Wednesday, 10 June 2009

permata berharga : sukarnya meletakkan & menjaga niat


Pulangnya daripada suatu kembara, salah satu permata berharga yang saya dapati adalah pentingnya meletakkan niat yang betul dalam satu-satu perkara sebelum melakukannya. Memang benar, kadang-kala dalam melakukan sesuatu, kita terlupa niat asal kita melakukannya sehingga boleh jadi marah dan kecewa kerananya. Ada kalanya kita tersalah meletakkan niat. Akhirnya, apa yang kita dapati tidak dapat dibawa ke akhirat, malah untuk dunia sekalipun.

(……..)
Sekembalinya dari kembara, saya terdengar kisah kecewa seorang hamba Allah. Lantas saya teringat permata berharga itu. Benar, ada kaitannya dengan kisahnya.

Kali ini, dia terlupa niat asal yang sepatutnya dia letakkan dalam melakukan perbuatannya itu. Ini menyebabkan kekecewaan apabila pihak di sebelah sana memberi respon yang tidak disangka terhadap perbuatannya. Memang susah apabila seseorang membuat sesuatu di luar jangkaan kita. Memang bertambah sukar untuk diterima akal apabila dia membuat di luar kebiasaan kita. Akhirnya tanggapan negatif berlaku dan menganggap pihak sebelah sana membuat kesalahan besar (prasangka buruk tu). Sedangkan luar biasa atau ghuraba’ tidak semestinya salah.

Jika dipendam, pasti akan menjadi barah. Jika diluah, ikut pengalaman lalu, pasti ada penyesalan selepasnya. Itu pandangan umum kita. Jadi bagaimana untuk benar-benar berlapang dada dengan situasi yang mengecewakan itu?

Ada EMPAT perkara harus diingatkan:
1. Tak semua orang sama seperti kita. Tak semua orang melakukan mengikut jangkaan kita.
2. Mood dan pemikiran manusia boleh berubah sekelip mata.
3. Cuba letakkan diri di pihak bertentangan, latarbelakang hidupnya, keluarganya, pemikirannya, dan cuba fahami kenapa mereka melakukannya.

DAN kalau susah sangat pun, sekurang-kurangnya :
4. Cuba fikir semula, apa Memang sukar sebenarnya niat sebenar di hati kita sebelum itu?
Membuat perbuatan itu untuk memuaskan hati kita? ATAU
membuat kerana beranggapan itulah kebiasaan yang best, ATAU
sebenarnya nak menggembirakan pihak di sebelah sana??

memang sukar untuk menggembirakan orang lain, terutamanya apabila ia berbeza dengan idea kita tentang konsep gembira. Terutamanya apabila kita sebenarnya tidak cukup gembira.

I am happy when you are happy..!
Susah kan nak laksanakan kata-kata itu??

(to be continued……….)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails