Saturday, 29 August 2009

a collection of spoken words...around me

SMS between two frenz:
“Regardin the hadith u askd bout. Wut ru lookin4ekceli? Hari Kiamat (armageddon) or Palestine?”
“Tanda2mjelang Hari Kiamat n its relation 2Baitulmaqdis.”
”Owh.”


Cikgu ii:
Awak rasa kenapa ya Allah bercerita tentang Hari Kiamat banyak kali di dalam al-Quran? Hinggakan banyak surah yang tema dan tajuk nya berkisar tentang nya..untuk apa ya diceritakan? Untuk mengagak bila datangnya kiamat?



Pandangan seorang ibu:
“Bila M lihat dokumentari tentang dunia ini makin hilang segala resource untuk hidup, M rasa baik M tak yah kahwin dulu pun tak apa. Sekurang-kurangnya keturunan M tak perlu hadapi semua kesusahan itu nanti. Baik M pergi hidup sendiri dan travel seluruh dunia buat kerja kebajikan.”

Cikgu ii:
Tahu tak bahawa kadar kelahiran sangat tinggi di Palestin berbanding kadar kematian? Apa mereka dah gila ke sampai sanggup melahirkan dan membesarkan anak-anak dalam kesusahan begitu? Kemudian membenarkan anak-anak mati syahid?



Kerisauan seorang adik tentang kehebatan US :

”Kak, bagaimana kita nak menang? Mereka ada senjata yang sangat hebat. Apa kita nak buat?”

Cikgu ii:
Pernah tak dengar kisah Perang Badar? Apa yang mereka ada? Apa yang mereka buat? Adakah serangan fizikal sahaja yang kita perlu risaukan?



Kata-kata mereka yang menonton isu Palestin dalam berita:

”Isy..mereka ni tak pernah berhenti. Macamana nak aman? Asyik bergaduh sesama mereka je. Tak guna pun nak tolong mereka. Itu sebab kita tak sokong nak boikot-boikot semua ni”

Cikgu ii:
Mengapa harus mencari sebab untuk tidak membantu? Kenapa tidak selidik siapakah dalang sebenar di sebalik pergaduhan dan pemisahan ini? Tahu tak kenapa mereka berperang sesama sendiri? adakah mereka tidak sedar tentangnya?


Rintihan seorang balu dalam sebuah rancangan TV:
”Hanya merekalah kekuatan saya untuk hidup sekarang ni. anak-anak saya.”

Cikgu ii:
Ya, Hidup ini untuk apa sebenarnya? Siapa sumber kekuatan kita yang sebenarnya?


eh, kenapa tiap untuk tiap kata-kata itu cikgu ii bertanya kembali?? ..nantikan apa cikgu ii kata dalam post seterusnya...

Saturday, 22 August 2009

a perfect goodbye?

what's a perfect way to say goodbye?
what is a perfect hug?
i dunno how to say goodbye..
....may Allah be in ur mind always.....

Thursday, 13 August 2009

mereka pergi



Malam tadi mereka pergi. Bukan 2 orang, tapi 4 orang sekaligus. Sangat sedih sehingga tak mampu mengalirkan air mata. Rasa sangat kehilangan. Adik-adikku, kakakmu ini tak sanggup nak berkata apa-apa. Malam tadi rasa tak sanggup melihat lambaian kalian semua. Nak balik secepat mungkin awalnya. Hanya lihat dari jauh. Tapi akhirnya aku nantikan jua hingga mereka masuk. Ada kamera pun, rasa tak nak tangkap gambar..
Maaf kerana tak banyak cakap malam tadi. Membiarkan kalian menghabiskan masa terakhir juga dengan keluarga.

Sepanjang perjalanan pulang, hati ni bermain dengan perasaan yang bercampur-aduk. Mungkin juga kalian begitu sepanjang perjalanan untuk ke sana. Apapun, kakak mendoakan yang terbaik buat kalian semua.

Adik-adik, kakak minta maaf. Kakak mungkin bukan kakak yang terbaik. Kakak mungkin banyak buat silap. Kat sini nak tulis nama semua adik-adik kakak yang bakal pergi ke negara orang. Semoga tetap menjadi khalifah di sana. Sayang semua.
tipah, yin, pika, amy, jie, fatim, nor, lela, sab, abrar, matun, g-ha, aisha, fana, hanna, mimi, aina. (pae gi next yr ye??)
Yang memang kat sana: insyi, aimi, atun, shamilah.




ada sesape yg nama nya tertinggal?? maaf banyak

Wednesday, 12 August 2009

apa masalah awak?

Apa masalah awak sampai tak siap kerja ni?
Tak siap tesis?
Tak siap lesson plan?
Tak siap semua kerja yang diberi?
Apa masalah awak?

Maaf puan.
Saya ni mudah hilang fokus.
Saya obses dengan penulisan.
Saya suka memikirkan pelbagai idea.
Saya obses mencari idea, berfikir untuk semua orang, menyelesaikan semua masalah.
Saya nak buat semua. Saya nak tulis semua.
Akhirnya saya buat benda yang saya suka, yang saya obses kan.
Bukannya membuat perkara yang sepatutnya saya buat!!
Itu masalah saya puan!

Cerita hal negara pulak-hikmah di sebalik H1N1.

Sekarang ini, banyak cerita berkaitan hal-hal sensitif dan bersifat perkauman menjadi isu dalam media massa dan internet. Ia juga menjadi cerita hangat di kedai kopi dan salun kecantikan. Tidak mustahil juga suatu hari nanti peristiwa berdarah 1969 boleh berulang jika isu ini tidak dibendung.

Saya memikirkan, bagus juga H1N1 menular sekarang. Sekurang-kurangnya perhatian masyarakat, khususnya media massa tidak terlalu melampau terhadap isu sensitif ini. Apapun, saya melihat, apa yang berlaku, pemimpin-pemimpin kita tidak memimpin rakyat ke arah yang benar dalam menyelesaikan masalah ini.

Kenapa tidak menyelesaikannya mengikut puncanya? Kalau nak merawat luka yang dalam, bukanlah sekadar menutupnya dengan plaster. Bukan setakat mencuci luka membabi-buta, tetapi selidik dahulu apakah punca luka itu terjadi dan apakah rawatan terbaik dan sesuai untuknya?

Apakah punca meletusnya isu beberapa kelompok manusia yang menghina kelompok manusia lain dan juga agama lain? Adakah kerana tiada hormat? Adakah salah rakyat memilih pembangakang? Adakah ini dikatakan tidak kenang budi? Apa sudah jadi dengan RukunNegara? Nampaknya sistem buatan manusia yang tidak dipaksikan kepada al-haq pasti akan tumbang.

Saya melihat, semua ini sebenarnya berpunca daripada kejahilan kedua-dua kelompok tersebut tentang budaya, pemikiran, adat resam, dan agama antara satu sama lain. Ya, itulah yang terjadi sebenarnya.

Tidak dinafikan, ramai yang melatah, lalu membuat macam-macam laungan yang mencaci antara satu sama lain. Apa nak jadi dengan pemimpin kita?

Punca seterusnya ialah adanya yang menjadi batu api mahu memainkan isu ini di negara ini bagi memecah belahkan rakyat Malaysia. Mereka ini tidak pernah senang melihat keamanan negara ini.

Bagaimana nak atasi masalah ini?
Mudah saja, tukarkan kejahilan mereka itu kepada kefahaman sebenar dan telus. Kenapa harus disembunyikan al-haq? Ceritakan kepada mereka tentang Islam. Ceritakan kepada kenalan anda yang bukan Islam tentang keindahan Islam. Aplikasikannya dalam cara hidup masing-masing. Bantu juga yang Islam untuk memahami pegangan mereka sendiri. Supaya tidak timbul lagi salah faham tentang alkohol, nama Islam, dan sebagainya.

Kenapa harus bersikap tidak adil dengan memperjuangkan kaum semata-mata? Kaum tidak boleh dipilih, namun agama boleh dipilih. Allah Maha Adil. Tidak menilai manusia melalui kaumnya.

Wahai para pemimpin, pergilah fahamkan sahabatmu tentang keindahan Islam. Bantu mereka fahaminya. Bukan sekadar menempelak kejahilan mereka di dada-dada akhbar dan blog. Wahai orang Islam sekalian, jadilah muslim yang sebenar. Giatkanlah usaha untuk memahamkan orang di luar sana tentang Islam. Ingatlah, Islam tidak bersifat eksklusif dan tertutup.

Wednesday, 5 August 2009

photoblogging: episode 3






more photos from borneo trip 2008

photoblogging: episode 2

photos taken during borneo trip





photo blogging: episode 1






let these photos speak for themselves..all from my point of view
camera used: fujifilm finepix digital camera..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails