Thursday, 26 March 2009

berhati-hati dengan pena (atau keyboard komputer??)

alkisah, si penulis ni selalu menulis..penuh perasaan..
tapi malangnya, tulisannya selalu disalah ertikan.
artikel pertamanya yang tersiar di dalam media dipuji dan mendapat anugerah. artikel keduanya, dikatakan terlalu emosional oleh sahabatnya yang diminta untuk mengeditnya.

kemudian,tahun pertama dia cuba menulis blog pula, dia dimarahi dan dibenci ramai orang kerana tulisannya itu.

dia pernah cuba diam dan dia benar-benar diam. akhirnya dia buat keputusan agar dia memeram tulisannya dan mengeditnya beberapa kali sebelum membenarkan ia dipos pada blog.(bukan kesalahan ejaan atau tatabahasa yang dicari, tapi kesalahan lain..)
dia juga sudah mula pasang niat, iaitu menulis kerana Allah swt dan islam. menulis kerana apa? dan untuk apa? semuanya dia berserah kepada Allah.

sahabatnya (blogger juga) pernah menasihatkannya supaya menulis sahaja pandangan peribadi secara spontan sepertinya, iatiu tanpa rasa takut atau bimbang dan tiada eraman berlaku. jadi dia teruskan menulis, adakalanya tulisannya dipos spontan (khususnya emel), adakalanya dieram terlebih dahulu.

namun, kini apa yang ditakutinya dulu berlaku lagi. ada yang salahfaham dengan tulisannya. segala makna utama yang ingin disampaikan tidak sampai begitu. lain yang difahami..alamak! macam mana ni!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails