim mereka. Sayur-sayuran, ubi, dan buah-buahan. Bukan sekadar menanam untuk support makan sendiri, tetapi juga untuk jualan di pasaraya besar. Bila kita nak jadi usahawan tani, maksudnya harus bersungguh-sungguh. Dapatkan tanah, baja,branding, dan harus ada yang pandu anak-anak ini. Saya yakin ramai orang yang mempunyai ilmu, wang, dan tenaga di luar sana yang sanggup mengajar anak-anak ini cara menjadi usahawan tani yang berjaya.

Keenam: ha, apa lagi produk boleh dihasilkan? Kalau dulu, ada anak-anak jiran kami jual dadih buatan sendiri masa cuti sekolah. Jual air minuman, dan juga sandwich di gerai diperkarangan masjid. Comel je.

Apapun, jangan sampai salahguna tenaga budak-budak ini, mengganggu waktu belajar mereka. Yang penting niatnya untuk kebaikan anak-anak ini, bukannya untuk keuntungan semata-mata. Di samping itu memberi peluang kepada komuniti sekitar membantu anak-anak ini berdikari dan mempelajari sesuatu. Galakkan minat keusahawanan dalam diri mereka di samping menggalakkan kreativiti mereka.

Apa macam? Ada minat? Sebar-sebarkan lah idea ini.

p/s: sape nak tolong saya karang kertas kerja nak bagi kat peyatim/skuad puteri/yayasan albukhary?

Sunday, 14 February 2010

hadis biji benih trivia Q answered!

Berikut adalah yang dipostkan di FB.
hadis biji benih: Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"jika akan berlaku kiamat dan pada tangan seseorang kamu itu ada anak benih, jika dia mampu untuk menanamnya sebelum berlaku kiamat itu, maka tanamlah."

trivia 1: Nabi tgh nazak time tu, & yet he planted the seed..for real!
trivia Q: pernah terfikir tak kenapa suh tanam anak benih? why not suruh beribadat, bertaubat nak kiamat tu?? haa..sape nak try jwb?


Ramai yang tertanya-tanya (chewah, saya yang perasan ramai..ehe) apakah jawapannya?

Hmm..baiklah, merujuk kepada Buku Hadis Pilihan oleh Muhammad Qutb, seperti yang diceritakan semula oleh seorang ukhti, dan menurut kefahaman yang sampai kepada saya, begini ceritanya.

“pastinya ramai yang merasa pelik dan tertanya-tanya, jika esok nak kiamat, kenapa tak kata sucikan diri dan bertaubat je? Malah, disuruh tanam benih? Esok dah kiamat, dah tentu tak sempat nak tengok benih tu tumbuh dan mendapat hasilnya. Betul tak?

“Ha, itulah pemikiran biasa seorang muslim yang sering disogokkan dengan pemikiran dan cara hidup sekular. Perasan tak bahawa kita semakin sekular? Kadang-kadang kita rasa amal ibadat khusus seperti solat kita terpisah dengan kehidupan sebenar. Contohnya, tak nampak pun apa kesannya kita solat? Tak rasa pun bahawa sepatutnya solat yang cukup khusyuk dan teratur, tepat pada masanya adalah dos yang secukupnya untuk memberi kita tenaga, kerehatan, dan iman untuk meneruskan kehidupan kita sehingga tiba waktu solat yang berikutnya untuk recharge semula.
Jika kita memisahkan ibadat dan tidak merasakan seluruh kehidupan kita adalah ibadah, maka, hidup kita tak ubah seperti golongan sekular lain.”

“di sinilah istimewanya Islam. Islam yang sepatutnya kita fahami, yang menyatakan bahawa kita meniti jalan dunia untuk menuju jalan akhirat. Tiada pemisah atau persimpangan antara kedua jalan ini. Ia adalah satu penyatuan yang jernih. “

“tanam biji benih adalah simbol kepada kerja. Pentingnya kerja ini dilakukan sehingga ke detik akhir kehidupan di dunia ini kerana ia adalah sebagai ibadah! Disebabkan oleh itulah Rasulullah menyuruh kita menanam benih itu, kerana kerja itu akan membawa kita kepada tujuan hidup kita, untuk kembali kepada Allah di syurga kelak. Dengan kerja itu kita mengagungkan dan menyembah Allah swt, malah, lebih baik lagi, membawa orang-orang lain di sekitar kita ke arah yang sama. Itulah ibadah yang sebenar!

“point seterusnya adalah betapa pentingnya kita meletakkan mindset buat sungguh-sungguh kerana Allah suruh dan seterusnya memulangkan segala pengharapan dan tawakal kepadanya. Redha dengan segala ketentuanNya. Tak perlu menunggu hasil tuaiannya, yang penting buat kerja. Hasilnya, baik atau buruk, berserah kepada Allah swt. Di sinilah timbulnya keikhlasan kerana Allah dan sifat ihsan. Iaitu membuat sesuatu dengan tidak mengharapkan balasan mahupun hasil. Yang penting adalah usaha bersungguh-sungguh, manakala resultnya atau hasilnya biarlah Allah sahaja yang tentukan. Barulah hati rasa tenang tenteram dan tidak kecewa.”

Oleh itu, jalankanlah tanggungjawab dan kerja kita sebagai ibadat dan amal harian terbesar kita. Buatlah sebaik mungkin! Yang menariknya, Rasulullah sendiri menanam benih tersebut di waktu itu juga, di saat beliau dah nazak..!

“kembali kepada persoalan sekular tadi. Kita tidak pula melihat Abdul Rahman bin Auf sebagai peniaga sahaja, tapi kita lihat beliau sebagai muslim yang berniaga. Malah, ramai lagi tokoh-tokoh Islam hingga kini yang Berjaya dalam bidang masing-masing. Namun yang pentingnya, mereka membawa nama Islam di hadapan mereka lebih daripada segalanya dengan penuh izzah (bangga) dengan kemuliaan yang dibawa oleh Islam ke dalam hidup mereka yang dahulunya penuh dalam kehinaan.”

Sekian. Plant those seeds now ok?
plant it for Islam, and most importantly, for yourself.
May Allah bless us all. Wallahualam.

p/s:kepada sesiapa yg lebih ahli, silakanlah tambah atau membetulkan info dalam post ini.

Wednesday, 27 January 2010

kewajipanmu..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Jika mereka berpaling, maka (ingatlah) kami tidak mengutus engkau sebagai pengawas bagi mereka. Kewajipanmu tidak lain hanyalah menyampaikan (risalah). Dan sungguh, apabila kami merasakan kepada manusia suatu rahmat dari Kami, dia menyambutnya dengan gembira, tetapi jika mereka ditimpa kesusahan kerana perbuatan tangan mereka sendiri (niscaya mereka ingkar) sungguh, manusia itu sangat ingkar (kepada nikmat)
Assyura 42: 48, al-Quran

kefahaman saya:
kita menyampaikan sahaja dengan bersungguh-sungguh. jangan bersedih hati atau marah jika mereka berpaling. tugas kita hanyalah menyampaikan.. selebihnya urusan Allah. berserah kepadaNya

Wednesday, 20 January 2010

Orang Islam pun iSLaMoPhoBia ke?

Membaca tentang islamophobia di sekitar dunia memang menakutkan. Sangat menakutkan apabila mendapat tahu ramai di luar sana mendapat pandangan yang salah tentang Islam. Sangat menyedihkan kerana mereka terselindung daripada kalimah al-haq.
Islamophobia=takut pada Islam dan orang islam.

Kenapa mereka takut? Senang saja, mereka melihat Islam sebagai satu ancaman besar kepada keselamatan dunia, ancaman kepada budaya dan kebiasaan yang selama ini mereka pegang.

Masakan tidak, mereka melihat terrorist memakai lencana Islam.
Mereka membaca novel biografi tentang orang Islam yang teraniaya di bumi sendiri, yang kononnya mengikut undang-undang Islam (walhal diselubungi pengaruh budaya dan adat resam yang jauh daripada nilai-nilai Islam).

Mereka nampak orang yang mengucapkan syahadah berubah meninggalkan seluruh dunianya dan keluarga. Itu yang mereka nampak dengan pandangan yang sangat naïf.
Sudahkah anda menonton filem fitna? Memang sedih. Sedih.
Doa banyak-banyak semoga orang-orang ini yang menentang Islam dibukakan hatinya menerima Islam suatu hari nanti. Semoga mereka akan menjadi laksana Umar al-Khattab setelah faham Islam.

Apapun, kembali kepada topik. Islamophobia di Malaysia sendiri?
Ya.
Oleh orang Islam sendiri? Ya.

Ramai di kalangan kita sangat takut dengan gerakan Islam. Betul atau tidak?
Mereka lebih rela anak mereka atau kawan-kawan, atau adik-beradik mereka pergi berjalan-jalan bersama rakan-rakan minum teh tarik, tak kira lelaki perempuan daripada menyertai halaqah usrah dan program di masjid-masjid. Mereka lebih senang memberi kebenaran aktiviti mendaki bukit, annual dinner, martial art class dan sebagainya.

Jika program yang islamik sedikit, pertanyaan mereka akan jadi sangat detail tentang latar belakang penganjur, penceramah diiktiraf? tempat, dan lain-lain. Umpama soal siasat. Takut benar mereka dengan ajaran sesat, dan mazhab lain. Pada mereka, cukuplah anak mereka tahu solat dan beribadat.

Cukuplah pakai tudung. Tak perlulah lebih-lebih. Tudung labuh-labuh tu tak payah lah. Tak payahlah alim sangat. Nanti dah taknak pula salam tangan dengan saudara-mara lelaki, taknak pergi parti.

Cukuplah pergi sekolah agama, supaya tahu baca doa dan jadi imam solat, tak perlulah ikut halaqah, nanti terganggu pula pelajaran. Dakwah dan pelajaran Islam tu tanggungjawab ustaz, dan para alim ulama’ je, tak perlulah kita sibuk-sibuk.
Tak perlulah memandai-mandai nak baca terjemahan al-quran, nanti sesat pula. Uikks??

Mana lebih sesat? Tak baca maksud quran langsung atau baca maksudnya? Takut sesat? Sebab tulah kena berguru, pergi majlis ilmu. Baca jelah terjemahan tu, takut tersalah faham, Tanya jelah ahlinya.

Pelajaran dunia, pencapaian material lebih besar dan penting kepada semua. Islam hanyalah pada part ibadat. Dan kemudian perkahwinan sikit. Kalau adapun kemudian akhlak sikit. Dah. Itu saja. Pelaksanaan halaqah, usrah, program Islamik tidak dilihat sebagai usaha pendidikan terancang untuk makhluk Allah bernama manusia menjadi hamba Allah yang sebenar, yang menjadi individu muslim yang cemerlang.

Cukuplah hanya dengar ceramah sekali-sekala di masjid atau televisyen sebagai input. Entah dilaksanakan entah tidak. Kadang-kadang ketawa terbahak-bahak dalam ceramah, atau menangis mendengarnya, tetapi kemudian, tidak ambil pusing atau aplikasi pun apa yang dipelajari di dalam ceramah itu.

Apa nak jadi?
Kenapalah takut sangat dengan perkara Islamik ni?
Anda bukan Islam ke?

Tuesday, 19 January 2010

some thoughts on : Assumptions

There are people who want to find reasons for everything. Even things that nobody who could think of the reason of it! For example, the reason behind someone’s action. Nobody can be sure the reason for it except for the person himself. But these "inquisitive" person could not stand not knowing the reason or answer for everything! To them, it is a must to find the answers - the reasons.

So, they create assumptions. Finding these reasons would be okay if you are a behaviourist, psychologist, psychiatrist or people whose work would need them to analyze people’s behaviours and action. And it would still be okay if you have positive ideas or reasons about it (positive = optimist).

A psychiatrist might analyze people and find answers and reasons for every person’s action, but they did not rely 100 percent on assumptions. They ask these people and make diagnosis before they decide. These are what we call hypotheses. Why they don’t simply rely on these? Well, because they know, false assumptions would lead to wrong decisions and then it could risk his career too!

So, why must we simply create assumptions for any person’s action without asking the person himself? You could be making false assumptions. And if you ask the wrong people (which is not the person himself), then it would be “mengumpat” – double up your wrongdoings, your “dosa”. So people, please! Never ever assume too early. Ask the person himself. Assumptions kill. It could kill your motivation, friendship, and also your whole lives in this world and the hereafter.

From what I see around me, assumptions are the number one factor for most problems between people. Never ever think badly of others.
Never ever make assumptions,
regardless of how well you know the person, or
how well you know about the situation.
Cause only God knows why. Not you!
So move away assumptions! I don’t trust you!

Sangkaan. Zhon. Assumptions.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails