Friday, 10 April 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan : kenapa??

”Aiyo, apesal diorang tak turun padang hari ni? Kalau macam ni teruklah kita. Kalah lagi tahun ni!”

Rungutan seorang pensyarah
Rungutan beberapa orang AJK rumah sukan
Rungutan entah siapa lagi ye? [pastinya bukan saya..hehe..]

Hari tu saya turun padang. Secara tiba-tiba. Asalnya saya taknak pergi, tapi selepas melihatkan saya ada tujuan penting untuk berada di padang, saya gagahkan jua. Kelam-kabut saya tukar baju petang tu. Kawan saya pun pelik, kenapa saya ada di situ, sedangkan tadi dia melihat saya sudah hampir hendak bertolak ke destinasi lain.

Ha, kenapa?
Kenapa orang tak nak turun padang untuk latihan rumah sukan dan sukantara?

Saya taknak jawab bagi pihak diri saya, kerana biasanya jawapan saya tak menggambarkan jawapan orang lain. Biar saya jawab bagi pihak majoriti dahulu.

KENAPA?

Sebab hujan?
Taklah. Cuaca baik je hari ni.

Sebab tak ada orang beritahu?
Jadual ada tertampal pada setiap blok.

Sebab tak ada penguatkuasaan (Kata wajib, tapi tak ambil tindakan ke atas pelajar yang tak datang pun??).
Mungkin juga, tapi itu bukanlah sebab utama.

Sebab malas? Penat? Tak minat?
Mungkin juga. Tapi tak cukup kukuh.

Di atas tu semuanya alasan kenapa orang tak turun padang hari tu dan sejak dahulu lagi. Tapi sebab kenapa tak turun, atau punca utamanya sebenarnya bukanlah seperti alasan di atas.

Orang selalu cari jawapan singkat, tapi lupa nak lihat sedalam-dalamnya apa punca sebenar kepada sesebuah permasalahan. Yang mereka tahu, nak buat:
- Gunakan kekerasan dan paksaan (nobody likes being forced)??
- Buat satu suruhanjaya baru utk mengkaji dan menyelesaikan masalah (apply kepada masalah negara.)???

Eh, sebenarnya saya bukan nak cerita pasal Kejohanan Olahraga Tahunan pun!

Macam ni, alkisahnya sekarang ni, bila disuruh buat benda yang kita tak nak buat (contohnya macam kes latihan sukan tadi), pasti kita kata:
”beri saya 10 sebab munasabah kenapa saya harus datang?”
Tapi, adakalanya bila ditanya kenapa mahu buat itu atau ini?
”Entah, saje jer, sukati saye lah!”

Bila disuruh memulakan setiap perbuatan dengan niat, dan seharusnya niat itu sandaran akhirnya balik kepada mencari redha Ilahi, kita jawab:

”Alamak, susahnya kalau semua perbuatan nak kena cari sebab, n cari relationnya dengan tujuan hidup kita dan berniat kepada Allah. Susahlah hidup macam ni!”

Jawapan sangat IRONIk bukan?
Ada kalanya buat benda tak fikir pun. Ada kalanya sengaja mencari alasan dan sebab untuk melakukannya atau untuk tidak melakukannya.
Sangat double-standard.

Manusia ni, bila diberitahu kenapa kena buat dan alasan yang sepatutnya untuk buat sesuatu benda, kalau HATi nya tetap tak mahu dan tertutup untuknya, dia tetap tidak mahu. Alasan yang diberi sekadar alasan.

Tak mampu?
Tak cukup kuat?
Tak cukup baik?

Itu semua alasan.

Hidayah sudah datang mencurah-curah seperti hujan setiap hari. Allah memberi sesuatu berdasarkan kesanggupannya. Beban yang dia boleh pikul. Itu maknanya kita memang mampu hadapinya.Tapi jika menolak dan berterus-terusan menolak hidayahnya, jangan pelik kalau suatu hari nanti dia tutup terus pintu hati kita untuk mendapat hidayahNya.
Bila tiba masanya itu, kita tak akan sedar langsung apa yang kita buat.
Hati tidak akan terdetik sedikit pun bila kita buat kemungkaran.

Nak hati yang begitu??

Hidup mesti ada tujuan yang jelas. Yang selari dengan tujuan penciptaan kita oleh Maha Pencipta. Kalau kita tak ikut panduan dan manual yang diberi, tak mustahil kita akan rosak teruk. Kerana tak ikut fitrah aturannya. Manusia pun begitu.

Jadi, apa tujuan awak hidup?
Apa tujuan awak nak pergi Kejohanan Olahraga Tahunan?
Kalau awak tiada niat yang jelas, saya nasihatkan tidak perlu.
Untuk elakkan masa awak terbazir, gunakanlah masa itu untuk sesuatu yang mempunyai niat jelas KERANA ALLAH.
Ada tak??

Ha, dah tau formulanya? Silalah gunakan untuk mengajak orang ke kejohanan olahraga tahunan tu..ahaks!

Sesungguhnya hanya Allah yang memegang hati-hati kita semua. Minta padaNya.

memasang niat? --> mencari tujuan/sebab/alasan? --> finding its purpose to hold on to!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails