Thursday, 29 January 2009

thinking about Islam??

1. Carrying the Muslim Label

Why should I carry the muslim label?
Well, whether u like it or not, U already carrying it right now..so how should we carry ourselves? Well, follow what the prophet has guide us. Solat and reading the Quran supposed to teach us discipline and take good care of nikmat and rezeki that Allah SWT has provided us, but then, most Muslims in this country still littering, never punctual, and loitering…Shooing away customers

Tidak hargai rezeki (membazir) + tiada rasa bersalah + tiada inisiatif untuk berubah kepada baik = hidup tak bermakna + tiada keberkatan (Duit pun selalu tak cukup)


Tanda keimanan bukan setakat berada di dalam hati. Ia perlu dizahirkan dalam bentuk perbuatan. Jika perbuatan saja pun, tetapi tanpa keikhlasan dan sifat ihsan dalam dirinya, maka iman yang sebenar tidak tercapai juga. Soal tahap keimanan seseorang, hanya Allah sahaja yang tahu.

2. Islamic Branding

Teringat pula laporan dalam akhbar tentang nak cipta kereta untuk pengguna Islam. Apa bezanya? Ada kompas untuk menunjukkan arah kiblat dan mempunyai lebih banyak ruang menyimpan barang seperti sejadah dan kain untuk solat. Is this what Islam is all about? Islamic branding? Yup, more and more people are trying to put in the Islamic element just to make it look nice. Adakah ini Islamisasi atau mengislamkan jahiliyah? Adakah kesenian Islam adalah seni khat semata-mata?

Q: bila disebut kesenian Islam, apa yang terbayang di fikiran awak?
A: seni khat
Q: itu saja?
A: ada jugalah senibina, nasyid, dan sebagainya.
Q: anda tahu apa yang menjadikan sesuatu bentuk kesenian itu Islam? Adakah sekadar kerana orang yang menciptakannya atau mengamalkannya adalah orang Islam?
Q: kesenian Islam ini apa saja bentuk kesenian yang membawa manusia kembali mengingati Allah. Asalkan tidak melanggar syariat. Itulah adanya seni-seni seperti yang saya sebutkan tadi.
A: jadi, kalau aktiviti kesenian yang kita ada sekarang, bagaimana nak menjadikannya sesuatu yang mengikut prinsip kesenian Islam seperti yang dinyatakan oleh anda sebentar tadi?
Q: mungkin kita boleh buat pertandingan nasyid.
A: maksud saya, contoh yang kita telah ada sekarang di tv. Apa rancangan yang awak minat?
A: rancangan hiburan malam minggu.
Q: jadi bagaimana? Islamkah rancangan itu?
A: kalau begitu, kita pastikan rancangan tersebut penyanyi tidak berpakaian terlalu seksi dan kita tidak tayangkan sewaktu masa solat.
Q: jadi, Islam sekadar solat dan aurat?
A: habis tu...??
Q: arghh..(tension)


3. IT - Islam Tradisional

Ape itu Islam tradisional? Halal dan haram?
-dah berjaya, sekularisme mmg telah berjaya. Orang sibuk dengan hukum-hakam dan hal fekah, berbanding... di mana roh islam? Bila masa menyoal, semuanya bersoal jawab tentang hukum fekah dan berdebat tentang perkara ranting, bukan akarnya.

Sistem pendidikan kita berjaya melahirkan ramai pelajar yang mampu menjawab segala bentuk soalan pendidikan Islam dengan cemerlang. Sehinggakan bila ditanyakan apa kua jenis soalan, mereka mampu menjawab dengan soalan standard seperti yang tercatat dalam silibus buku teks mereka.

Q: Apakah peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi?
A: Memakmurkan bumi.
Q: Boleh awak lebih spesifik. Bagaimana yang dimaksudkan memakmurkan bumi tu?
A: Jaga alam sekitar? Manfaatkan kemakmuran bumi untuk kebaikan bersama...
Q: Apa pula kaitannya dengan manusia biasa seperti awak? Bagaimana awak berperanan sebagai khalifah?
A: err..saya belajar tentang Khalifah yang empat tu??? hehe..??
Q: adeyh!

Apa yang menyedihkan ialah mereka tidak mampu membuat kaitan apa yang mereka pelajari dengan diri mereka sendiri. Mereka claim mereka muslim, marah bila Nabi Muhammad dihina, tetapi bila disoal soalan mudah tentang akidah, mereka terkebil-kebil. Bagaimana nak meyakinkan orang dengan Islam bila diri sendiri tidak yakin dan tidak berpegang teguh dengan Islam?

4. Mencari ketenangan dalam Islam

Pelik, tapi itulah dia peranan agama sekarang. Sekadar memberi ketenangan. Bila sedih, cari Allah. Bila dikecewakan, baru merujuk Quran dan bersolat. Salah ke mencari ketenangan itu? Tidak. Ketenangan memang didapati bila kita mendekati Nya. Tapi itu tidak sepatutnya menjadi fokus utama kita mendekati Islam, mendekati rahmat dan kasih sayangNya.

“katakanlah (Muhammad); ‘Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah maha pengampun, maha penyayang.”

“sesungguhnya Allah itu tuhanku dan tuhanmu, kerana itu sembahlah dia.
Inilah jalan yang lurus.”


5. Bagaimana caranya ?

Mudahnya, ikut cara yang ditunjukkan oleh Rasul kita. Ikut ajarannya. Apa yang dikatakan oleh Allah kita turuti. laranganNya dijauhi. Kenapa takut dan lemah dalam mentaatiNya ? Bukankah Allah yang Maha Penyayang itu telah berjanji akan memberi yang terbaik di akhirat kelak ?

Tak percaya janji Allah ?
Tak takut peringatan Allah tentang hari kiamat kelak ?

Secara mudahnya, di bawah ni ada ciri-ciri secara praktikalnya yang boleh diikuti oleh seorang muslim dalam rangka mencari keredhaanNya dalam kehidupan di dunia ini.

10 Ciri Individu Muslim

 Akidah yang Sejahtera
 Ibadah yang Sahih
 Sihat Tubuh Badan
 Akhlak yang Mantap
 Luas Ilmu Pengetahuan
 Mampu Berdikari
 Melawan Hawa Nafsu
 Menjaga Masa
 Gerak Kerja yang Tersusun
 Bermanfaat kepada Orang Lain

amacam? bila lagi nak cuba jadi orang yang dicintai Allah dan Rasulnya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails