Tuesday, 22 December 2009

The farewell speech



Salam dear friends.
I am truly happy that our dear director & deputy director came to our farewell do at The Window. Tapi sayang sekali, kebanyakan pensyarah yang banyak mengajar kita yang tidak dapat hadir.

Apapun, terima kasih sebab memilih saya yang bukan sesiapa ini untuk menjadi wakil kelas kita untuk memberi ucapan akhir. Maaf banyak sebab ayat-ayat yang keluar agak kurang formal (tidak menuruti sepenuhnya skrip ucapan..ehehe..what was being said came directly from my heart), and I am so sorry I broke down in the middle of the speech..and it was quite long one..(lagipun Zul gave me 10 minutes for the speech)

Jadi di sini, saya poskan ucapan asal untuk adek-beradekku PISMK-OUM (PSV) ambilan Jan’06 IPGM-KBA.. semoga menjadi insan yang bermanfaat kepada agama, Negara, dan dunia.

“terima kasih pengerusi majlis. Yang berbahagia, Dr.Mohd Sofi b. Ali, pengarah IPG-KBA, Pn. Satinah bt Syed Salleh, timb.pengarah IPG-KBA, pensyarah kanan, ketua-jabatan, para pensyarah, staf sokongan, dan rakan-rakan yang saya amat kasihi sekalian.

Sebagai wakil kepada rakan-rakan saya dari kelas PISMK-OUM, saya ingin menyatakan kesyukuran kepada Allah swt kerana dapat mengumpulkan individu-individu yang sangat bermakna dalam kehidupan kami sepanjang pengajian kami di IPBA ini.

Idea untuk mengadakan majlis ini telah lama ada, iaitu sejak tahun lepas lagi. Namun mungkin dek kerana kesibukan hal lain, kami terlupa seketika tentangnya. Sheinggalah baru-baru ini, penyelaras kami, Pn.Halimatun mengingatkan kemi tentang majlis ini. Katanya, “takkanlah kami nak tinggalkan IPBA begitu sahaja selepas 4-5 tahun di sini? Tanpa meraikan para pensyarah dan mendengar amanat daripada mereka, khususnya Tuan Pengarah?

Kata-kata beliau ini membuatkan saya tersentak, kerana betapa lekanya kami dengan kesibukan sendiri sehingg terlupa tentang insane-insan di sekeliling kami yang bukan hanya menyebarkan ilmu, namun juga memberikan kasih saying tanpa lokek kepada kami.
Hadirin sekalian, ingin saya sorot kembali kisah kami, 20 orang pelajar PISMK-OUM semenjak 4 – 5 ½ tahun lalu untuk menunjukkan betapa besarnya impak tuan-tuan dan puan-puan dalam hidup kami.

Pada Julai dan Ogos 2004, bermulalah langkah kami memasuki bidan perguruan ini. 8 orang di MPI, 4 orang di MPKB, dan 7 orang di IPBA. Saya masih ingat, waktu itu kami masih lagi segar dengan pemikiran sebagai lepasan sekolah menengah, iaitu masih kosong dan naïf. Malah, pada waktu itu, ada yang belum pasti, adakah mereka benar-benar ingin menjadi guru?

Ditambah pula sebagai kumpulan pertama PISMP, pelbagai ketidaktentuan yang berlaku, seperti hal silibus, peperiksaan, university, dan lain-lain yang menyebabkan bukan kami sahaja yang pening kepala, malah para pensyarah juga. Namun Alhamdulillah, berkat sokongan mereka juga kami Berjaya meneruskan perjuangan ke peringkat ijazah di IPBA.

Saya masih ingat, Januari 2006 merupakan satu jangka masa yang penuh dengan emosi. Bermula dengan berita perpisahan dengan rakan-rakan pra-PISMP di maktab lain, proses pemilihan subjek minor, penyesuaian diri dengan cara pembelajaran OUM dan budaya IPBA. Malah, saya masih ingat semasa semester satu, ada yang berkata, tidak sukakan Kuala Lumpur kerana terlalu tercemar udaranya ! (guess who?? Masihkah kau ingat??hehe.)

Rakan-rakan sekalian, tanpa kita sedari, 4 tahun telah berlalu. Jika dahulu kita melangkah masuk sebagai pelajar, kini kita akan melangakah keluar untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah! Ternyata, kamai ini bukanlah orang yang sama seperti 4 tahun yang lalu. Segala cabaran dan dugaan ternyata telah mendewasakan kita dan membuatkan kita lebih kuat untuk menghadapi cabaran seterusnya.

Saya percaya, keluarnya kami dari IPBA ini bukan sekadar menggenggam ilmu PSV atau keguruan, malah lebih daripada itu. Kenapa? Kerana di sinilah segalanya bermula. Di sinilah kita mula mengenal diri sendiri. Ada yang bertemu jodoh di sini, ada yang menjadi jaguh sukan, mula memberanikan diri bermain keyboard, berkayak mengelilingi Pangkor, dan bermacam lagi. Malah, ada juga yang berkata, di sinilah mereka mula berkenalan semua dengan Allah swt. Siapa sangka?

Oleh itu, di sini, sekali lagi saya mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang ada di sini, para pensyarah, pentadbir, dan staf, khusunya penyelaras kami, Puan Halimatun; mentor kami, En. Abdul Jalil dan Tn. Hj. Mohamad Kamar yang tanpa jemu memimpin kami ke arah kecemerlangan. Halalkan segala ilmu yang diajar serta doakanlah kejayaan kami.

Kepada rakan-rakan sekuliah, ada sedikit pesanan untuk kita melangah ke fasa baru hidup kita nanti. Kata-kata ini dipetik daripada puisi kegemaran saya, iaitu Gurindam 12 tulisan Raja Ali Haji:

“Jika hendak mengenal orang berbangsa, lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, sangat memeliharakan yang sia-sia,
Jika hendak mengenal orang mulia, lihatlah kepada kelakuan dia,
Jika hendak mengenal orang yang berilmu, bertanya dan belajar tiadalah jemu,
Jika hendak mengenal orang yang berakal, di dalam dunia mengambil bekal.”


Sekian, wabillahitaufiqwalhidayahwassalamualaikum wbt.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails