Saturday, 31 October 2009

eksklusif bersama Dia

Bila kita dilanda masalah..
tak kiralah,
masalah dengan diri sendiri,
dengan orang sekeliling kita,
atau dengan masyarakat…

sepatutnya kita kembali kepada Allah.
Sebab itulah ujian sebegitu diturunkan Allah,
kerana Allah rindukan rintihan kita..
kerana Allah mahu membalas segala susah payah dan rintihan kita tadi di akhirat kelak...

tapi, ke manakah kita?
Apa jalan pertama yang kita ambil?
Siapa yang kita jumpa dulu?

Bila kali terakhir kita berbicara panjang meluahkan yang terbuku bersama Dia?

Bila kali terakhir kita reserve masa eksklusif bersama Dia?

p/s: para sahabat dan Rasulullah dahulu sangat khusyuk dan kelihatan sangat fokus utk bersama Allah sebaik azan berbunyi...sewaktu itu, tiada lagi borak2 kosong, semuanya mula meletakkan sepenuhnya diri untuk Allah, walaupun berjemaah. tapi perasaannya seolah2 hanya dia seorang bersama Dia...eksklusif..best tak?

Monday, 26 October 2009

saksi semalam..SH

Doa.
Itu mungkin sesuatu yang kita mungkin terbiasa dengan diri kita hinggakan kita tak sebut pun ia sebagai antara usaha kita.
Doa tentunya senjata yang paling berharga, menimbulkan pergantungan total terhadap Allah dan redha terhadap apa jua yang Allah mahu letakkan.

Di dalam gelak tawa dan kreativiti kita semalam, sebenarnya keluarga, rakan-rakan, adalah orang-orang yang sangat berharga dalam hidup kita. Dan inilah yang akan menjadi antara dugaan terbesar kita. Sama seperti yang dihadapi oleh Nabi-nabi dan orang yang beriman terdahulu.(wahhh..rase tak relation kita spt dlm sirah nabawiyah??? ye, kita share karier sama seperti para sahabat dan org2 yg diceritakan dalam AQ!!)

Mampukah kita menghadapinya seperti Rasulullah dan para sahabat? insyaAllah, kitalah insan terpilih. Jika kita tidak jelas dengan matlamat kita, mungkin kita tak akan mampu hadapi dugaan ini di masa akan datang. Kerana, bak kata kakak, ia akan menghimpit dan menyesakkan dada dan hati kita. Adakah kita bersedia menghadapinya?

Berat, payah, dan perjalanan masih jauh. Ya, namun kemanisan yang berharga datang selepas jerih payah. Apalah harga syurga itu jika comfort zone di dunia yang sangat hina tidak mampu ditinggal. Memang sukar untuk memulakannya. Kenapalah kita nak lakukan ini, sedangkan kita tidak pernah dan tidak suka melakukannya sebelum ini?

Perlukah alasan atau sebab yang lebih besar selain kerana Allah swt?

Jangan bersedih.
Jangan risau.
Allah akan menolong orang yang menolong agama Allah.
Bantuannya akan tiba dari tempat yang tidak disangka-sangka. Dan yang paling penting, yang selalu kita sebut dalam zikir harian kita, Allah meletakkan bebanan mengikut kesanggupan dan kemampuan kita. Kita di situ semalam. Maksudnya Allah tahu kita benar-benar mampu.

Ya, yakin boleh! Jika bukan kita, siapa lagi?

Mari para penyaksi kebenaran!

Thursday, 8 October 2009

mitos

-kenapa ye celebrate festival ini?
-oh, sebab berdasarkan satu kisah, satu mitos..
-mitos?? itu sahaja?
-ya..

cerita dalam kitab
-siapa ye mereka di dalam kitab awak?
-entahlah, mereka orang-orang baik, yang diceritakan dalam kitab..
-oh, begitu saja ya?hmm..??

mitos..
dan juga..
sekadar cerita di dalam kitab??

di zaman teknologi begini masih lagi ikut mitos? sebab yang kurang kukuh..
tak sangka, di zaman ramai yang leka dengan material dan merasakan time is money, mereka sanggup habiskan masa dan wang untuk festival yang bersandarkan mitos?
tak ke pelik?

siapa mereka di dalam kitab tu?
jom check alquran. dalam AQ, mereka tu nabi, samalah macam nabi Isa, nabi Nuh, nabi Muhammad, dll..tugas mereka menyampaikan risalah Tuhan..mereka bukan sekadar sesiapa..

Friday, 2 October 2009

doa tahajjud malam..

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu


Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu


Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku

Tetapkanlah Hatiku
Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu


Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

(song by devotees : tika dinihari. love the words..sgt membasahkan hati, but the song tak cukup syahdu.."kena wat lagu dlm key minor kalau nak wat sedih"..kata pensyarah muzikku..hehe..thanks ma'am.
btw, dgr lagu edcoustic mmg rase sedih..selain muhasabah cinta, try aku ingin mencintaiMu. oh ya, dont forget to read the Quran transliteration..lg syahdu!
syahdu-syahdu gak..tindakan kene ade!
so what have u done for Islam??)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails