Saturday, 29 August 2009

a collection of spoken words...around me

SMS between two frenz:
“Regardin the hadith u askd bout. Wut ru lookin4ekceli? Hari Kiamat (armageddon) or Palestine?”
“Tanda2mjelang Hari Kiamat n its relation 2Baitulmaqdis.”
”Owh.”


Cikgu ii:
Awak rasa kenapa ya Allah bercerita tentang Hari Kiamat banyak kali di dalam al-Quran? Hinggakan banyak surah yang tema dan tajuk nya berkisar tentang nya..untuk apa ya diceritakan? Untuk mengagak bila datangnya kiamat?



Pandangan seorang ibu:
“Bila M lihat dokumentari tentang dunia ini makin hilang segala resource untuk hidup, M rasa baik M tak yah kahwin dulu pun tak apa. Sekurang-kurangnya keturunan M tak perlu hadapi semua kesusahan itu nanti. Baik M pergi hidup sendiri dan travel seluruh dunia buat kerja kebajikan.”

Cikgu ii:
Tahu tak bahawa kadar kelahiran sangat tinggi di Palestin berbanding kadar kematian? Apa mereka dah gila ke sampai sanggup melahirkan dan membesarkan anak-anak dalam kesusahan begitu? Kemudian membenarkan anak-anak mati syahid?



Kerisauan seorang adik tentang kehebatan US :

”Kak, bagaimana kita nak menang? Mereka ada senjata yang sangat hebat. Apa kita nak buat?”

Cikgu ii:
Pernah tak dengar kisah Perang Badar? Apa yang mereka ada? Apa yang mereka buat? Adakah serangan fizikal sahaja yang kita perlu risaukan?



Kata-kata mereka yang menonton isu Palestin dalam berita:

”Isy..mereka ni tak pernah berhenti. Macamana nak aman? Asyik bergaduh sesama mereka je. Tak guna pun nak tolong mereka. Itu sebab kita tak sokong nak boikot-boikot semua ni”

Cikgu ii:
Mengapa harus mencari sebab untuk tidak membantu? Kenapa tidak selidik siapakah dalang sebenar di sebalik pergaduhan dan pemisahan ini? Tahu tak kenapa mereka berperang sesama sendiri? adakah mereka tidak sedar tentangnya?


Rintihan seorang balu dalam sebuah rancangan TV:
”Hanya merekalah kekuatan saya untuk hidup sekarang ni. anak-anak saya.”

Cikgu ii:
Ya, Hidup ini untuk apa sebenarnya? Siapa sumber kekuatan kita yang sebenarnya?


eh, kenapa tiap untuk tiap kata-kata itu cikgu ii bertanya kembali?? ..nantikan apa cikgu ii kata dalam post seterusnya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails