Thursday, 26 March 2009

berhati-hati dengan pena (atau keyboard komputer??)

alkisah, si penulis ni selalu menulis..penuh perasaan..
tapi malangnya, tulisannya selalu disalah ertikan.
artikel pertamanya yang tersiar di dalam media dipuji dan mendapat anugerah. artikel keduanya, dikatakan terlalu emosional oleh sahabatnya yang diminta untuk mengeditnya.

kemudian,tahun pertama dia cuba menulis blog pula, dia dimarahi dan dibenci ramai orang kerana tulisannya itu.

dia pernah cuba diam dan dia benar-benar diam. akhirnya dia buat keputusan agar dia memeram tulisannya dan mengeditnya beberapa kali sebelum membenarkan ia dipos pada blog.(bukan kesalahan ejaan atau tatabahasa yang dicari, tapi kesalahan lain..)
dia juga sudah mula pasang niat, iaitu menulis kerana Allah swt dan islam. menulis kerana apa? dan untuk apa? semuanya dia berserah kepada Allah.

sahabatnya (blogger juga) pernah menasihatkannya supaya menulis sahaja pandangan peribadi secara spontan sepertinya, iatiu tanpa rasa takut atau bimbang dan tiada eraman berlaku. jadi dia teruskan menulis, adakalanya tulisannya dipos spontan (khususnya emel), adakalanya dieram terlebih dahulu.

namun, kini apa yang ditakutinya dulu berlaku lagi. ada yang salahfaham dengan tulisannya. segala makna utama yang ingin disampaikan tidak sampai begitu. lain yang difahami..alamak! macam mana ni!

3 comments:

acik said...

eraman kadang2 mungkin mematangkan isi, ye tak?

dlu sy main tulis je, tapi setelah kedengaran ada yang marah2(hehe), sy betulkan bhsa.

Kalau boleh, kita nak menyentuh hati mereka, selembut yang mungkin.
Tapi, kali ni bukan dengan kata2 yang bernada(mcm suara), tapi kata2 yang beku.

All the best cikgu!

Anonymous said...

salam.
sedikit pesanan buat ukhti.

tak perlu sensitif sangat, terutama fasal sape betul sape salah. tambahkan iman, inshaAllah akan membasuh kejahiliahan. jangan risau, iman akan memandu kita; akhlak, tutur kata, syu'ur, jiwa, bahkan tulisan bi iznillah.

memang saat org salah faham, kite merasakan mereka tak berlaku adil pada kita. tapi apekah mungkin kata2 mereka itulah tazkirah yang paling berharga yg Allah berikan sebenarnya?

cubalah melihat dari semua angle. sesungguhnya gelas yang separuh kosong tuh adalah sebuah gelas yang separuh penuh.

wslm
ukhtukum fillah

cikgu ii said...

terima kasih anon n achik
betul jugak tu..mungkin masih banyak jahiliah yang melekat dalam hati..tak perlu risau apa yg mereka salah faham kan..

teringat peristiwa dimarahi seorang pakcik taxi tak tentu pasal kerana salah fahamnya. tapi entah bagaimana dikurniakan kekuatan utk bersabar dan membiarkan saja pakcik tu. tak kisah pulak nak berdebat panjang dgn dia nak betulkan salahfaham dia.

betul tu. ni mujahadah saya yang terbesar. orang yg degil dan ego tinggi macam saya ni memang perlu teguran drp Allah.

terimakaseh :) sangat comel..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails