Wednesday, 17 June 2009

Pencerahan (enlightenment)


Bila seseorang mendapat pencerahan (hidayah, kefahaman tentang ad-deen), seharusnya dia mendapat pencerahan yang menyeluruh. menjadi tugas untuknya mencari dan mencari lagi..dan mendekati Allah swt.

Namun begitu, sayang sekali apabila mendapat kefahaman tentang ad-deen, sesetengah orang memilih untuk mengislamkan jahiliyah yang dia lakukan. Iaitu seperti meletakkan make-up pada wajah untuk menutup cela dan mencantikkannya.

Kalau ia masih mengikut syariat, ia memang ok.
Contohnya jika selama ini, dia meminati lakonan, lalu dia membuat teater islamik yang khusus untuk wanita sahaja menonton, berlakon, dan melakukan kerja produksi, maka ia suatu perkara yang sangat bagus.
Namun, jika ia tidak mengikut syariat, contohnya penganjuran konsert atas nama amal, tetapi masih diselubungi perkara yang boleh mendatangkan fitnah n maksiat, maka rugilah ia.

Seharusnya, apabila kita mendapat pencerahan, kita harus muhasabah diri, dan periksa semula, di mana jahiliyah kita yang harus kita buang kerana kita tahu ia dibenci Allah! fullstop.
ataupun sekurang-kurangnya mencari ruang untuk menggunakan potensi dan kebolehan yang kita ada untuk Islam melalui cara yang betul.

Namun bukanlah mencari sebab untuk menghalalkan jahiliyah yang dibuat dahulu..in other words, trying to justify your action, your nafs.

jika benar kita bersungguh mahu membuang jahiliyah yang kotor dan gelap itu, maka teruskan usaha dan tekad itu! mari menuju pencerahan agung!

1 comment:

fieqa said...

salam..
ohh..
alhamdulillah..
sy baru faham maksud "pencerahan" tue..
pena tgk kat blog org laen, dia tulis MR.ENLIGHTENMENT..
pelik gaks..
ape la maksud di sebalik "pencerahan" tue.
hehe
alhamdulillah kak ai post kan post nie.
syukran..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails