Saturday, 11 April 2009

Mind set cuti

Ada orang dia fikir nak cuti, nak berehat bila tiba hujung minggu atau cuti sekolah..
Lepas tu, bila rancangan itu tak jadi, dia kecewa dan stress
+ depressed..sian..

Solusinye:

Jangan letak mind set nak cuti dan nak berehat.
No such thing as looking forward for weekend and then no such thing as friday night fever or monday blues..
Kan hidup lebih aman dan teratur..?
Hidup kat dunia ni takde rehat. Rehat for eternity di akhirat kelak. Rehat sekadar mana keperluan kita je di sini.

Kitaran hidup bodoh:

Keje penat2 --> kumpul duit untuk bersenang-lenang, holiday, dsb..kemudian --> keje lagi penat2 --> mengharungi hari2 penuh rutin yang disangkakan nikmat, tapi sebenarnya menjadi bodoh, kerana meletakkan titik akhir matlamat yang singkat, iaitu:
weekend/holiday di dunia..
Kenapa tidak kita kumpul dana untuk akhirat kelak??
Lagi best!
tak yakin dengan hari akhirat??

Perang pemikiran:

Adanya holiday dan weekend ni, adalah ciptaan manusia yang nak melemahkan dan melekakan orang lain. Inilah di antara perang saraf dan perang pemikiran sejak dulu lagi. Nak biarkan manusia lemah dengan dunia, merasakan dunia ini adalah syurganya dengan penuh hiburan.
Cuba ingat balik, ada ke weekend masa zaman Nabi dulu? Tak ada. Malah, dalam al-Quran pun menyebut, lepas solat jumaat, teruskanlah kembali urusan sebelumnya (kerja semula, bukannya cuti..)

Friday, 10 April 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan : kenapa??

”Aiyo, apesal diorang tak turun padang hari ni? Kalau macam ni teruklah kita. Kalah lagi tahun ni!”

Rungutan seorang pensyarah
Rungutan beberapa orang AJK rumah sukan
Rungutan entah siapa lagi ye? [pastinya bukan saya..hehe..]

Hari tu saya turun padang. Secara tiba-tiba. Asalnya saya taknak pergi, tapi selepas melihatkan saya ada tujuan penting untuk berada di padang, saya gagahkan jua. Kelam-kabut saya tukar baju petang tu. Kawan saya pun pelik, kenapa saya ada di situ, sedangkan tadi dia melihat saya sudah hampir hendak bertolak ke destinasi lain.

Ha, kenapa?
Kenapa orang tak nak turun padang untuk latihan rumah sukan dan sukantara?

Saya taknak jawab bagi pihak diri saya, kerana biasanya jawapan saya tak menggambarkan jawapan orang lain. Biar saya jawab bagi pihak majoriti dahulu.

KENAPA?

Sebab hujan?
Taklah. Cuaca baik je hari ni.

Sebab tak ada orang beritahu?
Jadual ada tertampal pada setiap blok.

Sebab tak ada penguatkuasaan (Kata wajib, tapi tak ambil tindakan ke atas pelajar yang tak datang pun??).
Mungkin juga, tapi itu bukanlah sebab utama.

Sebab malas? Penat? Tak minat?
Mungkin juga. Tapi tak cukup kukuh.

Di atas tu semuanya alasan kenapa orang tak turun padang hari tu dan sejak dahulu lagi. Tapi sebab kenapa tak turun, atau punca utamanya sebenarnya bukanlah seperti alasan di atas.

Orang selalu cari jawapan singkat, tapi lupa nak lihat sedalam-dalamnya apa punca sebenar kepada sesebuah permasalahan. Yang mereka tahu, nak buat:
- Gunakan kekerasan dan paksaan (nobody likes being forced)??
- Buat satu suruhanjaya baru utk mengkaji dan menyelesaikan masalah (apply kepada masalah negara.)???

Eh, sebenarnya saya bukan nak cerita pasal Kejohanan Olahraga Tahunan pun!

Macam ni, alkisahnya sekarang ni, bila disuruh buat benda yang kita tak nak buat (contohnya macam kes latihan sukan tadi), pasti kita kata:
”beri saya 10 sebab munasabah kenapa saya harus datang?”
Tapi, adakalanya bila ditanya kenapa mahu buat itu atau ini?
”Entah, saje jer, sukati saye lah!”

Bila disuruh memulakan setiap perbuatan dengan niat, dan seharusnya niat itu sandaran akhirnya balik kepada mencari redha Ilahi, kita jawab:

”Alamak, susahnya kalau semua perbuatan nak kena cari sebab, n cari relationnya dengan tujuan hidup kita dan berniat kepada Allah. Susahlah hidup macam ni!”

Jawapan sangat IRONIk bukan?
Ada kalanya buat benda tak fikir pun. Ada kalanya sengaja mencari alasan dan sebab untuk melakukannya atau untuk tidak melakukannya.
Sangat double-standard.

Manusia ni, bila diberitahu kenapa kena buat dan alasan yang sepatutnya untuk buat sesuatu benda, kalau HATi nya tetap tak mahu dan tertutup untuknya, dia tetap tidak mahu. Alasan yang diberi sekadar alasan.

Tak mampu?
Tak cukup kuat?
Tak cukup baik?

Itu semua alasan.

Hidayah sudah datang mencurah-curah seperti hujan setiap hari. Allah memberi sesuatu berdasarkan kesanggupannya. Beban yang dia boleh pikul. Itu maknanya kita memang mampu hadapinya.Tapi jika menolak dan berterus-terusan menolak hidayahnya, jangan pelik kalau suatu hari nanti dia tutup terus pintu hati kita untuk mendapat hidayahNya.
Bila tiba masanya itu, kita tak akan sedar langsung apa yang kita buat.
Hati tidak akan terdetik sedikit pun bila kita buat kemungkaran.

Nak hati yang begitu??

Hidup mesti ada tujuan yang jelas. Yang selari dengan tujuan penciptaan kita oleh Maha Pencipta. Kalau kita tak ikut panduan dan manual yang diberi, tak mustahil kita akan rosak teruk. Kerana tak ikut fitrah aturannya. Manusia pun begitu.

Jadi, apa tujuan awak hidup?
Apa tujuan awak nak pergi Kejohanan Olahraga Tahunan?
Kalau awak tiada niat yang jelas, saya nasihatkan tidak perlu.
Untuk elakkan masa awak terbazir, gunakanlah masa itu untuk sesuatu yang mempunyai niat jelas KERANA ALLAH.
Ada tak??

Ha, dah tau formulanya? Silalah gunakan untuk mengajak orang ke kejohanan olahraga tahunan tu..ahaks!

Sesungguhnya hanya Allah yang memegang hati-hati kita semua. Minta padaNya.

memasang niat? --> mencari tujuan/sebab/alasan? --> finding its purpose to hold on to!

Monday, 6 April 2009

cerita handphone pulak..

Telefon bimbit saya dah tak berapa betul.
Dulu bateri cepat habis.
Dah tukar bateri dah.
Ok sekejap, tapi skrg jam dia dah tak berapa betul.
Nak charging pun susah. Problem je.
Hmm..dah banyak juga dulu spend on maintenance of this handphone.
Luaran dia tak kisah sangat, tak pernah tukar pun sejak pakai dulu. Dia punye nombor pun dah tak nampak dah..hehe..
Orang kata kena tukar baru. Mungkin juga sudah tiba masanya. Lagipun contact number saya asyik kene delete je nombor, sebab dah penuh..ramai kenalan gamaknye.. sayang jugak. It is my one and only handphone. Mula pakai hujung tahun 2004. My parents bought it for me. sangat-sangat menghargainya. Nokia 3100 rasenye lah modelnye. Sayang gak, tapi…kalau dah mengganggu urusan penting kacau jugak.
hmmm..nak cari handphone camane ye?

Ape yg pasti, spec yang sy cari adelah:
1. bukan hp Nokia (boikot)
2. boleh isi baaaanyaaak contact number (keperluan)
3. boleh send to many (keperluan)
4. battery long lasting (kalau tak pun takpela..)
5. can do loudspeaker mode (senang nak cakap ramai2)
6. tough built. Walaupun selalu jatuh maintain je..hehe..(penting utk sy yg ganas)
7. boleh dapat tak harga RM300 ke bawah?? Kalau lagi murah lagi bagus. I dont need music nor 3G. Cukup yg basic dulu. Bajet tak cukup maa..
8. kalau ade organiser, calender, lg bagus..hehe..banyak pulak mintak..

siapa boley bantu saya??? Suggestions..
ada yg suggest sony ericsson..huh
sy baru check web tadi..ade model K330, boleh masuk 1000contacts, ade 10MB memory, tapi taktau hargenye. Cam mahal je.
Yg nampak simple model J132, tapi dia tak bagitau pulak brape contact boleh masuk. Memory 4MB..
Suggestionss….
Tak kisahlah..spec yg paling penting adelah no 2, 3, 5, dan 6.

hehe…macam forum lowyatt laks. tapi forum kat situ penuh daa..malas nak letak..

Sunday, 5 April 2009

ego

ego sangat membunuh
membunuh hati kita...
menghiris hati orang di sekeliling kita...

YaAllah,
rendahkanlah hati ini..
lembutkanlah hati ini...
ingatkanlah aku sepanjang waktu,
yang aku ini bukanlah sesiapa..

mari sama-sama bunuh ego kita..

link to good youtube video on ego
http://www.youtube.com/watch?v=DTdzdvIs_IE

i havent checked this webpage,but try and have a look at it. if it's not ok, do tell me.
http://www.faizani.com/articles/nafs_ego.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails