Wednesday, 25 March 2009

Unplanned


Barangkali kita tak suka apa yang telah disusun oleh orang lain. Tapi tanpa kita sedari, sebenarnya semuanya berlaku dengan izin Allah.
Semuanya telah tersusun cantik sejak azali lagi.

Tiada kebetulan dalam akidah kita. Mungkin kita tidak dapat melihat hikmahnya sekarang, namun sebenarnya jika benar kita yakin dengan Allah yang Maha Pencipta, kita sepatutnya meletakkan sepenuh kepercayaan kepadaNya, kerana Allah lebih mengetahui segalanya. Kenapa harus persoalkan??

(kita umpama sebatang pen, yang menuruti arah pemilik pen itu..jika tak ikut, mungkin tulisan akan jadi buruk dan tidak disukai pemilik pen..Ya Rabb)

Betapa cantiknya jika kita disatukan atas dasar akidah, bukannya disatukan kerana minat, kursus pengajian, dan pekerjaan yang sama, ataupun kerana manusia lain! Kerana, jika ukhuwwah dibina atas dasar akidah, tentunya mendapat redha Allah. Namun, jika selain itu, ia tidak mungkin akan berkekalan lama.
Contohnya, manusia berkumpul di majlis ilmu kerana Allah semata-mata dan juga mengasihi di antara satu sama lain seikhlasnya kerana Allah.

Jagalah ikatan itu, kerana insyaAllah hati-hati itu telah diikat oleh Allah swt, menjadi umpama suatu keluarga yang besar yang tidak mampu diganggu gugat sesiapa.

Love your family! Hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails