Saturday, 14 February 2009

Laparnye saye..vs..hidup mereka..



Betapa lemahnya kita jika tak dapat mengawal perut sendiri.
Tak dapat tahan nafsu lapar sendiri,
tak dapat tahan keinginan dan ketagihan terhadap makanan segera bernama McD dan lain-lain..

dalam erti kata lain, melayan ketagihan anda samalah dengan
melayan ketagihan Israel terhadap darah saudara kita.

Anda boleh bagi apa jua alasan, samada hal ekonomi negara, ekonomi pekerja kedai makanan segera tersebut, atau merasakan boikot ini tidak membawa apa-apa kesan.

Tak kisahlah apa jua alasan..
alasan hanyalah alasan..
alasan
yang membawa tindakan kepada menambah saham untuk ke neraka.
Memberi saham kepada Israel untuk membunuh saudara anda sendiri..

Kalau dah tiada pilihan lain sangat, dah tahap darurat tak de makanan dan hampir mati, bolehlah juga nak jamah,
(btw, di Palestin, dikhabarkan, hanya 2 buah kedai roti dibuka. Kerana tak cukup energy supply, dan food supply. Mereka juga ada yang sampai tahap makan rumput je..and yet, ANDA tak tahan gian makan burger je??)

Fikirkan, seolah-olah anda membeli peluru untuk menembak, membunuh, dan menguburkan kakak, abang, adik, atau ibu ayah anda sendiri..
Anda sanggup??

You killed them!

I’m not exagerrating..fatwa telah lama dikeluarkan oleh Qaradhawi. Saya pernah dikutuk dan dimarahi kerana memboikot suatu masa dahulu.. sehinggakan saya akhirnya hanya memboikot dalam senyap.

Sungguh pelik zaman sekarang. Benda yang betul, malu pula kita nak buat terang-terangan. Benda yang salah, tak tahu malu pula.
Tak tahu malu masuk ke Mc..? Silakanlah..

Dahulu saya pernah sampai ke tahap tak makan aiskrim. Sebab kawasan saya yang ada hanyalah jenama Nest…dan satu lagi jenama yang sangat terkenal di Malaysia, tapi rupa-rupanya banyak produknya tak dapat pengiktirafan halal JAKIM (jenama W...).

Oh ye, tentang nasib pekerja Mc… dan pekerja-pekerja syarikat yang menyokong Israel?
Ha, yang kerja kat tempat-tempat tu, apa kata kita cuba cari pekerjaan lain. Nak hidup bergelumang dalam dosa? Tak sanggup berkorban sikit untuk saudara sendiri? Mungkin ini masanya anda buka gerai burger sendiri.. Para usahawan dan ahli perniagaan di luar sana, apa kata cuba venture ruang perniagaan yang lebih?

Cubalah buat yang terbaik..yang berkualiti supaya orang bukan hanya membeli kerana mencari alternatif, tetapi lebih dari itu..

Kesan kepada ekonomi Malaysia? Masa inilah kita patut menyokong industri tempatan. Pada masa inilah juga kita harus ambil peluang mengeluarkan produk sendiri yang berkualiti dan setanding jenama lain.. alah, mereka punya produk kadang-kadang bukan baik pun.
Hanya sebab ada pemasaran dan penjenamaan yang bagus, ada penyelidikan yang bagus..

http://www.eramuslim.com/berita/palestina/tak-ada-makanan-warga-gaza-makan-rumput.htm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails